Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Saturday, November 13, 2010

aNNa dan ujian unggul 25 tahun kelahiran

.

Sedang kusyuk jawab paper exam dengan hati yang tenang, pegawai peperiksaan mula checking nama dan tempat semua candidates.
Sampai ke meja aNNa.

**Berapa no tempat duduk awak?


30..

**Owh…dah salah ni. Bukan di sini tempat awak.

Tapi..tadi awal-awal saya masuk dewan, saya disuruh duduk ikut nombor dalam surat panggilan exam. Dan dia beritahu saya mesti duduk pada meja nombor 30.

**Takpelah, lepas habis paper ni, awak pindah ke sana. (sambil tunjuk dengan jari-jemarinya itu)

Senyum.. Dalam hati sedikit mengeluh sebab habiskan masa hanya untuk nego hal tempat duduk. Kenapa tak boleh tunggu sampai aNNa habis jawab exam sebab masa menjawab terlalu singkat, cuma 30 minit.

Sebelum paper ke dua bermula, aNNa cepat-cepat tukar tempat duduk seperti diarahkan. Hal yang sama lagi..Candidates lain dah mula menjawab tapi meja aNNa dikelilingi pegawai-pegawai yang keliru dengan no meja aNNa.

Untuk kali ke dua..
Sini pun bukan tempat awak ni. Awak tukar ke meja no 12.
Alahai....sedih benar hatiku. Bunyinya macam langsung tiada tempat pulak untuk aNNa.

aNNa masih senyum dan tukar tempat lagi. aNNa lega sebab masa tu paper Bahasa Melayu, jadi tetap dapat jawab dengan baik walaupun masa dah banyak habis ‘layan’ masalah tempat duduk.

Meja ke tiga, aNNa mengharapkan tiada lagi 'kekacauan' sebab paper seterusnya paper Analitikal, bagi aNNa yang ni killer paper dan aNNa memang perlu fikir elok-elok untuk setiap soalan.

Harapan tinggal harapan.

Masa aNNa tengah jawab soalan, pegawai exam tetap datang ke meja aNNa untuk beritahu tentang pertukaran kertas jawapan. Lepas ni awak pindahkan semua jawapan awak dalam paper no 12 ni. Kemudian, lepas sorang-sorang datang tempat aNNa untuk cakap perkara yg sama. aNNa tetap terus tersenyum dan layan mereka dengan baik walaupun sebenarnya sangat mengganggu aNNa jawab exam. Mengeluh juga, tak boleh ke tunjuk 'caring' tu lepas aNNa habis jawab soalan. PAPER NI DAH LAH SUSAH WEI..SAMPAI NYA HATI KAMU!!

Habis menjawab. Semua kertas soalan sudah dikutip. Tinggal kertas jawapan sahaja dengan aNNa dan aNNa ambil masa untuk cek semua ruang jawapan yg dah dilorekkan. ARKSSSS!! Jawapan paper Analitikal aNNa ada masalah, ada ruangan jawapan yang tak berlorek!! aNNa tak pasti, tapi aNNa rasa aNNa sudah silap tanda. Jawapan untuk soalan No 8 kosong takde apa-apa lorekan, mungkin aNNa tersilap lorek pada ruang jawapan No 9. Hmm…dah kalau silap lorek macam tu, habislaa semua jawapan-jawapan yang lain. Gulp..

Mata aNNa sudah berkaca, aNNa memang kecewa. Hampa.. dari awal peperiksaan, aNNa terganggu dengan kesilapan tempat duduk. Meja aNNa asyik dikunjungi pegawai-pegawai peperiksaan sedangkan masa untuk menjawab semua soalan sangat singkat. Setiap minit sangat berharga untuk aNNa tapi disebabkan keadaan tu aNNa dah bazirkan banyak masa. Hmm, sampai tersilap tanda jawapan pulopsss.

Kecewa.
Minggu ini, emosi aNNa baru saja diduga teruk kerana ditipu oleh seorang teman yang sangat rapat dengan aNNa ditambah dengan banyak kerja di sekolah yang perlu disiapkan segera. Jiwa tak tenteram, hati remuk, mata sampai lebam-lebam asik keluar ‘ayaq ojan’. aNNa berusaha sehabisnya untuk kawal perasaan kecewa sebab tak nak exam aNNa terganggu.

Alhamdulillah. aNNa tenang saje pagi ni dan bersemangat untuk pergi exam. Marveles dapat ‘letak’ jauh-jauh rasa sedih tu. Exam ni sangat penting untuk aNNa.

Tapi apakan daya aNNa, keadaan tetap tak mahu menyebelahi aNNa. Ntahlaa..

Sudah jatuh ditimpa tangga? HAHA~~

Minta maaf. Kata banyak cerita manis tapi entry hempedu pulak yang keluar.?? Hati aNNa tengah hancur berkecai ni. Teruk bertaburan ni. aNNa tengah nak kutip cantum-cantum balik laa ni.

aNNa…aNNa…aNNa… Semoga tabah untuk redha.

Ya Allah, jangan Engkau paling dariku walaupun hanya dalam kadar sekelip mata. Aku sudah terlalu lemah. Tiada tempat bergantung tetapi hanya kepadamu Ya Allah.

