Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Showing posts with label KANCAH. Show all posts
Showing posts with label KANCAH. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Trend ‘Taqrabu Az-Zina’ Sebelum Bernikah

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
aNNa: Entry kegemaran aNNa. 
Oleh kerana gemar yang keterlaluan dan sayang kalau tak dapat 'jumpa' lagi maka haruslah 'ditepek' kat atieaNNa.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Analogi Harimau dan Nyamuk

          Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita. Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)

“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

      Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)


Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, datingtanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
          Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.

Apa itu ikhtilat? 

          Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif. Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. 
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat(walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebutikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 

Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  

Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 

Sabda Rasulullah SAW,

عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
          Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.” 
          Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).

          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    
          Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

            Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.

            Allah SWT mengingatkan kita,

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)

“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

            Sabda Rasulullah SAW,


عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)


Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)


Sunday, August 14, 2011

KANCAH III: Bahana Cinta Dusta

.



MENELAN 40 BIJI PANADOL KERANA CINTA SEORANG LELAKI..


Ke mana hilang kewarasanmu duhai sahabatku.. Mia termenung sendirian di balkoni rumahnya. Fikiran melayang memikirkan keadaan sahabat kesayangannya ini. Hampir buntu dibuatnya. Hana...semoga dirimu diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini. Mungkin sudah tidak tertanggung olehmu maka jalan ini yang kau pilih. Sungguh...aku hampa. Aku kecewa..

Damia semakin mempercayai cinta seorang lelaki yang bukan bernama suami lebih membawa kesengsaraan daripada kebahagiaan. Ya...mungkin juga rasa bahagia menyelubungi hati tapi berapa lama? Kata kak Syarha..Hubungan itu tidak halal dan tidak akan kukuh jika tidak dengan redha Allah.


Ya Allah...kasihan Hana. Cintanya yang begitu kuat kepada lelaki itu telah menjadikan hatinya buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mengapa engkau sanggup membuat perkara yang membahayakan nyawa sendiri? Alangkah indahnya jika cinta itu jatuh pada tempat yang lebih tepat. Bukankah lebih baik jika kita boleh mencintai Allah hingga sanggup membuat pengorbanan sebesar itu demi agama. Pengorbanan seperti itu lebih bernilai sayangku. Bukankah pengorbanan untuk mendapatkan CINTA ALLAH lebih berbaloi?

Duhai temanku..kenapa sampai begitu sekali engkau menganiaya dirimu? Kenapa begitu singkat pemikiranmu? Tiada jawapan yang tepat dapat Mia ungkapkan. Mungkin Mia boleh berkata apa sahaja kerana bukan Mia yang berada di tempatnya. Tapi, Mia juga pernah merasakan kehilangan seseorang yang disayangi. Hana juga tahu. Engkau tahu apa yang aku alami. Malah engkaulah yang sentiasa menemaniku di saat aku berhadapan dengan dugaan hebat itu. Malah diriku lebih teruk dihina, ditipu, dilontarkan dengan kata-kata kesat. Luluh hatiku bila langsung tidak diberi peluang sedikit pun untuk membela diri. Kata-kata kesat yang dilemparkan hingga kini masih segar di ingatan. Suaranya yang lantang menengking masih terngiang-ngiang di telinga. Betapa pedih diperlakukan begitu hanya Allah yang tahu hingga kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ya, bahana cinta dusta.


Iman. Hanya sedikit bekalan iman di dada menjadi perisai. Jika tidak, ingin saja dihamburkan kemarahan dalam hati. Ingin saja dihumban seluruh isi rasa kepada dunia. Wahai dunia. Lihatlah lelaki itu. Betapa zalimnya dia meletakkan semua kesalahan di bahuku. Tidak berani berhadapan denganku. Pengecut. Hingga sahabatku sendiri membenciku sebenci-bencinya. Mia merampas teman lelakimu? Tidakkkk!! Sedang lelaki itu diperkenalkan oleh orang lain, mana mungkin Mia diperkenalkan kepada seseorang yang sudah berpunya. Mia sendiri tidak tahu lelaki itu adalah kepunyaan sesiapa. Katanya single. Katanya kisah semua perempuan sebelum Mia telah tamat. Sungguh, terasa kebodohan melingkari diri. Dasar lelaki buaya tembaga!!

