Dia berani, cekal, tabah, tak kenal erti putus asa, gagah perkasa…!!
Umaisarah sesat di dalam hutan selama 19 hari semasa mengikuti ekspidisi mendaki Gunung Tahan. Umaisarah hanya minum air sungai untuk terus hidup dan bila terasa sgt lapar, dia akan minum air sungai sambil membayangkan sedang makan makanan yg enak. Satu persatu barang yang sangat penting untuk dia teruskan hidup di dalam hutan, HILANG hingga akhirnya tggl sehelai sepinggang. Beg yg bawa bekalan makanan hilang bila dia tergelincir di lereng bukit, kasut&cermin mata hilang bila dia terjatuh dalam sungai. aNNa kagum sebab aNNa memang suka camping, daki2 gunung, masuk hutan, masuk sungai dan aNNa tau keadaan Umaisarah mst sgt susah bila berdepan dgn macam2 masalah. aNNa ada kawan2 bersama kalau ada apa-apa kesusahan tapi Umaisarah hadapi semuanya seorang diri.
Mendaki gunung, untuk diri aNNa sendiri, memang cucah ciket sbb aNNa punya stamina yg takdela kuat mana. Berjaya sampai ke puncak pun sbb keinginan yg membuak2 nak sampai jugak ke atas. Dahla beg berat, rasa nak campak aje dalam gaung atau keluarkan baju2 n seluar lebih, kasik kat monyet. Sian monyet takde baju..heh~~ Umaisarah dah tak larat bawak beg dia, jadi dia turun bukit sambil campak beg. Dan akhirnya, beg dia hilang sbb tercampak dalam semak samun.
Masa aNNa join ekspidisi Ledang, kasut aNNa rosak. Masa naik OK, masa nak turun gunung..tapak kasut tercabut suda. Berjalanla aNNa dgn kasut yang bertapakkan stoking..kikiki! Cakit maa, pijak batu la, duri, ranting kayu..atoi!! Tapi, Umaisarah yg cekal terus berjalan, cari jalan keluar dgn hanya memakai stoking dan juga tanpa pakai cermin mata! Cermin mata Umaisarah hilang. Sungguh, hanya orang rabun akan mengerti. Kalau power spec setakat 100++ ok lagi, kalau sampai 500++. Berjalan macam separuh buta la jawabnya. Bayangkan kita pegang akar kayu untuk turun bukit yg curam, tapi sbb rabun, rupa-rupanya yang kita pegang bukan kayu tapi sebenarnya kita sedang berpaut pada seekor U.L.A.R. Huh..horror laa~~
Waktu malam dalam hutan mmg tersgtla sejuk, sbb pokok2 tambahkan kelembapan udara. aNNa mmg tak tahan sejuk, kalau pegi camping, mmg ready stoking extra yg kering. Kalau tak, mau cramp kaki sbb sejuk sgt. Tapi, Umai relax je..tidur tanpa khemah atau selimut dan mgkn dia tidur dalam keadaan baju yg lembap dan stoking yg basah. Cayalah Umai!! aNNa mmg kagum dgnmu.
Umai lemas masa terjatuh dalam sungai tapi akhirnya berjaya selamatkan diri. aNNa pun penah rasa macam mana perasaan org lemas. Tapi, aNNa sgt terror kerana lemas dlm keadaan memakai life jacket..kikiki! Busuk punya olang, pakai life jacket pon bley lemas..emm, tapi kawasan lemas tu agak thrill. aNNa and da’geng panggil area tu ‘washing machine’ sbb air terjun kat situ agak deras dan air berpusar2. aNNa tersalah skill masa ‘tubing’. Tube atau pelampung besar aNNa dah laju meluncur ke depan ikut arus sungai tinggalkan aNNa di belakang dan aNNa meluncur tanpa pelampung. Sgt terror, melantun2 atas batu..haha! Belakang badan menerima massage semulajadi yg tak terkira ‘nikmatnya’. aNNa tak dapat nak ‘brek’ sbb air sungai yg deras sgt hanyutkan aNNa terus ke air terjun lalu gedeboshhh…jatuh dalam ‘washing machine’, air terjun menekan2 kepala n badan smpi masok terus dlm washing machine. bLup..bLup..bLup. Pengalaman ngeri yang aNNa takkan lupa sampai bila2..Kecemasan yg berlaku menyebabkan aNNa telah menelan air sungai berjag2..buRp!!
Sekian cerita aNNa dan diselang-seli dgn cerita Umai. Dah tentu aNNa akan teruja dengan kes Umaisarah sesat di hutan sbb aktiviti yg Umai buat adalah aktiviti yang aNNa selalu buat dan sukai. aNNa dan kawan2 pengakap yg sudah bekerja sekarang mmg rindu dengan aktiviti redah hutan, masuk sungai, naik gunung dll. Tp, masih takde kesempatan lagi nak buat semuanya tu..huk huk!
To Umaisarah..Kamu mmg gadis yang hebat! aNNa suka~~
