Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Wednesday, July 28, 2010

MUTIARA KATA: Rupanya Mimpi Kita Tidak Serupa


Dengarkanlah..
Ku lafaz cuma sekali..
Tak ingin ku ulangi..
Kata-kata luka menikam.

Dengarkanlah..
Ku lepaskan dikau pergi,
Kerana mimpi tidak lagi serupa,
Aku ke selatan kau ke utara.

Dengarkanlah..
Aku tak sanggup kecewa lagi..
Dalam angan yang tiada kesudahan.
Kelak merana cumalah aku.

Dengarkanlah..
Dulu aku pernah bermimpi..
Kita bersama menuju puncak..
Seiring langkah dan rentak.

Dengarkanlah..
Mimpi itu sudah tiada..
Anganku pecah berkecai..
Tidak mungkin bercantum semula.

Dengarkanlah..
Kau telah aku lepaskan..
Pergilah jauh dari anganku..
Jangan engkau kembali lagi.

Dengarkanlah..
Cukup di sini mimpi kita..
Teruskanlah kau dengan caramu..
Dan aku dengan hidupku.

Kerana mimpi kita tidak serupa.
Aku dengan caraku dan engkau dengan caramu.
Mana mungkin kita bersatu mengayam cita.
Kerana aku dan engkau ternyata berbeza.

Dengarkanlah..
Luahanku yang sedang kecewa..
Kerana engkau yang menghancurkan..
Impian indah yang pernah aku bina.
Rupanya mimpi kita tidak serupa..


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan mudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya...

Saturday, July 24, 2010

entry tak lengkap tapi dah publish dulu

.










.....:: FLORIA PUTRAJAYA 2010 ::...

MUTIARA KATA: Pujuklah Diri

.

''Perasaan kasih dan sayang adalah fitrah hamba Allah bernama manusia, pastinya Allah akan menemukan kita dengan insan yg terbaik yg diciptaNya untuk kita, dalam kita mencari kebahagiaan kita tidak akan terlepas daripada dugaan & ujian Allah, ketahuilah hanya kesabaran yang mampu menjamin seseorang untuk memperoleh kebahagiaan yg hakiki, pujuklah hati untuk bersabar kerana janji Allah bahawa setiap insan dijadikan berpasangan adalah janji yang pasti..''

Kata-kata ini dipinjam daripada teman facebook aNNa..
aNNa ambil sebagai peringatan buat diri aNNa
yang nampaknya semakin nakal,
alpa dan semakin lupa dengan prinsip yang merantai diri..

Manusia..bila ditimpa musibah, kembali kepadaNya kerana sudah tidak mampu menanggung keperitan yang dialami. Kepada Tuhan diadukan masalah dengan tangisan penyesalan memohon pertolongan. 

Tapi, bila doa dikabulkan, kesenangan mula mengaburi mata.

Janji tinggal janji..

aNNa...sila sedar diri~~

Monday, July 19, 2010

atieanna muncul kembali !!!



Ani banyak kali tanya, bila blog nak public kan balik?
Bila nak on air? Hehehe...tadaaa~~

aNNa dah muncul kembali...
Ada sesiapa rindu aNNa tak!!?? **Perasan!!!** (^^,)V~~

MARI KITA KEMBALI BERSANTAI BERSAMA ANNA...
SAYANG KAMU SEMUA...

Thursday, July 15, 2010

aNNa @ floria 2010 bersama Kak Hajar

.




HAPPY HAPPY DAN HAPPY!!


kasut aNNa sebelum jalan-jalan sekitar floria



kasut aNNa selepas jalan-jalan sekitar floria..

AMBOI.. sakan aNNa berjalan (^^,)V~~

melatop jua akhirnya...