Iman. Iman. Iman. Hanya iman sahabatku. Hana..mengapa jalan itu yang kau pilih? Betapa hatiku kesal. Hanya itu sahajakah jalan yang kau nampak? Dengan membunuh diri!! Tidakkah kau sedari di kuburan sana masalah akan bertambah berat malah tiada jalan kembali lagi. Sahabatku sayang..Mia amat memahami betapa cintamu kepada lelaki itu sangat mendalam. Hingga terkadang kebahagiaan dia lebih kau utamakan daripada kebahagiaan dirimu sendiri. Sungguh tulus kasih yang kau hamparkan. Aku kagum denganmu sahabat. Kecintaanmu yang hebat hingga mengatasi segala ketakutan. Tapi, tidakkah kau terfikir..cintamu yang suci itu tidak dihargai. Pengorbananmu itu langsung tidak bernilai untuknya. Lantas, atas dasar apa engkau melakukan ini semua, menyeksa diri hingga hampir meragut nyawamu sendiri. Tidakkah kau nampak betapa ibumu itu sedang mengalirkan air mata kesedihan melihat keadaanmu begini. Aku mohon sahabatku..kembalilah.

Ya Allah...selamatkanlah sahabatku. Berilah ketenangan kepada jiwanya. Kasihani sahabatku Ya Allah. Aku menyayangi sahabatku ini..menyayangi hanya keranaMu Ya Allah.

**cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. sekadar coretan di kala boring.

Sunday, June 20, 2010

da memories of a wonderful fren live on

Masa untuk belajar Bahasa Inggeris yaa.. Emoh..kamu aNNa. Makin lupa yaa loghat mat saleh kamu sejak-sejak duduk di Titiwangsa nih. Lupa daratan kamu yaa. hik~~ Apakah lalutan ini?? Tade kena mengena langsung..kekekek. Ok...kelas 'writing' dah nak mula nih. Syhhhh~~
*********************************************************************************************************************************

My dearly blog..can I juz talk bout him today? Missed him but as usual I can do nothing..huhuh!Hardly to get him on phone. It never happen at the early stage, he owiz got time for me, for our relationship..But, now..things come more n more complicated. Juz like wut he said…lil bit of confusing n wondering. Wut is actually happen now? I’m tired of thinking.. super duper of T.I.R.E.D and I juz wanna Q.U.I.T.

U know wut, he is MY LOVE! haha. something bout him. He’s "AWESOME" hahaha. I knew him ever since last year. I still remember, first time I met him at KLCC. Together with his brother. At first, we werent really close, but then like around June last 2 year, thats when we started hanging out a lot and I really got to know him. I remember, WE NEVER MISSED A DAY TALKING ON THE PHONE! That was hella fun. Sharing wut ever hot things eppen in malife n his. And yuh,he ALWAYS been there for me and he is really cool. I have been thru a lot of stuff with him and I can never trade those moments for nothing else in this world. Whats weird is, if something happend to him, it happened to me too... and whatever happens to me it happens to him! Ye ke?? The point is, sharing is our core business..(^_^)V There's lots to talk about with him! I can talk to him about anything and be stupid around him...and seriously, anyone that I can be stupid around without feeling stupid is actually very closed to my heart.

