Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Wednesday, March 31, 2010

mak ndak dan affiq

.
Tadi telefon mamaku..ahaks! Sesuatu yang comel berlaku. Affiq dan nenek Wan berebut gagang telefon..hihih. Affiq memang tak pandai bercakap lagi tapi aNNa tetap suka dengar bahasa apa ntah yang dia bebelkan tadi. aNNa hanya mampu membalas dengan nyanyi-nyanyi lagu Upin dan Ipin. Affiq adalah kipas susah mati kartun Upin dan Ipin.. =D



aFFiq: mak ndak...ready ready~~


mak ndak: aFFiq...ready ready~~

mak ndak & aFFiq: sMileeee~~


mak ndak: oK aFFiq..gaya bebas! (^_^)V~~

Tuesday, March 30, 2010

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

'

  • Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun,
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

  • Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khatijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Sharing is Caring.. =)

Mushaf Buat Marshmallow

18 Jun 2008...

Waktu ku sepi,
Ada yang hampiri,
Menghulur kasihnya sebagai pengganti,
Hingga akhirnya aku lupa segala sakit di hati,
Kehadirannya mungkin jawapan,
Kerinduan yang panjang,
Kusut mungkin menemui selesai,
Termenung ku sendiri,
Apa akhirnya kisah aku dan dia,
Kiranya persahabatan itu paling manis,
Mengapa rebah menagih cinta,

Mungkin aku sering lupa,
Yang ada kalanya mendesak..memerangkap,
Atau mungkin pada sebuah kealpaan,
Bahawa ada perjuangan yang belum selesai,
Ada cita yang belum digapai,
Atau harus penuhi saja dambaan ini?
Secebis rasa itu,
Buat aku terus setia menanti,
Bagai terpijak duri manikam,
Memamah hatiku yang lesu,
Duhai hati,
Usir jauh rasa itu,
Kerana penantian suatu penyeksaan,

Namun resah bertamu jua,
Sembilu hati terguris,
Parah dan pasrah,
Antara kesalahan dan kejujuran,
Air mata jadi saksi,
Membasah kuyup wajahku yang sedih,
Ingin kulukiskan sebak perasaan ini,
Hanya padaMu,
Termangu ku digoda ilusi,
Mengapa begini akhirnya,
Adakah kan terjawab?
Terus ku ukir seulas senyum pura-pura,
Selagi kelam tak menjanjikan sinar…

18 Jun 2009... genap setahun...menanti akan hadirnya kembali dalam hidupku.

4 April 2009..HANCUR LEBUR.

Alhamdulillah..Terima kasih Allah.. (^_^)

''Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda''

''Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak''

Sunday, March 28, 2010

MUTIARA KATA: Ku Menunggu


Ku Menunggu 

Bukankah telah ku tanyakan,
Bukankah telah ku katakan,
Niatku ini tulus suci,
Sejak awal telah terpateri,

Keikhlasan menyuluh di segenap hati,
Semoga tiba ketika,
Cahaya hati disirami pelangi,

Meniti doa siang dan malam,
Sarat air mataku bagai tiada surutnya,
Kerana aku menunggu,
Menyulam semula tautan hati...

Dugaan sayangku,
Hanya dugaan,
Tapi, mengapa semua bagai mimpi?
Kenyataannya menikam kalbu,
Kenyataannya langit dan bumi,
Aku di sini, engkau di sana,
Terpisah...
Entahkan kerana sayangku,
Entahkan kerana sabarku,
Kerana aku masih menunggu...

Senyumku tangisku,
Bagai seirama walau berbeza,
Rindu semilu menghiris kalbu,
Antara mimpi dan pengharapan,
Aku seperti memilih harapan,
Antara duri dan permata,
Aku bagai memilih duri,
Kerana aku masih menunggu...

Sedar...anganku yang kosong,
Sedar...kasihku tiada balasnya,
Sedar...ikhlasku sia-sia,
Sedar...aku hanya boneka,
Dan terlalu menyayangi,
Akhirnya memamah diri,

Moga terbuka hatiku,
Moga terpujuk hatiku,
Berhentilah...
Pasrah segala pada Tuhan,
Kerana aku telah lelah,
Kerana aku masih menunggu...
Masih lagi seperti selalu,
Membilang waktu berlalu,
Semoga tiba hari,
Bersinar ruang hati,
Menyuluh arah agar kembali...

Aku adalah 'boneka'...
Aku cantik...
Aku penghibur duka...
Aku penyeri hati...
Tapi sayang...
Aku hanya 'boneka'...

Hasil Nukilan: Wana..

**Godek-godek My Document dalam PC aNNa, terlihat puisi yang aNNa buat suatu ketika dahulu. ''Hmm, buat apa kau berkepuk di sini, mari aku hantar kau ke tempat awam.'' Terus aNNa paste kat ATIEANNA buat kali ke dua..wink wink!!

Thursday, March 25, 2010

show me the right way

.

