Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Showing posts with label nukilan aNNa. Show all posts
Showing posts with label nukilan aNNa. Show all posts

Monday, April 5, 2010

KANCAH II: Ku Delete Semuanya




‘Buat muslimah yang berada di luar sana, hargailah dirimu seadanya. Sesungguhnya segala pintu kebaikan dan keburukan berada di tanganmu. Kamu berupaya mengubah kaum adam daripada negatif kepada positif malah lebih dari itu lagi. Seorang lelaki tidak memandangmu hanya kerana kecantikanmu walaupun kadang-kadang kaum adam tertarik memandangnya tetapi suburilah akan dirimu dengan sifat ketakwaan dan kelembutan yang bertempat dan jangan sesekali engkau mencampakkan dirimu kelembah hina, walaupun untuk sesaat kerana sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah’


Ralet Mia menghayati ayat-ayat terakhir daripada artikel I Luv Islam. Laman web kesukaannya. Hargailah dirimu seadanya. Adakah aku seorang muslimah yang tahu menghargai diri? Matanya merenung jauh ke luar tingkap. Hati bungkam. Tertanya-tanya sendiri. Namun tiada jawapan. Kenangan lalu menjengah lagi. Meratah jiwanya hingga dia lelah dan tidak berdaya.

Mia..Mia..Mia.. Dalam kepayahan mencari erti kehidupan, penuh onak dan ranjau. Persoalan demi persoalan menghenyak fikirannya. Siapa dirimu Mia? Dari mana datangmu Mia? Kenapa kamu di datangkan ke dunia ini? Dan ke mana kamu akan pergi? Mengapa dirimu dihantui perkara itu lagi? Buntu. Arghhhh!! Kak Syarha, aku harus mencarinya. Kakak, bantulah Mia. Mia tidak faham. Mia buntu.

Salam.. Kak Syarha.

Ya Mia..apa khabar adikku sayang?

Kakak. Dia mencari Mia. Aman mesej Mia. Dia menghubungi Mia setelah hampir setahun kami hanya mendiamkan diri. Kakak, hati Mia terusik. Hati Mia seperti merinduinya. Kakak, bantulah Mia. Mia rasa sedih. Mia rasa terkilan.

''Sangat terharu dan menyentuh hati Aman. Terima kasih Mia kerana menjadi kawan Aman. Aman sentiasa ingat Mia, sahabat yg baik lagi comel..yang sentiasa memberi Aman semangat dan menasihati Aman ke arah kebaikan..TQ''

Kak Syarha, untuk apa dia memberitahu semua ini? Kak Syarha, kenapa dia menanti Mia untuk membalas mesejnya semasa hari jadi Mia? Kakak, Mia benar-benar tidak faham. Bukankah dia sudah bertunang. Mengapa tidak membiarkan Mia sendirian mengubati hati Mia yang terluka. Hati Mia jahat, terkadang dipenuhi rasa benci. Kak Syarha, dia tamak!

Mia, jika ditakdirkan Mia dah ada tunang, tiba-tiba tunang Mia tu sms dekat bekas teman wanitanya mengatakan sentiasa mengingati perempuan tu, apa perasaan Mia? Begitulah senangnya dipermainkan perasaan tunangnya sekarang ini dengan memberikan kata-kata manis itu. Adakah ini lelaki beriman yang jadi idaman? Fikir-fikirkanlah. Allah lebih tahu lelaki terbaik buat Mia jika Mia benar-benar mencari-Nya.

Mia, jangan membencinya. Allah sangat sayang pada semua hambaNya. Sedangkan Mia tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat di hatinya. Ya, mungkin kita boleh menilai daripada perlakuan dan kata-katanya tapi kita tidak tahu apa sebenar yang tersimpan dalam hatinya. Maka, terimalah takdir Mia dengan hati yang tulus. Redhalah dengan ketentuan ini sayang.

Mesej Mia terhenti di situ.

Ya Allah…Betapa kerdilnya diriku. Hati Mia meruntun pilu. Dia menangis sendirian. Tiada teman di sisi. Terus dia mengambil wuduk dan bersujud pada yang satu. Mengharapkan tenteram jiwanya, mengharap damai hatinya. Usai selesai solat, Mia menadah tangan penuh mengharap ke hadrat Ilahi memohon keampunan semoga taubatnya diterima. Amin..

Aman..cukuplah itu yang terakhir. Bukan niatku memutuskan silaturrahim tapi bantulah hatiku agar tenang. Biarkanlah aku sendiri, terus mencari diri, mencari makna kehidupan yang sebenar. Bahagialah dirimu dengannya kerana dia di hatimu dan aku bukan pilihan. Ya..tiada keserasian. Betapa pedih menerima kata-katamu tetapi itulah hakikat yang terpaksa aku terima.