Importantly, it's cool because he is an awesome person to hang out with. There was a time when he n me,at Balai Seni Lukis. Normally, BSL aren't that fun...but then again, WHEN I AM WITH HIM!!!!! Things just get 100 times better!! Dis guy is such a great friend. He seems to be always smiling and he likes taking a lot of pictures, pictures of me.. =) Y? dunno~~ N y I juz let it be..oso dunno~~ He owned a vely nice voice..Yesterday, maybe I still can hear dat ‘nasyid’ voice but not for 2day. Y? B-coz I’m not special anymore as yesterday.. Yesterday, maybe I can easily catch him on phone, but not for 2day..Y? No answer.. Yesterday, maybe I can easily received his comment on friendster but not anymore for 2day.. Y? dunno..dunno..dunNo.. He treats me to be close and more closer everyday, and 2day he’s quitting. Getting more and more faRRR..away~~ T.A.S.I.K T.I.T.I.W.A.N.G.S.A was the most memorable places..Eye on M’sia summore..huhuh~~ Hardly to accept his answer..I am just a friend, nothing more than dos word..just a F.R.I.E.N.D. And he never think about me as his becoming w***.. Never!! Sedaynye… A friend will never complaind bout wutever types of clothes used to go out with, bout da make-up n so on *Y he need to ‘kecik hati’ if I became so ‘selebet’ or n thing. Paksa me to talk with her mother even I refused to do it. N after so so many things we’hv gone through together, he easily judged all as a mistake.. Mistake?? Warghh!! The rhythm of my heart roaming juz like a drum!! Oleady lemah..i juz wanna hang up da phone at dat time.. Upset!




Actually,these few days..I do remember him a lot..Maybe, I can say dat I really missed him..(T_T) Week after week, I juz like refreshing everything. I dun want to but its juz flash away crossing my mind. Da memories of a wonderful friend LIVE ON!! Where he will be here, in KL spending time for ‘buka puasa’, sticking together..juz the two of us. Every week!!! (except for the 3rd week of Ramadhan) And now, day after day..I feel like losing him. Every single things, are all, oleady changed.. I refuse to convinces that it is true, that ----- >> he is no longer to be with me at all times (juz like wut he did b4)..but, it seems to be true..was so so ‘sakit’ to be in dis situation. Dis was the 1st time I get very closer to a guy, 1st time I do hang out with a guy for many times.. (oleady broke da record..hahah) He is 1 of the 10 reasons for me to be cheerful. Now…?? I keep pushing myself continually to believe wutever things comes from his mouth yesterday IS ALL TRUE..was so hurted n me, myself 100% confused!! It had been tough n hoping dat I can survived through it all…Love is a big risk and I fall in love with my bestfRiend. Love is a big risk- with no guarantees for a happy ending. I learned sumtinxX hot, getting into a relationship is easy, getting out of one can be a mega difficult and traumatic.. However, his love, kindness and happiness were all still remain evergreen in my heart..

Marshmallow..I’m trying so hard to fulfill the wishes, to ‘buang’ dis kind of feeling, n even u asked me to do so..If diz feeling was only ‘sampah’, I can juz make it only in 1 seconds. --- > The truth is I’m suffered!! < ----- I’m laughing n keep sMiling to you, but u will never know wuts inside..a bRoken hearted..hahahaha~~~


waNa...be tough!!
*********************************************************************************************************************************

Now, everything is over. It had been a long wait with a series of disappointments. For my own sake, it's better to draw a line if there's nothing further that can be done, even many stories untold. I paused it for a moment or maybe forever. It's too bad I didn't figure that out earlier. Did compared me and dat girl..Auwch!! Maybe he really dunno dat was so hurted.

Facing up to any kind of problem, will finally making a transition into adulthood. But, sometimes it also can be daunting for many people. It requires developing positive mental outlook and making a change in our lifestyles. Yeah...there's a big changes in my lifestyles. No more ring and rang and ring reng rong from my cellphone..haha~ No lah. It is juz a small changes compared to many other BIG CHANGES oo~~ (^^.)V~~



Put the past behind !
*********************************************************************************************************************************


RENUNGAN BERSAMA... 
SHARING IS CARING!! (^^,)v~~ 

Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi
ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah ia berpada, janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh ..cukuplah sekadar keperluanmu...apabila sesekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ...yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya dan kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...


Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
*********************************************************************************************************************************


Wah..panjang! Jika ada terselit kebaikan, sama-sama jadikan pengajaran. Jika terselit kekurangan daripada bicara aNNa, jangan turuti dan aNNa mohon maaf. aNNa selalu terfikir yang dunia hanya sementara, bila-bila saja nyawa yang ada boleh diambil. Sempatkah aNNa nak mohon maaf daripada semua orang, yang mana terkadang aNNa tak menyedari diri mungkin dah melukakan hati orang lain.. Kamu kamu ada tak terfikir macam tu yaa? huk!