Thursday, October 14, 2010

aNNa demam....uwaaa!!

.


aNNa suka tengok mawar kat atas.. Macam mawar dalam blog Hilal Asraf.. Dia pun jatuh sakit jugak..kui~~

Alhamdulillah...hari ni makin kebah demam aNNa, cuma tak berapa lalu makan tapi pewot lapar bangat. Makanan rasa pahit pahit. aNNa tak suka makan ubat hospital sebab dulu terlalu banyak makan ubat hospital dah masa kat UPM kerana dot dot dot. Tapi, terpaksa makan jugak laa sebab dah tak boleh tahan. Semalam paling teruk..sakit fizikal sampai emosi pun sakit sekali. Sangat sensitif sebab aNNa rasa keseorangan melayan sakit yang sangat sakit sampai tak tahu nak buat apa dah. Sekejap rasa macam dok kat Gurun Thar, kejap kang rasa macam dok kat Greenland. Kaki lenguh semacam tahap naga hijau..Wohhh..demam paling superb untuk tahun 2010.. (^.^)V~~

Bila bangun pagi, aNNa betul-betul tak larat nak pergi HKL. Bukan nak ubat sangat pun. Nak MC...huhu~~ Gagahkan diri jugaklaa pergi HKL. Seday gilerss, lamaaaaaa tunggu giliran. Al-maklum, hospital kerajaan. Kalau ada siapa-siapa yang temankan aNNa sepanjang hari semalam memang aNNa akan ingat sampai bila-bilalah..hohoho~ Ku benar-benar dalam kesusahan..

Hmm... Sangat letih dan beku.

........................................ daa~~

Sunday, August 29, 2010

Rahsia Diri Pada Hari Anda Dilahirkan

Hik... 
Kak Mai minta aNNa pilih yang terbaik dari ladang daripada semua post dalam blog dia.

aNNa suka yang ini.




RAHSIA DIRI PADA HARI ANDA DILAHIRKAN

Sekadar untuk suka-suka. Maybe orang ni buat kajian, tapi Allah lagi hebat.

1 hb.
Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala, pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian

2 hb.
Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tidak siapa yang mampu mengubahnya.

3 hb.
Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.

4 hb.
Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah, tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5 hb.
Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6 hb.
Kamu disukai ramai kerana personality kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cubamenawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb.
Kamu seorang yang "happy go lucky"dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat

8 hb.
Kamu seorang yang romantis. Wah! Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.

9 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain Vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.

11 hb.
Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah, kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terlalu boring bila terlalu mengikut peraturan ??

12 hb.
Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya.

13 hb.
Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14 hb.
Hebat! Bagi kamu, karier / pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu.

15 hb.
Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.

16 hb.
Kamu ini seorang yang moody rupanya?? Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17 hb.
Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18 hb.
Kamu ini sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19 hb.
Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan persahabatan sebelum menjadi serius.

20 hb.
Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia !!!

21 hb.
Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22 hb.
Kamu yang lahir pada tarikh ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23 hb
Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada disamping teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24 hb.
Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.

25 hb.
Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki / perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau, kan!!!!!!!!!!!!!!

26 hb.
Kamu harus ubah sikap kamu yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja????

27 hb.
Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!!!!!!!!!

28 hb.
Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila mejadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.

29 hb.
Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa sahaja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30 hb.
Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah.

31 hb.
Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia !!!



aNNa: Layan~~~

Friday, August 6, 2010

aNNa dilanda 2 D

2 D?
Apakah 2 D?
Ye..nak jawab laa ni. =)
2 D = Diarhea + Demam = Huwaa!!

aNNa betul-betul ceria pada hari Selasa. Malam Selasa aNNa makan-makan dan salah pilih makanan nampaknya kali ni sehingga 2 D melanda diri aNNa. Seawal 4 pagi aNNa dah terbangun kerana stomach ache yang terlampau. Tapi, aNNa masih kuat jadi terus ke sekolah kerana aNNa ada kerja yang sangat penting nak kena setelkan hari tu jugak.. Tapi, takdir menentukan aNNa tak boleh buat apa-apa kerja yang aNNa nak buat hari tu. Lepas punch card, aNNa terus ke kantin. Pesan teh O pekat kurang gula, kot laa boleh kurangkan rasa sakit perut tapi tak sempat habis aNNa diserang sakit perut lagi. Adoilaaa~~ Last-last, nak tak nak..aNNa minta keluar ke HKL.

Seday~~~ Sorang-sorang di hospital menahan sakit. Termuntah di khalayak ramai lagi..huhuh. Benar-benar kritikal sudaa~~ Doc nak masukkan air, aNNa takmo. aNNa kata aNNa boleh minum air banyak banyak banyak. Lepas ambil ubat yang sangat banyak itu, aNNa terus pulang ke rumah. Ya, aNNa meninggalkan kerja yang melambai-lambai di sekolah begitu sahaja...(T_T)

Malam menjelma.. Warghhh!! Boleh demam pulak dah. Sangat tak expect akan demam teruk sampai aNNa dah jadi macam budak kecil rasanya. Nak mak...nak mak...hehehe. Betul...masa tu aNNa nak mak aNNa sangat. aNNa tahu, mak aNNa mesti akan sangat sangat sangat caring bila aNNa jatuh sakit. Ini pun dah berapa kali mak aNNa telefon tanya keadaan aNNa. Badan sangat PANAS dan lenguh-lenguh.

