Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Showing posts with label PALESTIN. Show all posts
Showing posts with label PALESTIN. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Kecemerlangan Remaja Gaza



Kecemerlangan Remaja Gaza....

Sarah Binti Ibrahim berumur 12 tahun dan merupakan anak orang kebanyakan di Gaza.

Beliau berjalan kaki ke sekolah pada jam 7.30 pagi sebagaimana rakan-rakannya yang lain dan pulang semula ke rumah pada jam 12.30 tengahari. Sarah kemudiannya mempelajari al Qur'an bersama rakan sebayanya di Pusat Tahfiz di Darul Balaah pada sebelah petang selama 2 jam.


Masa yang terluang akan digunakan untuk membantu ayah dan ibunya, bergaul ringkas dengan jiran dan rakan sebaya selain daripada mengulangkaji pelajaran serta menghafaz al Qur'an di sebelah malam.

Ketika sebahagian ibu bapa di Malaysia bergembira merayakan kejayaan anak-anak mereka mendapat 5A, ibu bapa Sarah terus bersyukur kerana anak remajanya telah pun menghafaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umurnya 12 tahun dan kini sedang mempelajari beberapa 'qiraat al Qur'an'.

Ibu bapanya gigih mendidik Sarah agar membesar menjadi Sri Kandi kepada para wanita di wilayah Gaza ini.




Mereka generasi yang berbeza....

Remaja dan anak muda di Gaza umumnya amat mementingkan kecemerlangan akademik dan pembentukan syahsiah.

Mereka akan bersungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik bagi merebut peluang di institusi pendid

ikan yang terbaik. Dalam masa yang sama, mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan beramal dengan apa yang mereka yakini.

Saya sempat melawat Fakulti Perubatan, Islamic University of Gaza (IUG) pada bulan April 2012. Ini adalah di antara pusat pengajian yang menjadi rebutan di kalangan ribuan anak muda. Kriteria kemasukannya sangat ketat disebabkan pengambilan hanya seramai 50 orang mahasiswa/i perubatan setiap tahun.

Bukan sahaja mereka memiliki A dalam semua subjek mata pelajaran, bahkan mereka kuat berdampingan dengan al Quran. Daripada kira-kira 100 mahasiswa/i yang ditemui, 34 orang daripada mereka menghafaz 30 juzuk al Qur'an.

Mereka cemerlang dalam bidang akademik, syahsiah dan juga mencintai perjuangan kebenaran.

Semoga Allah memberkati anda semua dan memberikan 'hadiah' kepada kami agar memiliki generasi muda sehebat kalian.


Sumber: Dr Zainur Rasyid Zainuddin


Fakta Asas Masjid Al-Aqsa

.
Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama 

agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.

Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan 
Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.

Sumber: Dr Zainur Rasyid Zainuddin

Sunday, November 18, 2012

Jeritan Anak Palestin

Sumber Sajak: Haslinda Alias @facebook



















:: JERITAN ANAK PALESTIN ::

Ayah!! Kata mereka engkau penjahat..
Padahal sebenarnya engkau bukan penjahat..
Ayah!! Mengapa mereka jauhkan aku dari dirimu..
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan..
Untuk mencium mu meskipun hanya sekali..

Atau mengusap air mata ibu..
Ibu!! Aku melihat air mata dikelopak matamu setiap pagi..
Apakah palestina tidak diberi pengorbanan..??
Setiap hari aku bertanya kepada matahari..
Ibu..apakah ayah akan kembali pada suatu hari..??
Atau dia akan pergi buat selamanya sampai hari kiamat..??
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menitis setiap hati..??

Wahai ayah..dimanakah engkau??!
0h..bayi-bayi yang dijajah..
Kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu..
Dan bayi pun baru terlahir, sesudah bayi yang itu..
Dan para syuhada berguguran setelah gugurnya syahid yang lalu..
Sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeruji besi..
Dan sel mengerikan yang tidak layak dihuni manusia..
Mana hari kemenangan..dan kehancuran besi-besi sel itu??

Malulah kalian!!
Malulah kalian!!
Malulah kalian..!!

Aku ingin ayah pulang..........

T_T


























Fatimah SyarhaPejuang-pejuang Gaza telah ramai yang pulang jumpa Kekasih Tertinggi dengan darah syahidnya. Kita boleh dapat tempias mereka dengan TAUTKAN doa-doa kita kepada mereka. Hulurkan sumbangan walau RM1. Kerahkan kreativiti untuk menyedarkan masyarakat dunia. Jom wahai generasiku yang kreatif belaka. Lakukan sesuatu dalam batas kemampuan masing-masing. Sama-sama kita sokong SEMUA aktiviti yang menjurus ke arah PEMBEBASAN NEGERI KIBLAT PERTAMA KITA. 


Apa yang boleh kita buat hari ini juga? 

aNNa: Senyuman terakhirmu di dunia yang sementara. Tiada lagi derita. Semoga tenang di akhirat yang kekal abadi.. Ya Allah, hidupnya penuh kesengsaraan dalam perjalanan mencari syurga. Sedang diriku terus alpa, penuh dosa, penuh kelalaian. Ya Allah..aku tidak layak ke syurgamu namun tiada upaya untukku menghadapi api nerakaMu. Ampunkan dosaku..bantu aku Ya Allah dalam mencari redhaMu.