Daa~~ Kelas Bahasa Inggeris habis sudaa. Masa untuk makan biar gumuk.

Monday, April 5, 2010

KANCAH II: Ku Delete Semuanya




‘Buat muslimah yang berada di luar sana, hargailah dirimu seadanya. Sesungguhnya segala pintu kebaikan dan keburukan berada di tanganmu. Kamu berupaya mengubah kaum adam daripada negatif kepada positif malah lebih dari itu lagi. Seorang lelaki tidak memandangmu hanya kerana kecantikanmu walaupun kadang-kadang kaum adam tertarik memandangnya tetapi suburilah akan dirimu dengan sifat ketakwaan dan kelembutan yang bertempat dan jangan sesekali engkau mencampakkan dirimu kelembah hina, walaupun untuk sesaat kerana sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah’


Ralet Mia menghayati ayat-ayat terakhir daripada artikel I Luv Islam. Laman web kesukaannya. Hargailah dirimu seadanya. Adakah aku seorang muslimah yang tahu menghargai diri? Matanya merenung jauh ke luar tingkap. Hati bungkam. Tertanya-tanya sendiri. Namun tiada jawapan. Kenangan lalu menjengah lagi. Meratah jiwanya hingga dia lelah dan tidak berdaya.

Mia..Mia..Mia.. Dalam kepayahan mencari erti kehidupan, penuh onak dan ranjau. Persoalan demi persoalan menghenyak fikirannya. Siapa dirimu Mia? Dari mana datangmu Mia? Kenapa kamu di datangkan ke dunia ini? Dan ke mana kamu akan pergi? Mengapa dirimu dihantui perkara itu lagi? Buntu. Arghhhh!! Kak Syarha, aku harus mencarinya. Kakak, bantulah Mia. Mia tidak faham. Mia buntu.

Salam.. Kak Syarha.

Ya Mia..apa khabar adikku sayang?

Kakak. Dia mencari Mia. Aman mesej Mia. Dia menghubungi Mia setelah hampir setahun kami hanya mendiamkan diri. Kakak, hati Mia terusik. Hati Mia seperti merinduinya. Kakak, bantulah Mia. Mia rasa sedih. Mia rasa terkilan.

''Sangat terharu dan menyentuh hati Aman. Terima kasih Mia kerana menjadi kawan Aman. Aman sentiasa ingat Mia, sahabat yg baik lagi comel..yang sentiasa memberi Aman semangat dan menasihati Aman ke arah kebaikan..TQ''

Kak Syarha, untuk apa dia memberitahu semua ini? Kak Syarha, kenapa dia menanti Mia untuk membalas mesejnya semasa hari jadi Mia? Kakak, Mia benar-benar tidak faham. Bukankah dia sudah bertunang. Mengapa tidak membiarkan Mia sendirian mengubati hati Mia yang terluka. Hati Mia jahat, terkadang dipenuhi rasa benci. Kak Syarha, dia tamak!

Mia, jika ditakdirkan Mia dah ada tunang, tiba-tiba tunang Mia tu sms dekat bekas teman wanitanya mengatakan sentiasa mengingati perempuan tu, apa perasaan Mia? Begitulah senangnya dipermainkan perasaan tunangnya sekarang ini dengan memberikan kata-kata manis itu. Adakah ini lelaki beriman yang jadi idaman? Fikir-fikirkanlah. Allah lebih tahu lelaki terbaik buat Mia jika Mia benar-benar mencari-Nya.

Mia, jangan membencinya. Allah sangat sayang pada semua hambaNya. Sedangkan Mia tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat di hatinya. Ya, mungkin kita boleh menilai daripada perlakuan dan kata-katanya tapi kita tidak tahu apa sebenar yang tersimpan dalam hatinya. Maka, terimalah takdir Mia dengan hati yang tulus. Redhalah dengan ketentuan ini sayang.