Esok paginya, housemate aNNa balik daripada kerja shift malam. Ye tengok aNNa dah macam apa. Layu dan tak bermaya. Dia terus ambil tindakan masukkan air sebab aNNa tak banyak minum air. Kikiki...janji palsu sungguh kasik kat doc yang rawat aNNa tu...ahaks!!



.........::::Ku Menyedut Air.. Slurppp~~ ::::............


Wednesday, July 28, 2010

MUTIARA KATA: Rupanya Mimpi Kita Tidak Serupa


Dengarkanlah..
Ku lafaz cuma sekali..
Tak ingin ku ulangi..
Kata-kata luka menikam.

Dengarkanlah..
Ku lepaskan dikau pergi,
Kerana mimpi tidak lagi serupa,
Aku ke selatan kau ke utara.

Dengarkanlah..
Aku tak sanggup kecewa lagi..
Dalam angan yang tiada kesudahan.
Kelak merana cumalah aku.

Dengarkanlah..
Dulu aku pernah bermimpi..
Kita bersama menuju puncak..
Seiring langkah dan rentak.

Dengarkanlah..
Mimpi itu sudah tiada..
Anganku pecah berkecai..
Tidak mungkin bercantum semula.

Dengarkanlah..
Kau telah aku lepaskan..
Pergilah jauh dari anganku..
Jangan engkau kembali lagi.

Dengarkanlah..
Cukup di sini mimpi kita..
Teruskanlah kau dengan caramu..
Dan aku dengan hidupku.

Kerana mimpi kita tidak serupa.
Aku dengan caraku dan engkau dengan caramu.
Mana mungkin kita bersatu mengayam cita.
Kerana aku dan engkau ternyata berbeza.

Dengarkanlah..
Luahanku yang sedang kecewa..
Kerana engkau yang menghancurkan..
Impian indah yang pernah aku bina.
Rupanya mimpi kita tidak serupa..


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan mudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya...

Saturday, July 24, 2010

entry tak lengkap tapi dah publish dulu

.










.....:: FLORIA PUTRAJAYA 2010 ::...

MUTIARA KATA: Pujuklah Diri

.

''Perasaan kasih dan sayang adalah fitrah hamba Allah bernama manusia, pastinya Allah akan menemukan kita dengan insan yg terbaik yg diciptaNya untuk kita, dalam kita mencari kebahagiaan kita tidak akan terlepas daripada dugaan & ujian Allah, ketahuilah hanya kesabaran yang mampu menjamin seseorang untuk memperoleh kebahagiaan yg hakiki, pujuklah hati untuk bersabar kerana janji Allah bahawa setiap insan dijadikan berpasangan adalah janji yang pasti..''

Kata-kata ini dipinjam daripada teman facebook aNNa..
aNNa ambil sebagai peringatan buat diri aNNa
yang nampaknya semakin nakal,
alpa dan semakin lupa dengan prinsip yang merantai diri..

Manusia..bila ditimpa musibah, kembali kepadaNya kerana sudah tidak mampu menanggung keperitan yang dialami. Kepada Tuhan diadukan masalah dengan tangisan penyesalan memohon pertolongan. 

Tapi, bila doa dikabulkan, kesenangan mula mengaburi mata.

Janji tinggal janji..

aNNa...sila sedar diri~~

Monday, July 19, 2010

atieanna muncul kembali !!!



Ani banyak kali tanya, bila blog nak public kan balik?
Bila nak on air? Hehehe...tadaaa~~

aNNa dah muncul kembali...
Ada sesiapa rindu aNNa tak!!?? **Perasan!!!** (^^,)V~~

MARI KITA KEMBALI BERSANTAI BERSAMA ANNA...
SAYANG KAMU SEMUA...

Thursday, July 15, 2010

aNNa @ floria 2010 bersama Kak Hajar

.




HAPPY HAPPY DAN HAPPY!!


kasut aNNa sebelum jalan-jalan sekitar floria



kasut aNNa selepas jalan-jalan sekitar floria..

AMBOI.. sakan aNNa berjalan (^^,)V~~

melatop jua akhirnya...




Tam tadam~~ hee. Nak stori kat you all. aNNa ingat aNNa dah kamcin laa dengan Tingkatan 2 XXX sebab semakin lama nampaknya semakin ada chemistry. Masih ku ingat, sebelum ini aNNa benar-benar rasa kelas 2 XXX selalu meranggut 'ketenangan' aNNa di sekolah mahupun di rumah kerana 'ke hyper aktifan' mereka semasa dalam kelas; bising, malas, matlamat tak jelas, tak tahu kenapa mereka mesti pergi sekolah, tak mahu pergi sekolah tapi kena paksa pergi dan semua yang negatif sungguh bersarang dalam sanubari mereka. Berhadapan dengan pelajar sebegini memerlukan skill dan pengalaman terbaik dari ladang dan aNNa merasakan aNNa masih tidak teror.