Tam tadam~~ hee. Nak stori kat you all. aNNa ingat aNNa dah kamcin laa dengan Tingkatan 2 XXX sebab semakin lama nampaknya semakin ada chemistry. Masih ku ingat, sebelum ini aNNa benar-benar rasa kelas 2 XXX selalu meranggut 'ketenangan' aNNa di sekolah mahupun di rumah kerana 'ke hyper aktifan' mereka semasa dalam kelas; bising, malas, matlamat tak jelas, tak tahu kenapa mereka mesti pergi sekolah, tak mahu pergi sekolah tapi kena paksa pergi dan semua yang negatif sungguh bersarang dalam sanubari mereka. Berhadapan dengan pelajar sebegini memerlukan skill dan pengalaman terbaik dari ladang dan aNNa merasakan aNNa masih tidak teror.

Al kisah, selepas jadual bertukar 'ketenangan' semakin direnggut.. Uiks..apakah renggut? Adik beradik ragut mungkin. aNNa akan bersama mereka selama 4 period berterusan. 2 period untuk Geografi dan 2 period sambung lagi untuk Sivik. Wah... 2 XXX dah laa kelas 'feberet', dapat 4 period non-stop. Boleh pengsan Cikgu aNNa dalam kelas ni...hihi. aNNa bukan apa...sekurang-kurangnya jarakkan laa sedikit. Masuk pagi pastu lepas rehat masuk balik ke. Apa yang aNNa takutkan adalah...jika aNNa 'melatop' pada period pertama. Waaa...anda rasa 3 period seterusnya macam dalam hell tak? Upss...you all. aNNa takkan 'melatop' sesuka hati KECUALI apabila aNNa merasakan ketidak adilan berlaku. ''Kalau awak mahu gagal dalam hidup, awak jangan bawa kawan-kawan awak yang lain yang nak belajar gagal bersama-sama awak'' Dengan kata lain..ko nak terjun lombong, ko terjun lombong sorang-sorang. Atau. Ko nak masuk longkang, ko masuk longkang sorang-sorang. Grrr...naya mereka yang nak belajar tapi terganggu dek mereka yang isk isk isk nie. Ini tidak adil!

....::: marah-marah sayang :::....

Hmm..kata cikgu-cikgu berpengalaman, mesti cam sorang yang jadik kepala (ketua) dan asingkan dia. Cikgu aNNa tinggikan sedikit suara (supaya kelihatan lebih tegas) dan shouts nama sorang budops. Oh..dasat sekali. Korang ingat aku nampak lemah longlai penyayang nak pengsan tak tahu garunxx macam Miss W korang ke haa.. Dush! Budops itu sudah sampai merah muka dan ikut perintah gue pergi 'jauh' ke tempat asing. Okes...10 minit pergi duduk kat meja gurukul, masa tenangkan diri. Boleh je terus nak tukar mood gembira balik tapi nampak sangat den marah sedikit tipu-tipu. Memanglaa aNNa hot tapi hot-hot sayang...wawawa~~

Tan Tadam... Apa yang ditakutkan terjadi sudaa. Melatop jua akhirnya. Apa-apa pun, budops tu okay selepas 2 period. Dah dok meja depan sekali sorang-sorang dia, tahu pulak nak beri perhatian.

PETANG... Boling Time!! Yebaaaa~~

Boling antara guru di Wangsa Walk. Pusingan pertama aNNa sungguh teror dapat score tertinggi. Alamak...pusingan ke dua. Penat ler. Rasa nak abeskan cepat-cepat dan balik rumah tido.. Tidak fokus lagi. Dapat score yang rendang. Apa pun, setelah counting result sepenuhnya.. aNNa dapat tempat ke 2 daripada lebih kurang 30 gurukul. Beza 4 markah aje drpd Kak Faizah si pemenang tempat pertama. Kak Faizah hebat! (^^,)V~~


1st round: aNNa a.k.a Wan sangat teror la kununnya skor 135.


2nd round: Dengan alasan tangan dah letih lalu hilang fokus. Hanya skor 88.



Result: aNNa dapat naib johan...lalala~~

Saturday, July 10, 2010

MUTIARA KATA: Puteriku Sayang

.

.....:::: PUTERIKU SAYANG ::::........

Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman



Nota kecil aNNa: Serius. Serius suka lagu dan lirik lagu ni.