Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Showing posts with label aNNa. Show all posts
Showing posts with label aNNa. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

rasa nak cili-cili 'kamu' ini

.
Assalamualaikum..

Jajanggg! Rasa nak cili-cili masak lomak cili api ini...

Mah feberet sangat!




Apa kes aNNa selit cili api di situ? Hee!




Lunch hari ni. Jom makan!!

Saturday, October 19, 2013

oyen jatuh tangga!!

Oyen kesayanganku amat.
Jatuh tangga!!
Dah jatuh tersepit pulak!!
Sudah jatuh ditimpa tangga?

Sungguh. Mati kutu. Gundah. Gulana.
Bila tiada klinik haiwan di sekitar Temerloh, Mentakab & Maran!! Hanya ada pejabat haiwan dan kedai-kedai pembekal produk haiwan dengan bantuan rawatan haiwan pada tahap minima.

Oyen, Omey dan Dek Eye; 
Si Oyen memang yang paling aktif.
Melihat Oyen diam tak boleh jalan memang pemandangan yang merobek hati.
Dengan muka die yang comel keterlaluan tu.
Memang tak boleh tahanlah!
Kasihannya kamu Oyen... (>“ “<)

Syukur, baik sangat ibunya tadi.
Very pampered.
Fenomena yang sangat sweet.
Bak kata omputih: No words can express!! 
Ibu kucing macam memahami anak tengah sakit kaki. Terharunya daku melihat 'mereka' saling berkasih-sayang. Ohh...im touched! (♥♥) 

Laju kotak fikirku mengakarkan sesuatu. "Sedangkan haiwan tanpa akal tahu membelai menyayang anak, mengapa masih ada manusia yang semudah-mudahnya membuang, mendera malah membunuh anak sendiri?" Maka, tiada bezakah kamu dengan sang haiwan? 
Ya, isu lama. Namun, masih tiada surutnya. 
Oyen.. Oyen.. 
Tak senang duduk dibuatnya bila melihat hilangnya keletahmu yang cute terlajak. 
Tiada aktiviti lari-lari ke sana ke mari. 
Diam terbaring. Senyap. 
Sesekali cuba menyentuh kaki Oyen yang sakit, kuat beliau me-meow
Kasihan, tentu sangat sakit!

Ya Allah....haiwan ini dariMu jua.
Kasihani dia, sembuhkan dia.
Aamiin.




Tuesday, October 15, 2013

si ommey

.

·٠•● hye! saya ommey!! ●•٠·


Sunday, October 6, 2013

si comel oren dan hitam


Suatu petang di belakang rumah tok wan....




Oren  : Kakakkk!! 
Hitam : Iyyooo~

Oren  : Kakak nak pegi mana tu?? Ikot~~

Hitam : Jalan-jalan. Jom!




















Oren  : Kakak ni laju sangat laaa...
Hitam : Isk ko nih...terhegeh-hegeh. 

Oren  : Sabo-sabo laa. Baru reti jalan semalam kot.

Hitam : Hmm..meh sini kakak tolong ko.




Oren  : Oyyay! Baiknya kakak. Sayangnyaaaa kat kakak kite nih.
Hitam : Heleh...mengado-ngado.




Oren dan Hitam berhenti rehat untuk seminit dua....



Oren  : Kakak...nak bagitau nih.

Hitam : Apa?

Oren  : Kakak ni busuk laa. Berapa hari tak mandi ni wei.

Hitam : Dush!! Dush!!



✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮


Tambahan Info


Kisah Menarik Rasulullah SAW dan Kucingnya


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya,
di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.



aNNa: سُبْحَانَ اللهِ

new little caliph


Happy Moment 2013!!
Mahu share sama kamu.
Yea. Kamulah!!




Nur Anis Damia.
Anak jiran aNNa.
Jiran aNNa merangkap member sekampung kacip mouleque.
Geng main pondok-pondok.
Geng jalan kaki pergi sekolah.
Geng main batu seremban, konda kondi, baling tin segalanyalah.
Ohhai....dah ada anak kau yerk.
Subhanallah. Alhamdulillah.




Nur Insyirah Wahida.
Anak Emilia.
Korang kenal kot? 
Bapak glamor kat atieaNNa nih sedari dulu...eheh!!
Aduhai...aNNa tak berkesempatan lagi nak melawat Insyirah.
Maafkan aunty Ejan yekk. (T_T)
Huu.. Emyko dah ada anak!!
Jenyko macam tak percaya...arkss!
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.




Dan aNNa sekarang sibuk jaga anak jugak. 
Anak meow meow.
Cacing dah setel. Lepas tu baby meow sakit mata pulak.
Tapi, me dah cuba merawat + jumpa bomoh haiwan.
Leganya melihat para meow kembali riang.
Cepatlah sembuh sepenuhnya dan cepat besar!!
Allahuakbar!