Al kisah, selepas jadual bertukar 'ketenangan' semakin direnggut.. Uiks..apakah renggut? Adik beradik ragut mungkin. aNNa akan bersama mereka selama 4 period berterusan. 2 period untuk Geografi dan 2 period sambung lagi untuk Sivik. Wah... 2 XXX dah laa kelas 'feberet', dapat 4 period non-stop. Boleh pengsan Cikgu aNNa dalam kelas ni...hihi. aNNa bukan apa...sekurang-kurangnya jarakkan laa sedikit. Masuk pagi pastu lepas rehat masuk balik ke. Apa yang aNNa takutkan adalah...jika aNNa 'melatop' pada period pertama. Waaa...anda rasa 3 period seterusnya macam dalam hell tak? Upss...you all. aNNa takkan 'melatop' sesuka hati KECUALI apabila aNNa merasakan ketidak adilan berlaku. ''Kalau awak mahu gagal dalam hidup, awak jangan bawa kawan-kawan awak yang lain yang nak belajar gagal bersama-sama awak'' Dengan kata lain..ko nak terjun lombong, ko terjun lombong sorang-sorang. Atau. Ko nak masuk longkang, ko masuk longkang sorang-sorang. Grrr...naya mereka yang nak belajar tapi terganggu dek mereka yang isk isk isk nie. Ini tidak adil!

....::: marah-marah sayang :::....

Hmm..kata cikgu-cikgu berpengalaman, mesti cam sorang yang jadik kepala (ketua) dan asingkan dia. Cikgu aNNa tinggikan sedikit suara (supaya kelihatan lebih tegas) dan shouts nama sorang budops. Oh..dasat sekali. Korang ingat aku nampak lemah longlai penyayang nak pengsan tak tahu garunxx macam Miss W korang ke haa.. Dush! Budops itu sudah sampai merah muka dan ikut perintah gue pergi 'jauh' ke tempat asing. Okes...10 minit pergi duduk kat meja gurukul, masa tenangkan diri. Boleh je terus nak tukar mood gembira balik tapi nampak sangat den marah sedikit tipu-tipu. Memanglaa aNNa hot tapi hot-hot sayang...wawawa~~

Tan Tadam... Apa yang ditakutkan terjadi sudaa. Melatop jua akhirnya. Apa-apa pun, budops tu okay selepas 2 period. Dah dok meja depan sekali sorang-sorang dia, tahu pulak nak beri perhatian.

PETANG... Boling Time!! Yebaaaa~~

Boling antara guru di Wangsa Walk. Pusingan pertama aNNa sungguh teror dapat score tertinggi. Alamak...pusingan ke dua. Penat ler. Rasa nak abeskan cepat-cepat dan balik rumah tido.. Tidak fokus lagi. Dapat score yang rendang. Apa pun, setelah counting result sepenuhnya.. aNNa dapat tempat ke 2 daripada lebih kurang 30 gurukul. Beza 4 markah aje drpd Kak Faizah si pemenang tempat pertama. Kak Faizah hebat! (^^,)V~~


1st round: aNNa a.k.a Wan sangat teror la kununnya skor 135.


2nd round: Dengan alasan tangan dah letih lalu hilang fokus. Hanya skor 88.



Result: aNNa dapat naib johan...lalala~~

Saturday, July 10, 2010

MUTIARA KATA: Puteriku Sayang

.

.....:::: PUTERIKU SAYANG ::::........

Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman



Nota kecil aNNa: Serius. Serius suka lagu dan lirik lagu ni. 

Sunday, June 27, 2010

aNNa si pengapit. again!

Yebaa~~~ Pengapit lagi!? Member aNNa, Cik Zaf....oppss,bukan 'Cik' lagi tapi Pn Zaf, minta aNNa jadi pengapit dia. aNNa minta 1 hari untuk fikir.. Woo, mesti fikir maa~~ Kalau tak pernah jadi pengapit, mungkin oK la kot. Ni dah 2 3 kali, uish...macam tak bagus pulak...hihihi. aNNa tanya mak aNNa lagi pasal ni, mak kata.. ''Ikut suko hati mu laa Jee'' Hahaha...baik, kalau ikut suka hati, aNNa akan tolonglaa member aNNa tersebut. aNNa pun kasik green light pada Zaf.

Al-kisah, nak dijadikan cerita... Zaf call aNNa pada suatu malam. Dia pot pet pot pet siket-siket pasal perjalanan majlis yang bakal berlangsung kat Dewan Sri Seroja, Putrajaya itu. Makkkk~~~ dalam hati aNNa berdetup, ''Zaf aku nak kensel jadi pengapit boleh tak..??? (T_T)'' Bukan apa kengkawan, bunyi ceritanya macam gah gilarss majlisnya. aNNa pulak yang naik nervous n seram-seram..hahaha~~ aNNa tekad nak cari pengganti aNNa tapi masa berlalu pantas. aNNa bizi dengan hal-hal sekolah sampai tak sempat pun nak cari orang lain..wawawa~~

Sabtu, abang aNNa yang baik hati lagi budiman hantarkan aNNa ke Putrajaya. Dia memang seorang yang pakar cari jalan..heh. 1 family dia hantar aNNa...keh keh keh. Sampai kat sana, aNNa terus hello Zaf. Ceyyy, penat-penat je punctual sebab pengantinnya tak sampai pun lagi. Dush satu kali untuk Zaf.. =D Zaf minta teman dia make up, start pukul 9. aNNa sampai pukul 9.04 am ooo~~ Nasib baik datang ngan family, kami pun pergi laa makan-makan roti canai n teh tarik yang sedap kat kedai mamak.