Syukur ke hadrat Ilahi kerana keperitan ini membuat aku semakin dewasa. Dating, gayuting, mesejing, MMSing dan segala ing ing ing telah menjadi asing dalam hidupku. Yang tinggal hanyalah kenangan semalam. Masjid yang jauh menjadi dekat kerana diri mendamba kekuatan. Betapa anehnya takdir Tuhan. Di saat kita memohon kekuatan, diberikanNya masalah agar bisa tabah mencari jalan penyelesaian.
Tett~~ Tett~ Hp Mia berbunyi. Oh..mesej daripada kakak.

Mia minta drpd Tuhan setangkai mawar segar,

Ia beri kaktus berduri.
Mia minta kupu-kupu, Tapi diberi ulat berbulu,
Mia sedih dan kecewa..Namun kemudian..
Kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.


Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan.. Tapi, Ia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya, Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
 


Sungguh indah mesej yang dihantar kakak Mia. Syukur padaNya, kakak seperti memahami betapa aku dalam kerunsingan pada ketika itu. Masih dalam ingatan, di saat aku menerima khabar berita pertunangan Aman, aku menangis sendirian di atas buaian di beranda rumahku. Ayah yang baru pulang dari kedai membeli nasi lemak untuk sarapan pagi terlihat diriku yang sedang menangis. Cepat-cepat aku mengelap air mata tapi di mana dapat ku sembunyikan mataku yang merah ini.


Ayah seperti mahu marah pada ibuku kerana tidak bersamaku sedangkan ibu tidak mengetahui apa-apa.
Pergi tengok anak awak menangis kat depan tu.

Aih..Mia tu anak saya aje ke bang.


Sayup-sayup kedengaran perbualan mereka. Sayu hati ku. Betapa aku disayangi. Sepenuh hati, ibu memberi semangat kepadaku supaya bersabar. Malah ibu turut menangis bersamaku membuatkan aku terpaksa berhenti menangis. Tak sanggup melihat ibu bersedih, aku cuba sedayaku memendamkan segalanya.

Kakak juga tidak putus memberi semangat dan terkadang seperti mencabarku. Alah, apa yang Mia lalui sekarang ni tak sehebat dugaan orang lain. Bukalah matamu dik, ada ramai lagi yang lebih sengsara di luar sana. Aku terdiam mengiyakan kata-kata kakakku.
Mia juga beruntung mempunyai adik perempuan yang memang boleh diharap. Selama beberapa hari wajah muramku menghiasi rumah, dialah yang melakukan segala kerja-kerja rumah. Mia? Hanya tahu order sahaja. Hari ni kakak nak makan kerang goreng lah. Mintaku. Ok..boleh. Tapi, kakak pergi basuh kerang tu awal-awal dan toskan. Lambat basuh nanti banyak air pulak masa goreng, tak sedap. Masa makan. Ayahku mengambil kesempatan menasihatiku. Tapi, buat aku ketawa pulak. Susah-susah sangat, pilih hok kuceng2 kurap sudahlaa. Kata ayahku. Hah!!? Ayah ni~~ Hahaha~ Tapi, aku faham. Ayah hanya mahu Mia mencari yang boleh menjaga Mia dengan baik. Itu sudah memadai baginya. Arhh..betapa aku menyayangi keluargaku. 


Kedengaran rintik hujan semakin lebat menyimbah bumi menyedarkan Damia daripada lamunannya yang jauh. Hujan.. Rintik hujan yang turun, kejadian Allah yang sangat mendamaikan hatinya. Hujan terus mencurah, membasuh segala kekotoran di atas muka bumi. Ya Allah, semoga hatiku bisa suci, sesuci hamparan daratan yang disirami air hujan.

************************************************************************************************************

Mia tersenyum sendiri. Mia hanya mahu memandang ke hadapan. Walaupun seperti payah digapai, aku tetap punya hasrat mahu menjadi muslimah yang baik dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Ya, itu kata hati Damia.

Laman web I Luv Islam habis dilayari, Damia menekan butang closed dan icon disconnect pada paparan internet broadbandnya. Kedengaran lagu ‘Ku Serah Cinta’ nyanyian kumpulan nasyid In Team berkumandang di corong radio. Lirik yang indah~~ =)


Ku Serah Cinta
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Kini..Damia telah melepaskan segalanya.

Ku delete semuanya.


**Cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. S
ekadar coretan di kala boring. Jadikan pedoman.

Sunday, March 28, 2010

MUTIARA KATA: Ku Menunggu


Ku Menunggu 

Bukankah telah ku tanyakan,
Bukankah telah ku katakan,
Niatku ini tulus suci,
Sejak awal telah terpateri,

Keikhlasan menyuluh di segenap hati,
Semoga tiba ketika,
Cahaya hati disirami pelangi,

Meniti doa siang dan malam,
Sarat air mataku bagai tiada surutnya,
Kerana aku menunggu,
Menyulam semula tautan hati...

Dugaan sayangku,
Hanya dugaan,
Tapi, mengapa semua bagai mimpi?
Kenyataannya menikam kalbu,
Kenyataannya langit dan bumi,
Aku di sini, engkau di sana,
Terpisah...
Entahkan kerana sayangku,
Entahkan kerana sabarku,
Kerana aku masih menunggu...