Mesej Mia terhenti di situ.

Ya Allah…Betapa kerdilnya diriku. Hati Mia meruntun pilu. Dia menangis sendirian. Tiada teman di sisi. Terus dia mengambil wuduk dan bersujud pada yang satu. Mengharapkan tenteram jiwanya, mengharap damai hatinya. Usai selesai solat, Mia menadah tangan penuh mengharap ke hadrat Ilahi memohon keampunan semoga taubatnya diterima. Amin..

Aman..cukuplah itu yang terakhir. Bukan niatku memutuskan silaturrahim tapi bantulah hatiku agar tenang. Biarkanlah aku sendiri, terus mencari diri, mencari makna kehidupan yang sebenar. Bahagialah dirimu dengannya kerana dia di hatimu dan aku bukan pilihan. Ya..tiada keserasian. Betapa pedih menerima kata-katamu tetapi itulah hakikat yang terpaksa aku terima.


Syukur ke hadrat Ilahi kerana keperitan ini membuat aku semakin dewasa. Dating, gayuting, mesejing, MMSing dan segala ing ing ing telah menjadi asing dalam hidupku. Yang tinggal hanyalah kenangan semalam. Masjid yang jauh menjadi dekat kerana diri mendamba kekuatan. Betapa anehnya takdir Tuhan. Di saat kita memohon kekuatan, diberikanNya masalah agar bisa tabah mencari jalan penyelesaian.
Tett~~ Tett~ Hp Mia berbunyi. Oh..mesej daripada kakak.

Mia minta drpd Tuhan setangkai mawar segar,

Ia beri kaktus berduri.
Mia minta kupu-kupu, Tapi diberi ulat berbulu,
Mia sedih dan kecewa..Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.


Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan.. Tapi, Ia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya, Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
 


Sungguh indah mesej yang dihantar kakak Mia. Syukur padaNya, kakak seperti memahami betapa aku dalam kerunsingan pada ketika itu. Masih dalam ingatan, di saat aku menerima khabar berita pertunangan Aman, aku menangis sendirian di atas buaian di beranda rumahku. Ayah yang baru pulang dari kedai membeli nasi lemak untuk sarapan pagi terlihat diriku yang sedang menangis. Cepat-cepat aku mengelap air mata tapi di mana dapat ku sembunyikan mataku yang merah ini.


Ayah seperti mahu marah pada ibuku kerana tidak bersamaku sedangkan ibu tidak mengetahui apa-apa.
Pergi tengok anak awak menangis kat depan tu.

Aih..Mia tu anak saya aje ke bang.


Sayup-sayup kedengaran perbualan mereka. Sayu hati ku. Betapa aku disayangi. Sepenuh hati, ibu memberi semangat kepadaku supaya bersabar. Malah ibu turut menangis bersamaku membuatkan aku terpaksa berhenti menangis. Tak sanggup melihat ibu bersedih, aku cuba sedayaku memendamkan segalanya.

Kakak juga tidak putus memberi semangat dan terkadang seperti mencabarku. Alah, apa yang Mia lalui sekarang ni tak sehebat dugaan orang lain. Bukalah matamu dik, ada ramai lagi yang lebih sengsara di luar sana. Aku terdiam mengiyakan kata-kata kakakku.
Mia juga beruntung mempunyai adik perempuan yang memang boleh diharap. Selama beberapa hari wajah muramku menghiasi rumah, dialah yang melakukan segala kerja-kerja rumah. Mia? Hanya tahu order sahaja. Hari ni kakak nak makan kerang goreng lah. Mintaku. Ok..boleh. Tapi, kakak pergi basuh kerang tu awal-awal dan toskan. Lambat basuh nanti banyak air pulak masa goreng, tak sedap. Masa makan. Ayahku mengambil kesempatan menasihatiku. Tapi, buat aku ketawa pulak. Susah-susah sangat, pilih hok kuceng2 kurap sudahlaa. Kata ayahku. Hah!!? Ayah ni~~ Hahaha~ Tapi, aku faham. Ayah hanya mahu Mia mencari yang boleh menjaga Mia dengan baik. Itu sudah memadai baginya. Arhh..betapa aku menyayangi keluargaku. 