KELAKAR...

Kakak ipar aNNa orang Kelantan tau.

Kakak ipar pesan kat waiter ''Tokse Telor yaa..'' (taknak telor yaa) Tiba-tiba makanan yang dihidangkan.. Yeah! TOSEY TELOR.. Daku terbahak-bahak di situ..hik hik hik!

Back to story. Jadi, sepanjang hari itu aNNa dengan baju peach dan tudung peach yang shantek berusaha sehabis baik hati menolong Zaf apa yang patut..


aNNa, sebelum keluar rumah.


aNNa & Zaf.. selepas make up.

Zaf yang comel.

aNNa testing kasut pengantin yang cantik.


Masa ni teman Zaf kat taman-taman di Putrajaya.

Fiuh..malamnya 'di angkut' sampai ke rumah pengantin lelaki untuk makan-makan sate. Seharian bersama pengantin, aNNa rasa nak pengsan sudaa~~ hahah! Penat macam pengantin la pulak. Pukul 11 malam baru aNNa sampai rumah. Ya, aNNa terus 'pengsan'. Apa-apa pun aNNa happy dapat teman Zaf hari ini. aNNa harap Pn Zaf dan En Nabhan berbahagia sampai ke akhir hayat. Diorang sangat sweeettttttt!! Suka mereka. =)

Friday, June 25, 2010

mama comel anak kiut III

.

....::: model mama comel anak kiut :::.....

Nota kecil aNNa: Entry sempena lagi 2 minggu Anie nak lahirkan baby ye. =) aNNa memang dah lama nak share tapi tak berkesempatan. Sekarang dah dapat sambung dan boleh post. Apa yang aNNa share hari ini adalah hasil mendengar story kawan-kawan dan kakak-kakak seperjuangan dan hasil banyak tanya pot pet pot pet. Bak kata omputih, much to learn, much to like! (^^,)~~ Semua yang aNNa share tak detail, so ni bacaan ringan sahaja yaa. Ringkas.

AMALAN MASA BABY DI KANDUNG BADAN
Amalkanlah membaca surah-surah berikut:

Surah Yassin: Dibaca setiap malam Khamis
Surah Maryam: Senang bersalin
Surah Lokman: Anak yang pandai
Surah Yusof: Anak yang cantik
Surah Muhammad: Anak yang berakhlak mulia

Ye puan-puan dan tuan-tuan (dah macam rancangan masak-masak), molek juga kalau buah-buahan berikut di ambil dengan gaya yang istiqamah. Tuan-tuan sebagai suami janganlah kedekut untuk selalu beli buah-buahan ni ya. Galakkanlah isteri supaya isteri sentiasa bersemangat mendisiplinkn diri dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan terbaik untuk diri dan kandungannya.

Air kelapa: Kulit bayi bersih
Delima dan betik: Kulit yang cantik
Plum dan anggur: Baik untuk perkembangan otak bayi
Kurma: Cari sendiri tapi memang bagus untuk bayi..hee!

Selalu perdengarkan ayat Al-Quran. Pasang radio dan selalu perdengarkan ayat Al_Quran kepada baby. InsyaAllah, tiada aral dengan izin Allah, anak yang bakal dilahirkan mempunyai jiwa atau sifat seperti ayat Al-Quran yang selalu diperdengar. Ini kisah benar daripada rakan aNNa sendiri. Cubalah. Tak salah kalau mencuba kan.

AMALAN UNTUK MUDAH BERSALIN

Yang ni petua orang tua. Nak try boleh, tak nak try pun boleh. Selepas mandi, puan titiskan air di hujung rambut atas tangan puan dan diminum. Mudah sahaja kan. Katanya, senang lahirkan baby. Mudah-mudahan.

Satu point cute. Selepas mandi, jangan dipulas-pulas rambut puan dengan tuala. Alah..yang kononnya nak keringkan rambut dengan cepat tuuuu. Simpul-simpul lepas tu, di sanggul atas kepala. Hmm..katanya, tak baik untuk baby dalam kandungan. Tapi, aNNa kompem ada antara puan-puan yang pernah buat tapi baby baik-baik sahaja kan. Jadi, terpulanglah yaa. aNNa cuma mahu sharing is caring.

Jangan sesekali menyakiti hati ibu dan suami. Ahah..sedangkan lidah lagikan tergigit, lalala suami isteri~~ Lalala tu sebab aNNa tak ingat lirik lah..haha. Jadi, jangan lupa sayang sampai pengsan semua orang terutama ibu dan suami. Jangan lupa mohon maaf.

