Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Monday, July 30, 2012

Hatiku Hatimu

.
Ahah... Lirik lagu kesukaan aNNa bulan ini.. (^_^)
Sukalah...suka...suka sangat..
Kedengaran sweet..
Awak suka jugak tak?
Lambai tangan tinggi2 kalau suka!! 



Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui

******************************************

aNNa: Bakal jadi pengapit kepada 2 pengantin. 

Sorang jiran aNNa (walau berat hati berkilo2 sebab dah banyak kali jadi pengapit hingga kalah ketam kapit-mengapit, haruslah aNNa permudahkan juga permintaan dia sebab dialah kawan rapat zaman ribena aNNa. Takkan nak bagi alasan.. "Maaf awak, 5 kali dah saya jadi pengapit,  dah tak mahu 'naik pelamin' lagi sebab orang kata tak elok nakdara naik pelamin banyak kali"... (T_T) 

Sorang lagi Cik Myko...aiyakss!! Ini lagilaa...dah dari zaman tok kadok masa kat UPM lagi dia dah deal dengan aNNa. "Aku nak ko jadi pengapit aku, aku nak jadi pengapit ko oK"

Pengapit tegar. Layanzz.

aNNa: Senyum Sampai Pengsan (Senyum Pasrah) 

Sunday, July 22, 2012

AUSTRALIA 2010: Mengimbau Kenangan di LCCT Sepang


27 November 2010, masih segar di ingatan….

Hati aNNa yang satu ini bergolak dengan segala macam rasa. Kenapa?

# aNNa sangat obses dengan kapal terbang
# dan hari itu aNNa akan naik kapal terbang.. Can you imagine the rhythm of my heart? It was so lalala trang tang tang~~
# aNNa akan fly ke negara omputih untuk julung-julung kalinya
# dan aNNa telah lama berangan cuma masih tak kesampaian n finally I’ll be there for almost a month!!

Owh..hati aNNa sedang menari poco poco penuh keriangan!!  

Sang Myko yang sangat sayang aNNa (mode perahsantan) being so sweet nak hantar aNNa ke airport. aNNa nak naik bas aje tapi dia nak hantar jugak, Sang Jeny memang terus makanlaa ulam yang mendatang akibat pucuk yang dicita2kan. Erk..dah mula dah..dah mula dah aNNa nie. Meraban siok sendiri. Eheh. Lantak. Layan. Zasss!!


Owh…sementara Emi a.k.a Myko parking kete, aNNa a.k.a Jeny tunggu dia kat entrance. Tiba-tiba…… suspense nih. Ada seorang wanita berambut panjang semakin mendekati aNNa… (sila mula degupkan jantung anda dengan kadar degupan lebih kencang ibarat terserempak Aaron Aziz)

/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ LUB DUP LUB DUB~~  
/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ LUB DUP LUB DUB~~  
/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ LUB DUP LUB DUB~~  

Dan wanita itu menegur aNNa....

Wanita : Lu dah habes kontrak mau balik Indon kaa??
aNNa    : Erkk!??

WAHAHAH GAGAGA TOINK TOINK~ (aNNa rasa nak gelak guling-guling kat situ jugak..) Memang kebas telinga aNNa kena renjatan kata-kata aunty Cina tu. Terus aNNa buat spot check mengejut kat baju + tudung aNNa.


Wehei…korang nampak aNNa macam warga Indon ke ahh?? Errmmm…Hasil bedah siasat menunjukkan mungkin faktor tudung aNNa tu..hik3~~ Ke muka aku memang muka Jawa Indon?? Hahahaa~~ Takpe aunty, aNNa tak marah even it was fun. Sensational stories gitew.

Dipendekkan entry, Alhamdulillah. Finally selepas lebih kurang 8 jam aNNa selamat tiba di Melbourne. Sekian..



Owh..lupa nak kaboo. Keh pegi dengan Yana. Berdua Lebih Baik. aNNa pergi untuk 3 minggu, Yana pergi untuk 1 bulan. aNNa kena balik awal seminggu sebab cuti sekolah dah habes. Haruslah kerja, anak bangsaku sedang menunggu di sekolah...ecceh!!

Duhai Ibu

.
      
Model Pilihan: aFFiq (anak buah aNNa)

aNNa baca entry baru Fatimah Syarha bertajuk Damailah Dalam Pelukanku
aNNa suka 2 ayat ni. 
Menusuk kalbu gitew.
Meh nak tusuk kalbu korang pulak!


Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anak. Didikan melalui tauladan. 


aNNa: Duhai ibu.. doakanlah anakmu..
***************************************************************************************************************************************************************


Dia inginkan susu. Aku membuat tafsiran. Sesaatpun aku tidak bertangguh. Jika nanti aku tidak mahu anakku bertangguh pada panggilanku, aku perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh tidak bertangguh pada panggilannya. Pantas ku mendapatkan si jantung hati. Kusuakan susu terbaik di dunia buatnya, susu ibu. 

aNNa: Duhai ibu..terima kasih kerana jarang sekali dirimu bertangguh demi diriku..
***************************************************************************************************************************************************************



aNNa ✿~: Sweet Photo.. ♥♥♥

Tuesday, July 17, 2012

Perempuan Baik

.

Keratan Cerpen di bawah aNNa dapat dari sini.. :)


PERSOALAN: "Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?" 



JAWAPAN: "Siapa kata tidak perlu berusaha?
Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan SEMUA ITU ADALAH USAHA.

Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya.

Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh.

Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah.

Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat."


aNNa ✿~: aNNa suka couple ni. Bagai rambutan dibelah dua!!

Lelaki Baik

.
"Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu," 

"Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."

"Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu."

"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia," 

Tuhan Jagakan Dia

.



Fatimah Syarha

"Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin sekejap jeaa..

Sabarlah sekejap!!!

Dah kahwin nanti yang halal amat luas...

Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha ALLAH"





Tuhan Jagakan Dia
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu


Saturday, July 14, 2012

Berdamailah Dengan Takdir

.

‎"Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan"

aNNa: Terima Kasih www.iluvislam.com