Sebelum mula membebel..
Renungkan 2 persoalan di bawah dan sila jawab dalam hati.
Bagi mereka yang merasakan masalah tidak putus-putus dan semakin menghimpit kehidupan...
APA GUNANYA IMAN KALAU TAK DI UJI?
Bagi mereka yang asyik merungut hal kerja...
APA GUNANYA STATUS BEKERJA KALAU ASYIK MERUNGUT TENTANG KERJA, BAIK TAK PAYAH KERJA DAN DUDUK GOYANG KAKI DI RUMAH KOT?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak kira, aNNa nak membebel kat atieaNNa jugak.Ye aNNa, mulakan bebelan anda dengan....yebaaa~~ (^^,)V~~
Hari ni aNNa bizi bagai nak rak sampai terlupa makan nasi yob!
Seawal 7.30 pagi, masuk kelas. **nasib baik dah telan 2 biji cekodok sedap** Ok laa buat alas perut. 1 biji cekodok untuk 1 period. Jadi, 2 biji untuk 2 period. Wah, pandainya Cikgu aNNa !! *hasil kiraan seorang penuntut
Bachelor of Science (Food Studies) yang dah lama meninggalkan subjek makanannya..kiraan terhebat..haha. Buat
Ani, teruskan perjuangan anda memelihara E.coli, semoga dapat memanfaatkan sesuatu buat industri makanan, khasnya. **berkobar-kobar la pulak aNNa ni..hehe. Apa khabar sample Ani yang baru? Ani..sekarang musim panas. Jaga protein yang terlibat baik-baik, takut lunyai dek kepanasan melampau..hik! Terfikir-fikir, mungkin juga aNNa akan buat
comeback dalam bidang makanan. aNNa tak pasti, tapi aNNa terima sahaja rezeki yang ada~
Sambung membebel..
Abes kelas, kRinnnnnnnnngggGG. Terbantut niat nak ke kantin kerana loceng panjang bermakna masa untuk latihan kebakaran..(T_T) Oh niatku yang bantut, bersabarlah. Mama, anakmu lapor..
**Eleh, manja ah. Itupun nak ngadu kat mak..Cengeng!**
Abes dating dengan bomba, kena masuk kelas seterusnya.
Keluar kelas, yeah. Ada 40 minit free, tapi aNNa terleka buat kerja. **aNNa kena settlekan 3 set kertas soalan peperiksaan plus Laporan Merentas Desa 2010. Mesti siapkan by nextweek, kemudian di rezo dan kilang menstepler kertas peperiksaan akan dibuka. ''
Ada siapa-siapa sudi nak tolong aNNa stepler lebih kurang 800 set kertas soalan peperiksaan?'' Mama...(T_T) Ingatkan 1 set soalan aje kena buat, rupanya bila tengok jadual guru pembuat soalan, ada 2 lagi paper aNNa kena pulun. Euuww, 'tamaknya' anda wahai Cikgu aNNa! Hmm, udah-udah, jangan banyak songeh. Berbahagialah. =)
Abes 40 minit,aNNa berhenti buat kerja bahagia tersebut dan masuk kelas seterusnya sampai waktu balik.
Oppss, tak boleh balik lagi. Hari ini turn aNNa jadi pengadil sukantara dan ada latihan bola baling juga. Tipula kalau tak penat..hahah.
4.30 petang, pulang ke rumah. Terpacak depan PC dan melayan entry
Ingatan Buat Semua daripada blog Wardatul Syauqah. Makanan jiwa, mesti dipenuhi juga. Lagipun, seronok di baca buat pedoman hidup kerana dunia hanya sementara, akhirat nun kekal abadi. Jadi sesuai sangatlah buat ingatan kepada aNNa yang selalu lupa.
Malam, aNNa semakin letih dan urat dalam badan seperti berjoget-joget, Joget Pahang mungkin…rasa macam menggeletar sedikit. ''
Apsal lak ni? Laaaa, baru teringat hari ni aku tak makan nasi lagi..'' Eke lee, budak ni. Nasib baik la Allah dah jadikan mata, hidung, mulut dan semua anggota badan sedia terlekat di badan. Kalau tak, boleh kot terjadi kejadian aneh lagi lucu dalam kelas.
Tertulis di papan putih.
GIRLS, MASUK PERPUSTAKAAN, BUAT BACAAN SENDIRI. CIKGU TAK DAPAT MENGAJAR HARI INI SEBAB TERTINGGAL MULUT DI RUMAH.
hmY&£=+!1%bnht?’grrrLw!!
Bebel aNNa tamat di sini..
aNNa cayanggg kamu yang baca sampai habis dan tak tertinggal walau satu patah perkataan..hehe. =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hmm, disebabkan entah bila nak stori mori pasal Pangkomeron (Pangkor+Cameron), aNNa cuma share gambar aNNa yang Super-Riang Ria di sana. Tapi, sebenarnya gambar pun dah menceritakan segalanya kan? Sokong aNNa tak? Yeah, cayang kamu lagi... !!
Key chain yang Super-Cute...

Dalam kolam tu ada Ikan Arapaima yang Super-Gemop...

Strawberi yang Super-Manis...

Kaktus yang Super-Comel..

Yana yang tak jemu-jemu naik gelongsor berulang-ulang kali. Kalau pandai naik sorang-sorang takpelaa.. Bodyguard dia yang dah tua ni pun terpaksa ikut menggelongsor sekali. Tapi, tetap Super-Seronok..

Super-Happy..
Super-Anak dan Super-Mama..
Nextweek Super-Anak cuti seminggu, jumpa Super-Mama..lalala~~