Yang ni bagus. Bila puan dalam keadaan sarat sangat dah tu kan, tuan-tuan sila ya. Sila baca Ayat Kursi dan hembus dalam air. Niatkan bersungguh-sungguh semoga isteri tuan mudah bersalin. Kemudian, bagi isteri minum. Dan isteri jangan lupa baca doa memohon kepada Allah agar dipermudahkan melahirkan anak. aNNa pun tak tahu laa kan, boleh cOOL lagi ke dalam keadaan sakit tu untuk buat semua yang aNNa sebut tu. Tapi, itu pengalaman kakak-kakak aNNa di sekolah. So, sempat kot?

AMALAN SEMASA BERPANTANG
Daun ''Kua Taruk Hitam'', bagus untuk jarakkan anak. Daun apa tu?? aNNa pun tak tahu..wawawa~~ Tapi, aNNa tanya mak aNNa, mak aNNa tahu. Orang tua tahu kot. Sila rujuk orang tua yaa.

Minum air tungku 1 kali..wow!

Minum air akar kayu.

Bertungku setiap hari. Haa..yang ni ada banyak pendapat dan kepercayaan. Cuba baca ni. Kesan bertungku (SUMBER: Surat khabar Metro). Tapi, ada sorang kakak yang aNNa kenali, dia memang mengamalkan bertungku setiap hari selepas bersalin. Sampai kulit jadi gelap (gelap sementara). Dia sudah beranak tiga tapi kekal slim melim. Jadi, sekali lagi, terpulanglah yaa. =)

Paling baik berpantang adalah selama 100 hari bermaksud dengan berpantang untuk tidak bersama suami dan 40 hingga 60 hari berpantang cara pemakanan dan kegiatan harian; harus dikawal secara ketat. Selama 40 hari daripada hari pertama selepas bersalin jangan banyak berjalan.

CERITA MENARIK UNTUK DIPERDENGARKAN

Walaupun baby dalam kandungan, tak nampak siapa diluar..hehe. Tapi dia boleh cam siapa yang selalu dekat dengan dia tau. Ya, of course laa ibunya terkecuali dalam hal ni. Dah memang baby tu tengah menginap dalam perut siapa, perut ibunya. Mestilah aura baby dan ibu tu kuat. Yang aNNa nak cakap ni tentang hubungan baby dalam kandungan dan si ayah. Baby dalam kandungan pun pandai sambut ayahnya pulang dari kerja tau. Ini berlaku kepada Pn F. Setiap hari, bila suaminya pulang dari kerja, pasti ada pergerakan daripada baby dalam stomachnya. Baby seperti mengetahui yang ayahnya sudah pulang dari kerja. Kemudian, Pn 'F' bercuti 2 minggu di kampung tanpa suami sebab suami terikat dengan kerja jadi tak dapat pulang ke kampung bersama. Wah..selama 2 minggu bercuti, baby tak aktif bergerak sampai Pn 'F' naik risau..hik! Baby tu rindu ayahnya kot? Atau mogok sebab ayahnya tak ikut balik kampung..lala~~

Okes...habis.

Monday, June 21, 2010

MUTIARA KATA: Kesempurnaan


aNNa godek-godek folder 'nice to read n nice to look' dalam PC aNNa. Saja-saja tengok barang lama yang 'di sedut' daripada pelbagai sumber.. aNNa nak sharing is caring yang ni. Comel je ceritanya. Jom kita baca...

******************************************************************************************************************************

Ini kisah perjumpaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu. Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab. Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.



.....::: gambar hiasan terpilih: Mia Sara Nasuha :::....


Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". "Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna". 


Kesimpulan : 
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... 
Nobody's perfect. 

Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain... 
Wallahualam..


*******************************************************************************************

aNNa: Hmmm, benarkah begitu..?? Fikirlah sampai pengsan!

MUTIARA KATA: Suatu Petang

.


....:::Suatu petang, melihat gambar ini di facebook seseorang dan hati tiba-tiba jadi tak sedaP:::...

Sunday, June 20, 2010

da memories of a wonderful fren live on

Masa untuk belajar Bahasa Inggeris yaa.. Emoh..kamu aNNa. Makin lupa yaa loghat mat saleh kamu sejak-sejak duduk di Titiwangsa nih. Lupa daratan kamu yaa. hik~~ Apakah lalutan ini?? Tade kena mengena langsung..kekekek. Ok...kelas 'writing' dah nak mula nih. Syhhhh~~
*********************************************************************************************************************************

My dearly blog..can I juz talk bout him today? Missed him but as usual I can do nothing..huhuh!Hardly to get him on phone. It never happen at the early stage, he owiz got time for me, for our relationship..But, now..things come more n more complicated. Juz like wut he said…lil bit of confusing n wondering. Wut is actually happen now? I’m tired of thinking.. super duper of T.I.R.E.D and I juz wanna Q.U.I.T.