**********************************************************************

 SURAH AL-AN'AM (6:32) 




**********************************************************************

 SURAH AD-DUKHAAN (44:9) 

Tetapi mereka itu di dalam keraguan serta bermain-main.

**********************************************************************


Good luck untuk ke dua-dua khalifah comel.
Semoga menjadi manusia super saiya di muka bumi ini dan 
mempunyai pengakhiran yang baik di akhirat sana.

Duhai aNNa...kamu juga!! 

Dunia hanya permainan.
Akhirat jualah yang kekal abadi.

Dunia hanya 1 jam.
Akhirat jualah selama-lamanya.

Semoga Allah redha..

Saturday, August 31, 2013

310813

MERDEKA!! MERDEKA!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 BAGI
 SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!

TETAPI....

HAKIKATNYA...

ANNA BELUM MERDEKA SEPENUHNYA.

ANNA PUNYA HATI-JIWA-RAGA-BAKUL-TONG-SEGALA MASIH BELUM MERDEKA!!

Allah SWT berfirman...





SOALAN: SUDAHKAH ANNA TANAM CITA-CITA UNTUK MATI DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH?

-----------------------------------------------------------------







SOALAN: SUDAHKAH ANNA BERJAYA ISTIQAMAH MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI DAN SUDAHKAH ANNA KHATAM TAFSIR AL-QURAN SEPENUHNYA?


----------------------------------------------------------------




SOALAN: BILA DITIMPA MUSIBAH, ADAKAH DIRI ANNA BENAR-BENAR REDHA? ADAKAH ANNA IKHLAS MEMAAFKAN DIRI SENDIRI DAN INSAN-INSAN YANG MELUKAKAN HATI ANNA? SEJAUH MANAKAH KEBERGANTUNGAN ANNA KEPADA ALLAH DALAM MENGHADAPI MUSIBAH INI?

-----------------------------------------------------------------

3 POTONG AYAT AL-QURAN DI ATAS SUDAH CUKUP MEMBUAT ANNA GOYAH TENTANG KEMERDEKAAN YANG ADA DALAM DIRI ANNA. 

APALAH ERTINYA BILA DI LUAR SANA DILAUNG-LAUNG MERDEKA MERDEKA DAN MERDEKA NAMUN DALAM DIRI ANNA MASIH 'DIJAJAH' HEBAT.

MERDEKAKAH ANNA DARIPADA KENIKMATAN DUNIA YANG HANYA SEMENTARA?

MERDEKAKAH ANNA DARIPADA BISIKAN DAN HASUTAN SYAITAN?

MERDEKAKAH ANNA DARIPADA NAFSU JAHAT YANG SUKA AKAN KELALAIAN?

TEPUK JIWA, TANYALAH HATI!
(bab men-trouble-maker-kan ayat memang aNNa no 1 kan!? dulu, kini dan selamanya..huks! minta ampun DBP. cikgu mohd nor, maafkan anak muridmu ini.) 

**********************************************************************************

310813: ME NAK SHARE GOOD THINGS YANG BERLAKU HARI INI. 

HARI INI DALAM SEJARAH.

31 OGOS 2013.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERI MERDEKA PN ANI TEMAN MEM-BUNGA ANNA YANG AMAT DISAYANGI. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SELALU. DOAKU SELALU UNTUKMU, INSYAALLAH. ANI, TIBA-TIBA EJAN TER-VERANGAN KITA AKAN BERJIRAN DI SYURGA. WAHH!!  


@FLORIA PUTRAJAYA 2009. MERDEKA!!

**********************************************************************************

HARI INI DALAM SEJARAH.

31 OGOS 2013.

TEMAN TERSAYANG PN EMI SELAMAT MELAHIRKAN PUTERI SULUNG BELIAU YANG DINANTI-NANTI SETIAP SAAT DAN KETIKA. PUTERI MERDEKA!! ALHAMDULILLAH. YA ALLAH, SEMOGA ANAK INI BAKAL JADI ANAK YANG SOLEHAH, SEPERTI IBUNYA. INSYAALLAH! 


@ZOO NEGARA 2009. MERDEKA!!

Err..ok, penampilan aNNa sangat tak merdeka. gOTCHA!!

pENgsaN!



Friday, August 23, 2013

monolog aku tanpa mereka

.



Sayu hati melihat gambar-gambar ceria mereka
Sungguh...aku rindu!!
Saat pertemuan dengan mereka adalah pada minggu-minggu akhir berada di UTM

Terkadang hati merintih..tertanya..
"Kenapa tidak aku dipertemukan dengan mereka lebih awal?"
Semester I, terasa asingnya diri
Sudahlah aku meletakkan jurang yang besar antara aku dan sang adam
Semakin sepi bila tiada hawa yang seiring denganku
Mungkin ada..cuma akulah hawa yang tak seiring dengan mereka

Kini, aku kembali sendiri
Berdiri atas setitis tarbiyah yang sempat diteguk
Hiba mengenangkan betapa lemahnya aku mencari CINTANYA
Rapuh..rapuh tanpa sayap
Ingin aku terbang bebas
Bersama mereka yang kucintai keranaMu
Namun jarak kita jadi tembok
Atau adakah ini hanya alasan?