Senyumku tangisku,
Bagai seirama walau berbeza,
Rindu semilu menghiris kalbu,
Antara mimpi dan pengharapan,
Aku seperti memilih harapan,
Antara duri dan permata,
Aku bagai memilih duri,
Kerana aku masih menunggu...

Sedar...anganku yang kosong,
Sedar...kasihku tiada balasnya,
Sedar...ikhlasku sia-sia,
Sedar...aku hanya boneka,
Dan terlalu menyayangi,
Akhirnya memamah diri,

Moga terbuka hatiku,
Moga terpujuk hatiku,
Berhentilah...
Pasrah segala pada Tuhan,
Kerana aku telah lelah,
Kerana aku masih menunggu...
Masih lagi seperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Semoga tiba hari,
Bersinar ruang hati,
Menyuluh arah agar kembali...

Aku adalah 'boneka'...
Aku cantik...
Aku penghibur duka...
Aku penyeri hati...
Tapi sayang...
Aku hanya 'boneka'...

Hasil Nukilan: Wana..

**Godek-godek My Document dalam PC aNNa, terlihat puisi yang aNNa buat suatu ketika dahulu. ''Hmm, buat apa kau berkepuk di sini, mari aku hantar kau ke tempat awam.'' Terus aNNa paste kat ATIEANNA buat kali ke dua..wink wink!!

Thursday, January 28, 2010

KANCAH I: Hye Hye Bye Bye

Tett~~ tett~~ **cam biasela, bunyi hp Damia kan tett tett. (^_^)V~~

Orang Terbang : Salam, i delete no u ok. Damia : y? Dats hurting. Orang Terbang :

Our:
Perspektif - 0
Meets - 0
Hopes - 0
Chemistry - maybe there is something, but dangling
Plans - 0
Needing each other - 0
That's why Im making a move.

Damia : Kenapa hati rasa sedih. =( 

Orang Terbang : It shouldnt be a feeling. Am I rite? Kan? 
Damia : I feel dat way. Ok. Can do nothing. Tapi, kalau terjumpa Mia di mana-mana, silala tegur yaa. 
Orang Terbang : I cuma ingat senyum manis you dan gigi arnab you. Nak jumpa you payah, you kena berteman. Ntah, i jahat sangat kot. 

Mia tidak terkata apa. Dia telah menolak untuk berjumpa Syed apabila Syed datang ke tempatnya beberapa minggu yang lepas. Atas alasan tiada teman untuk menemaninya. Ya, kebetulan Hana tiada di rumah. Damia pasrah. Segala ketentuan benar-benar ingin diserahkan kepadaNya. Pesanan Kak Syarha sentiasa bermain di fikiran.

''Mia, jodoh pertemuan sudah ditentukan Allah. Kejarlah impian Mia, mana tahu ia akan menjadi asbab kepada pertemuan dengan jodoh Mia. Cara hina atau cara mulia, semuanya atas pilihan Mia. Jika seorang lelaki itu bersungguh-sungguh ingin mengahwini Mia, tentu ada usaha untuk bertemu kedua ibu bapa Mia terlebih dahulu. Buatlah apa yang Allah suka dan tinggalkanlah apa yang dilarang.''

Air mata terasa hangat di pipi. Penyesalan yang akhirnya membawa Mia bertemu Kak Syarha, merungkai segala permasalahan yang pernah dilalui Mia suatu ketika dahulu. Kak Syarha adalah insan yang sangat dikagumi Mia. Idola!! Berjiwa lembut dan patuh pada ajaran agama membuatkan Mia begitu menyukainya.

''Belajarlah untuk mencari keredhaan Allah dalam setiap perkara yang menimpa diri kita. Setiap daripada kita tentu akan di uji kerana kita telah meletakkan diri kita sebagai calon kemasukan syurga di akhirat kelak.''

Begitu mudah contoh yang diberi bagaikan menjawab persoalan mengapa mesti ada masalah yang melingkari hidup ini. *Kertas ujian SPM diberi hanya kepada yang mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM tersebut. Dari hal yang demikian, bukankah matlamat akhir hidup kita mencari keredhaan Allah dan mengharapkan syurga dariNya. Maka, tabahlah menghadapi segala ujian dan masalah yang melanda. Ujian!!

Begitu jauh fikiran Mia melayang. Aneh dengan keputusan Syed namun apalah dayanya. Syed hanya kawan yang jauh, sangat jauh. Mia terus menyambung menyemak buku latihan kanak-kanak ribena nya. Terus cuba menumpukan perhatian namun. Hatinya menangis.

''Damia is losing a friend just because there's no meets.''

~~bersambung~~

**cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. sekadar coretan di kala boring.

Nota Kecil: Sebahagian nasihat di atas aNNa dapat daripada tazkirah Jumaat yang lepas. Sharing is Caring~~ (^_^)V~~