U know wut, he is MY LOVE! haha. something bout him. He’s "AWESOME" hahaha. I knew him ever since last year. I still remember, first time I met him at KLCC. Together with his brother. At first, we werent really close, but then like around June last 2 year, thats when we started hanging out a lot and I really got to know him. I remember, WE NEVER MISSED A DAY TALKING ON THE PHONE! That was hella fun. Sharing wut ever hot things eppen in malife n his. And yuh,he ALWAYS been there for me and he is really cool. I have been thru a lot of stuff with him and I can never trade those moments for nothing else in this world. Whats weird is, if something happend to him, it happened to me too... and whatever happens to me it happens to him! Ye ke?? The point is, sharing is our core business..(^_^)V There's lots to talk about with him! I can talk to him about anything and be stupid around him...and seriously, anyone that I can be stupid around without feeling stupid is actually very closed to my heart.

Importantly, it's cool because he is an awesome person to hang out with. There was a time when he n me,at Balai Seni Lukis. Normally, BSL aren't that fun...but then again, WHEN I AM WITH HIM!!!!! Things just get 100 times better!! Dis guy is such a great friend. He seems to be always smiling and he likes taking a lot of pictures, pictures of me.. =) Y? dunno~~ N y I juz let it be..oso dunno~~ He owned a vely nice voice..Yesterday, maybe I still can hear dat ‘nasyid’ voice but not for 2day. Y? B-coz I’m not special anymore as yesterday.. Yesterday, maybe I can easily catch him on phone, but not for 2day..Y? No answer.. Yesterday, maybe I can easily received his comment on friendster but not anymore for 2day.. Y? dunno..dunno..dunNo.. He treats me to be close and more closer everyday, and 2day he’s quitting. Getting more and more faRRR..away~~ T.A.S.I.K T.I.T.I.W.A.N.G.S.A was the most memorable places..Eye on M’sia summore..huhuh~~ Hardly to accept his answer..I am just a friend, nothing more than dos word..just a F.R.I.E.N.D. And he never think about me as his becoming w***.. Never!! Sedaynye… A friend will never complaind bout wutever types of clothes used to go out with, bout da make-up n so on *Y he need to ‘kecik hati’ if I became so ‘selebet’ or n thing. Paksa me to talk with her mother even I refused to do it. N after so so many things we’hv gone through together, he easily judged all as a mistake.. Mistake?? Warghh!! The rhythm of my heart roaming juz like a drum!! Oleady lemah..i juz wanna hang up da phone at dat time.. Upset!




Actually,these few days..I do remember him a lot..Maybe, I can say dat I really missed him..(T_T) Week after week, I juz like refreshing everything. I dun want to but its juz flash away crossing my mind. Da memories of a wonderful friend LIVE ON!! Where he will be here, in KL spending time for ‘buka puasa’, sticking together..juz the two of us. Every week!!! (except for the 3rd week of Ramadhan) And now, day after day..I feel like losing him. Every single things, are all, oleady changed.. I refuse to convinces that it is true, that ----- >> he is no longer to be with me at all times (juz like wut he did b4)..but, it seems to be true..was so so ‘sakit’ to be in dis situation. Dis was the 1st time I get very closer to a guy, 1st time I do hang out with a guy for many times.. (oleady broke da record..hahah) He is 1 of the 10 reasons for me to be cheerful. Now…?? I keep pushing myself continually to believe wutever things comes from his mouth yesterday IS ALL TRUE..was so hurted n me, myself 100% confused!! It had been tough n hoping dat I can survived through it all…Love is a big risk and I fall in love with my bestfRiend. Love is a big risk- with no guarantees for a happy ending. I learned sumtinxX hot, getting into a relationship is easy, getting out of one can be a mega difficult and traumatic.. However, his love, kindness and happiness were all still remain evergreen in my heart..

Marshmallow..I’m trying so hard to fulfill the wishes, to ‘buang’ dis kind of feeling, n even u asked me to do so..If diz feeling was only ‘sampah’, I can juz make it only in 1 seconds. --- > The truth is I’m suffered!! < ----- I’m laughing n keep sMiling to you, but u will never know wuts inside..a bRoken hearted..hahahaha~~~


waNa...be tough!!
*********************************************************************************************************************************

Now, everything is over. It had been a long wait with a series of disappointments. For my own sake, it's better to draw a line if there's nothing further that can be done, even many stories untold. I paused it for a moment or maybe forever. It's too bad I didn't figure that out earlier. Did compared me and dat girl..Auwch!! Maybe he really dunno dat was so hurted.

Facing up to any kind of problem, will finally making a transition into adulthood. But, sometimes it also can be daunting for many people. It requires developing positive mental outlook and making a change in our lifestyles. Yeah...there's a big changes in my lifestyles. No more ring and rang and ring reng rong from my cellphone..haha~ No lah. It is juz a small changes compared to many other BIG CHANGES oo~~ (^^.)V~~



Put the past behind !
*********************************************************************************************************************************


RENUNGAN BERSAMA... 
SHARING IS CARING!! (^^,)v~~ 

Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi
ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah ia berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ..cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ...yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...


Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
*********************************************************************************************************************************


Wah..panjang! Jika ada terselit kebaikan, sama-sama jadikan pengajaran. Jika terselit kekurangan daripada bicara aNNa, jangan turuti dan aNNa mohon maaf. aNNa selalu terfikir yang dunia hanya sementara, bila-bila saja nyawa yang ada boleh diambil. Sempatkah aNNa nak mohon maaf daripada semua orang, yang mana terkadang aNNa tak menyedari diri mungkin dah melukakan hati orang lain.. Kamu kamu ada tak terfikir macam tu yaa? huk!

