Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Tuesday, March 26, 2013

Manusia Yang Asing

.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman.

Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkat
nya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah]

Kemudian Nabi diam.”


- Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah -

Mengikut Rasulullah S.A.W, fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telahpun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. Setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah S.A.W diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai [seramai mungkin] manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunnya Nabi Isa a.s akan datangnya Imam Mahdi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia.

------------------------------------------------------------------------------------------

-Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.”

- Hadith Muslim no. 145 -

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing [gharib] kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Illahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.


Tiada kemuliaan kecuali dengan Islam,
Tiada Islam kecuali dengan penerapan Syariah,
Tiada penerapan Syariah kecuali dengan Daulah Khilafah.


Sumber: Layar Minda

Monday, March 4, 2013

SMS Terakhir

SUMBER: FACEBOOK


SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU...

------------------------------------------------------------------------------------

Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai ibu & ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. 

Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..

Sedekahkan Al-Fatihah untuknya.. :'(






------------------------------------------------------------------------------------

aNNa: Terkesan di hati. 

boyfriendku YB

Assalamualaikum..

Sebelum mula, nak bagi award kat diri sendiri: INI ENTRY PALING GEDIKS!!

Ladies ladies cantik!! aNNa dah ada bubuyfren taw. Handsome. Pangkat YB. Kerrlasss kan. Heh.  Kejadahnya aku menggosip diri sendiri? Anyway..nama penuh beliau Yang Berhormat Saga bin Merah. Bahah.

Hati aNNa akhirnya telah terpaut kepada 'YB kacak' yang kini sah menjadi sebahagian daripada hidup aNNa. Alhamdulillah.

Lepas ni, ke mana saja aNNa nak pergi, ada si dia yang menemani. Sukanya! Everyday si dia akan hantar aNNa pergi sekolah. Happynya! Balik kerja pun si dia akan amik aNNa. Sweet kan?

Jumaat yang mulia, tarikh 1.3.2013 telah termaktub 2 hati menjadi satu. Eceh.

Boyfriendku WYB 31XX… Welcome to aNNa's life!! 

aNNa: Tentang cinta. Bukan YB yang dicari. Walau tak punya kerja tetap sekalipun tapi jika dalam diri sangat cinta ilmu, aku boleh cintaa matik (baca: cinta mati) dengan dia.

Kenapa Ilmu?

Kerana ilmu adalah petunjuk.

Kerana jawapan sebenar kepada semua permasalahan hakikatnya adalah ilmu.

Kerana jika hendak dapatkan akhirat, perlulah dengan ilmu. Hendak dapatkan dunia, perlulah dengan ilmu. Hendak mendapatkan kedua-duanya, juga perlu dengan ilmu.

Kerana apabila manusia tidak membuka dirinya untuk menerima dan mencari ilmu sebanyak yang boleh selagi dia masih hidup, maka dirinya akan terjerumus ke dalam lembah yang merosakkan.

Uihh.. Jauh melencong!?

Penangan soalan jodoh bulan Mac mungkin? Sekarang ni sekurang-kurangnya sebulan mesti received satu. Kui. (^_^)



Cikgu Sekolah: "Wan dah tunang? Takkan laa takde lagi?"

Ex Schoolmate: "Ejan..aku serius tanya ko ni. Ko ada sesiapa tak? Kalau tak aku nak cari untuk ko. Serius."


Wihuuuuuu...takpe. aNNa suka jerr. Layannn. Thanx for all da caring ways. Yang pasti aku sudah punya boyfriend. YB taw!!


"Kau tawaku, kau tangisku, kau dramaku, hidupku
Kau terangku, kau gelapku, kau hidup dan matiku"