Kedengaran rintik hujan semakin lebat menyimbah bumi menyedarkan Damia daripada lamunannya yang jauh. Hujan.. Rintik hujan yang turun, kejadian Allah yang sangat mendamaikan hatinya. Hujan terus mencurah, membasuh segala kekotoran di atas muka bumi. Ya Allah, semoga hatiku bisa suci, sesuci hamparan daratan yang disirami air hujan.

************************************************************************************************************

Mia tersenyum sendiri. Mia hanya mahu memandang ke hadapan. Walaupun seperti payah digapai, aku tetap punya hasrat mahu menjadi muslimah yang baik dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Ya, itu kata hati Damia.

Laman web I Luv Islam habis dilayari, Damia menekan butang closed dan icon disconnect pada paparan internet broadbandnya. Kedengaran lagu ‘Ku Serah Cinta’ nyanyian kumpulan nasyid In Team berkumandang di corong radio. Lirik yang indah~~ =)


Ku Serah Cinta
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Kini..Damia telah melepaskan segalanya.

Ku delete semuanya.


**Cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. S
ekadar coretan di kala boring. Jadikan pedoman.

Thursday, January 28, 2010

KANCAH I: Hye Hye Bye Bye

Tett~~ tett~~ **cam biasela, bunyi hp Damia kan tett tett. (^_^)V~~

Orang Terbang : Salam, i delete no u ok. Damia : y? Dats hurting. Orang Terbang :

Our:
Perspektif - 0
Meets - 0
Hopes - 0
Chemistry - maybe there is something, but dangling
Plans - 0
Needing each other - 0
That's why Im making a move.

Damia : Kenapa hati rasa sedih. =( 

Orang Terbang : It shouldnt be a feeling. Am I rite? Kan? 
Damia : I feel dat way. Ok. Can do nothing. Tapi, kalau terjumpa Mia di mana-mana, silala tegur yaa. 
Orang Terbang : I cuma ingat senyum manis you dan gigi arnab you. Nak jumpa you payah, you kena berteman. Ntah, i jahat sangat kot. 

Mia tidak terkata apa. Dia telah menolak untuk berjumpa Syed apabila Syed datang ke tempatnya beberapa minggu yang lepas. Atas alasan tiada teman untuk menemaninya. Ya, kebetulan Hana tiada di rumah. Damia pasrah. Segala ketentuan benar-benar ingin diserahkan kepadaNya. Pesanan Kak Syarha sentiasa bermain di fikiran.

''Mia, jodoh pertemuan sudah ditentukan Allah. Kejarlah impian Mia, mana tahu ia akan menjadi asbab kepada pertemuan dengan jodoh Mia. Cara hina atau cara mulia, semuanya atas pilihan Mia. Jika seorang lelaki itu bersungguh-sungguh ingin mengahwini Mia, tentu ada usaha untuk bertemu kedua ibu bapa Mia terlebih dahulu. Buatlah apa yang Allah suka dan tinggalkanlah apa yang dilarang.''

Air mata terasa hangat di pipi. Penyesalan yang akhirnya membawa Mia bertemu Kak Syarha, merungkai segala permasalahan yang pernah dilalui Mia suatu ketika dahulu. Kak Syarha adalah insan yang sangat dikagumi Mia. Idola!! Berjiwa lembut dan patuh pada ajaran agama membuatkan Mia begitu menyukainya.

''Belajarlah untuk mencari keredhaan Allah dalam setiap perkara yang menimpa diri kita. Setiap daripada kita tentu akan di uji kerana kita telah meletakkan diri kita sebagai calon kemasukan syurga di akhirat kelak.''

Begitu mudah contoh yang diberi bagaikan menjawab persoalan mengapa mesti ada masalah yang melingkari hidup ini. *Kertas ujian SPM diberi hanya kepada yang mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM tersebut. Dari hal yang demikian, bukankah matlamat akhir hidup kita mencari keredhaan Allah dan mengharapkan syurga dariNya. Maka, tabahlah menghadapi segala ujian dan masalah yang melanda. Ujian!!