Daa~~ Kelas Bahasa Inggeris habis sudaa. Masa untuk makan biar gumuk.

Monday, June 7, 2010

aNNa mencandat sotong @ terengganu

Nota kecil: aNNa guna ayat sesuka hati. Takutnya kalau ada yang tak suka sebab dah rosakkan bahasa kan. Sowie~


Lalalaa... aNNa nak 'sharing is caring' cerita aNNa pergi menangkap sotong di tengah lautan. Bersama keluarga angkat Fitri. Bersama Yana dan Afiq.


Seronok sangat bila dapat pergi laut. Laut belah Laut China Selatan pulak tu. Memang laa feberet aNNa. Sangat WOW... Sangat WAA.... Orang putih kata.. Gorgeous!

''LAUT YANG BESARRRRR~~~''

Tiba-tiba aNNa menjerit sekuat hati bila sampai dekat pantai. Latihan vokal.. hihih.
Okes...Jom kita layan gambar!!

Kasut baru aNNa sempena nak naik Bukit Broga 2 minggu lepas. Pastu, terus guna untuk masuk laut jugak.

Dalam bot. aNNa seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan aNNa untuk mengelak daripada rasa pening nenek lalat dan mabuk laut. Hanya duduk tersadai bersandar tepi dinding dan berehat sementara sampai ke tengah laut. Yeah..berkesan kot sebab ada kawan-kawan lain yang dah muntah2..huk. aNNa damai di situ..hehe!


Lengkap baju paneh dengan toten. aNNa adalah manusia yang tak tahan dengan keadaan sejuk terlampau. Tapi, masa tu takdelaa sejuk sangat pun. Cuma...cuma..cumanya. Kat bot tu takde toilet!! Faham-faham ajelaaa. Kawalan penuh rapi! Hahah~~


Cantik. Menikmati pemandangan matahari terbenam.

Ahah..ini dia. Alat untuk mencandat Sang Sotong Gemop.

aNNa dan Sang Sotong yang berjaya ditangkap. Sungguh teruja setiap kali dapat sotong. Bila dapat 2 ekor sekaligus, lagi laa rasa nak melompat-lompat. Nasib baik masih waras, ingat diri tengah dok dalam bot. Kalau tak, mau roboh bot tersebut kerana aNNa. Weee~~ Dapat tangkap banyak sotong!!

Serius..sedap. Manis!! Selalu kalau aNNa makan seafood, ada sedikit alahan..gatai2~~ Tapi, sebab fresh dari laut, maka aNNa telah BAHAM sotong banyak banyak banyak dengan suka hatinya. Yummy betol bila dapat terus goreng sotong atas bot. (atas bot dalam kuali...heh!) Bot nelayan, jadi lengkap laa dengan dapur segala.



Malam tu kami semua kenyang dengan sotong. Kecuali mereka yang mabuk kepayang sampai tak mampu mencandat sotong pun. Inikan pulak nak jamah sotong..huk! Sebab tu gambar masa mencandat, tak banyak dan kabur. aNNa dan Yana hanya guna kamera hp. Tuan punya kamera DSLR a.k.a Afiq, pengsan tak sedarkan diri sepanjang malam. Mabuk kepayang!!



Nyum..nyum. Sangat berselera. Makan nasi dan sotong masak kari.


Sang Sotong Gemop. (Sotong Katak)

Otw balik..

Dalam hati berkata.. ''Tahun depan nak mencandat sotong lagi~~~''

Cerita melompat. Ini cerita kat atas darat dah. Ok..ni Mee Jawa versi Terengganu. Woohhh...sedap tahap halilintar! aNNa selalunya tak minat sangat dengan Mee Jawa. Tapi, yang ni memang sedap tak tipu langsung.

Dan banyak lagi tempat yang K.A.M.I pergi sekitar Terengganu. Keropok lekor memang wajiblah. Masjid Kristal..Masjid Terapung..Pasar Malam Benteng..dan bla bla blabb.. Huhuh...

Kenangan bersama Yana, Affiq, Fitri dan keluarga angkat takkan aNNa lupa sampai bila2..hoho! Yana yang sangat tough, langsung tak pening atau mabuk kat atas bot dan selalu menten ceria aje. Fitri yang selalu berlatih untuk jadi gentleman atas galakan kakaknya ini..hehehe. *Selalu tolong bukakan pintu kereta untuk Kak Ejan.. =p Yang paling disukai, Affiq yang selalu bersama kamera DSLR kesayangannya. Sangat baik tapi sedikit pemalu.. Rasa nak buat adik Kak Ejan aje..hik. Dan keluarga angkat yang penyayang. aNNa suka mereka semua!


.....::: wanako dan yanako :::.....



Lepas ni, kalau korang bercuti kat laut. Mesti jerit kuat-kuat:
Laut Yang Besarrrrr~~~ Ok?? (^^,)V~~~