TAJUK GAMBAR: ''Show Me The Right Way''


Tadaaa~~ Gambar sebenar sebelum di 'operasi' dengan ganasnya oleh aNNa.

aNNa: Esok, aNNa balik kampung. Tak sabar. Dah hello mama, minta beli ikan keli. Minggu lepas, makan ikan keli masak lada hijau dengan gaya yang tergesa-gesa sebab kejar masa nak balik ke KL. **tergesa-gesa tapi aNNa sempat 2 x tambah..haha* 


Wednesday, March 24, 2010

aNNa dan tulips

.


Kegilaan aNNa buatku mabuk kepayang. Ini salah satu impian aNNa, dok dalam rimbunan bunga tulip yang banyak. Penuh warna-warni. Ermm, dok dalam pokok bunga pun boleh jadi satu impian ke?? Peduliksss~~


Yeah. Nampak sangat gambar aNNa ditepek moleque pada gambar bunga-bunga tulip itu..wakaka~

Gambar sebenar sebelumdioperasi.. (^^,)


Friday, March 12, 2010

stay cool until forever

Nota : Ini pendapat aNNa. =)

Payah kan nak jadi seorang yang cOOL? Tenang saja dalam kebanyakan masa, dalam keadaan apa sekali pun.. aNNa memang sukalah orang yang berjenis damai dan relax nih.

Dan satu perkara yang tak bagusnya tentang aNNa, hahah.. Dengan baik hatinya aNNa nak mendedahkan. **Wow!!** Iaitu... Serius, aNNa boleh jadi pening nenek lalat dengan sesiapa yang tak cOOL tahap infiniti. Lebih jelas lagi..Yang ketara memaksa, yang ketara tak keruan, yang ketara menggelabah, yang KETARA yaa....Diulang, yang ketara sahaja. (T_T)

Oppss, aNNa akui aNNa pun ada masa-masa akan memaksa, tak keruan dan menggelabah juga. Tapi, mari berusaha sehabis baik untuk mengawal diri agar sentiasa cOOL.. Kalau cOOL, tak merimaskan. aNNa suka. Kalau cOOL, tampak best. Orang suka. Kalau cOOL, riang je buat kerja. Bos suka.

Jadi, tiada kes orang nak jauhkan diri daripada kita, tiada kes tak happy dengan keadaan sekeliling, tiada kes nak bermuram durja lama-lama. Betol tak aNNaaaaa~~ heh. Oh ye, aNNa punya point macam berterabur siket. UMUM. Boleh dipakai untuk pelbagai situasi..haha.

Lagi. Aura cOOL tu kan macam magic boleh berjangkit pada orang sekeliling.

Dan geramnya, aura tak cOOL pun boleh magic jugak, berjangkit di sekeliling yang dekat dengannya (tambah-tambah pula jika tiada perisai). Jika anda lemah dan tiada prinsip hidup, pasti anda akan serabut alam, terikut-ikut aura negatif yang tak cOOL tersebut.

Justeru itu..Mari kita berusaha menjadi COOL untuk pelbagai situasi seperti:

*masa tengah buat kerja
*masa mencari pekerjaan
*masa kehilangan sesuatu yang best
*masa cari peluang sambung belajar
*masa nak mengorat gadis
*masa mendengar masalah kawan-kawan
*masa menanti-nanti kehadiran baby pertama
*masa menceritakan masalah kepada kawan-kawan
*masa nak mengorat jejaka
*masa kena marah dengan boss
*masa kena bebel dengan mak
*masa kehilangan barang
*atau masa menulis entry di blog anda..hehehe
*dan banyak lagi situasi. Kalau ada lagi, sila-sila. Tambah isi untuk aNNa.

Zikir yang bagus untuk menjadi COOL:

-Ya Latiff, Ya Latiff, Ya Latiff
-As Sobur, As Sobur, As Sobur

Ulanglah sebanyak yang mungkin. InsyaAllah.




aNNa..
stay COOL until forever.

~~gambar hiasan untuk tambah menyemak~~
_________@@@@@@@@_____
_____@@@@@@____________
___@@@@@@______________
__@@@@@@@_____________
___@@@@@@______________
_____@@@@@@____________
_________@@@@@@@@_____

___________________________
______@@@@@@@@@_______
__@@@@@_______@@@@@__
_@@@@@_________@@@@@_
_@@@@@_________@@@@@_
_@@@@@_________@@@@@_
__@@@@@_______@@@@@__
______@@@@@@@@@_______
_______________________
______@@@@@@@@@_______
__@@@@@_______@@@@@__
_@@@@@_________@@@@@_
_@@@@@_________@@@@@_
_@@@@@_________@@@@@_
__@@@@@_______@@@@@__
______@@@@@@@@@_______
_______________________
__@@@@@@________________
__@@@@@@________________
__@@@@@@________________
__@@@@@@________________
__@@@@@@________________
__@@@@@@@@@@@@@@_____
@@@@@@@@@@@@@@_____
@@@@@@@@@@@@@@___