Begitu jauh fikiran Mia melayang. Aneh dengan keputusan Syed namun apalah dayanya. Syed hanya kawan yang jauh, sangat jauh. Mia terus menyambung menyemak buku latihan kanak-kanak ribena nya. Terus cuba menumpukan perhatian namun. Hatinya menangis.

''Damia is losing a friend just because there's no meets.''

~~bersambung~~

**cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. sekadar coretan di kala boring.

Nota Kecil: Sebahagian nasihat di atas aNNa dapat daripada tazkirah Jumaat yang lepas. Sharing is Caring~~ (^_^)V~~

Thursday, September 3, 2009

sahabat aNNa mendamba kekuatan


Kasihan sahabatku ini..

Puas sudah dia mengumpul segenap ketabahan. Ujian datang menghujan. Saban hari, air mata jadi teman. Ke hadrat-Nya dia mengadu, dia merintih. Dia sudah sangat lemah. Mungkin juga pertama kali dia menjalinkan hubungan yg sebegini rapat dengan insan bernama lelaki dan kemudian terpaksa melepaskannya pergi dalam keadaan lelaki itu sudah sebati dalam hatinya.

Hubungan mereka berdua memang sangat mesra, sudah mencipta banyak kenangan indah walaupun belum cukup setahun berkawan. Sehingga akhirnya, sahabatku mula tertanya-tanya, siapa dia di hati lelaki itu. Dan April lalu, sahabatku memberanikan diri bertanyakan hal ini. Ujian untuknya..jawapan yg diterima sangat mengecewakan.

Julai..benar-benar mencari kepastian. Sahabatku bertanya lagi, 'Sebenarnya, pernahkah awak terfikir untuk menjadikan saya isteri?' Lelaki itu diam..Sahabatku bertanya lagi, 'Sekilas pun tak terfikir?' Dan lelaki itu menjawab, 'Ada..' Sahabatku rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya boleh mengubat rasa kecewa walaupun perkara itu hanya difikirkan untuk sekilas cuma. Lelaki itu menyambung lagi, 'Tapi awak, hanya terlintas sahaja, tak boleh menjanjikan apa-apa'. Sahabatku terdiam, tidak terluah rasa sedih dan kecewa. Kasihannya sahabatku...Berkawan sudah lebih daripada kawan biasa tapi tiada niat untuk dijadikan isteri. Mungkin bagi sahabatku, dia merasakan dirinya dilayan lebih daripada seorang kawan biasa. Dan mungkin bagi lelaki itu, semuanya perkara biasa sahaja, mungkin begini caranya dia berkawan dengan kawan perempuannya. Terlalu banyak kemungkinan. Sekarang, sahabatku mahu kembali ke landasan yang sebenarnya, dia mahu kembali ke jalan yang betul. Tapi, dia merasa masih lemah, ingatannya pada lelaki itu masih kuat. Terkadang dia sedih apabila memikirkan tentang anak-anak yang bakal dilahirkan. Bagaimana dia mahu melahirkan anak-anak yang baik, soleh dan solehah sedangkan banyak perkara salah yang sudah dibuat sepanjang tempoh perkenalan itu.

Benarlah kata seorang penyair Arab:
Bahana Cinta...
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong...

Cinta tidak lahir dalam hatinya,
Hanya lahir dalam hati sahabatku,
Apa hikmahnya hanya Allah saja yang tahu,
Jalannya hanya satu...
Tinggalkan cinta itu,
Lelaki itu tentu tidak tahu sahabatku ini sedang bersusah payah menahan rasa kecewa,
Betapa sukarnya untuk sahabatku menerima kenyataan ini,
Perasaan yang ada dalam hati sahabatku tiada nilai baginya...
Dengan mudah minta dilupakan,
Kasihan sahabatku..semoga dia terus kuat,
Sahabatku benar-benar mendamba kekuatan...

Sekian...ceritera ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah tiada. Moga jadi pengajaran..