Aku tanpa mereka
Sasau mencari kebenaran
Hanya mampu berharap
Moga Allah takkan melupakanku

************************************************************

“Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Sedang keampunanMu yang mendatangi hamba 
adalah lebih agung dan lebih mulia”



..:: Aku Tanpa Mereka ::..

Tuesday, August 20, 2013

book hunting!!



      بسم الله الرحمن الرحيم

Buku Tuhan Lebih Saintifik.

Alhamdulillah. Hari ni aNNa officially khatam buku Tuhan Lebih Saintifik hasil ehsan masa menunggu kereta siap diservice. Sangat lama uolss...yaa aaaaaa aaaw. Nasib mak memang suka bawa teman mak ni ke mana-mana. Dan terkadang kereta adalah tempat membaca buku paling efektif untuk aNNa. (Syukur aNNa jenis tak pening-pening membaca dalam kereta yang sedang bergerak) Plus jutaan tQ to my adik yang selalu dibuli jadi driver. Jahatzz nya kakak dia?? Maka, dapatlaa kakaknya mencedok ilmu barang sesenduk nasi plus jadi penceramah tak bertauliah buat halwa telinga kami bersama. Haruslah sharing is caring... Tak gitu? ^^,  




Buku Risalah Hati Raja Sehari. 

Urgghhh...serius wa pelik bin ajaib masih tak dapat jumpa buku ni. Waa dah cari seluruh pelusuk Temerloh sampai ke Mentakab...wuuu!! Awat tak sampai-sampai ke Negeri Pahang lagi ni. Jem kat mana!?? 

Solusi: Internet dah bernyawa, beli online! ^^,



@Star Mall Mentakab. 
Letih pekerja kedai buku ni cari buku-buku yang aNNa nak...heee!

Actually me sangat ber-ia-ia nak cari buku Risalah Hati Raja Sehari tapi sebenarnya ada beberapa set buku yang masih belum habis baca...dum dum daammm! Heee...sangat pilih kasih. Makanan fizikal dah sah-sah memang ada yang aNNa suka makan dan tak suka makan. Nampaknya, makanan rohani pun 'ditimpa' nasib yang sama. Yang dirasakan 'lazat' akan menjadi pilihan utama..huks!



Yang ni agak 'lazat' tapi masih belum habis baca...



Terlalu 'lazat' sampai sayang nak mula baca. Belum mula baca!!



Dah habis baca tapi ala-ala carca marba jadi rasanya nak kena baca lagi sekali...



Sedang baca....




Belum mula baca....!! 
Memanglah ko lalai kan..aduhai~



Baru muka surat pertama....





 Baru baca beberapa muka surat pilihan...




Habes baca tapi perlu ulang...kerana kurang faham.. 
Anybody nak terangkan pada aNNa??



Hanya memilih bab karektor keperibadian dan keistimewaan seorang Aisyah dan biografi intelektual Aisyah. Extremely awesome!!



Pinjam dari anak buah. Masih tak pulangkan...kui~




Baru baca separuh...




Pinjam dari kakak ipar. Buku paling tebal setakat ni. Sangat berhasrat untuk beli untuk koleksi peribadi. **Bila pinjam dari orang aNNa tak boleh nak conteng-conteng...agak tak feel tak dapat conteng buku sambil baca.



Siket lagi nak habes.... 
**Amboi? Yang ni laju plak apa kes!? Hahaaa~~



Yeah. Cuti lama kan. Nah! Baca buku sampai kenyang. Rohani kamu tu dah lama kelaparan tak cukup 'zat'. Dah lama tandus macam padang pasir yang berkurun tak berhujan. 

Me terus tamak. Selepas Risalah Hati Raja Sehari, masih ada beberapa set buku wanted yang masih belum berjaya aNNa miliki.



Buku Wanted II



Buku Wanted III



Buku Wanted IV..


Korang: Ehh...kenapa sibuk-sibuk nak bagitau kat kitorang buku apa yang ko nak?

aNNa: Kotlaa korang nak bagi hadiah kat aNNa ke..hehehe! Kecil tapak tangan, sebesar padang bola aNNa tadahkan...yayayayyaaa aaa aaww!!


Masih ingat tak cogan kata paling fofular masa kita sekolah-sekolah dulu?

"MEMBACA AMALAN MULIA"

Ralatnya...baru sekarang ayat tu meresap dalam jiwa aNNa. Degil punya budak!


Errmm xpe. Better Late Than Never!!


Go go book hunting!!




Senyum Sampai Pengsan~~~