.
....::: model mama comel anak kiut :::.....
Nota kecil aNNa: Entry sempena lagi 2 minggu Anie nak lahirkan baby ye. =) aNNa memang dah lama nak share tapi tak berkesempatan. Sekarang dah dapat sambung dan boleh post. Apa yang aNNa share hari ini adalah hasil mendengar story kawan-kawan dan kakak-kakak seperjuangan dan hasil banyak tanya pot pet pot pet. Bak kata omputih, much to learn, much to like! (^^,)~~ Semua yang aNNa share tak detail, so ni bacaan ringan sahaja yaa. Ringkas.
AMALAN MASA BABY DI KANDUNG BADAN
Amalkanlah membaca surah-surah berikut:
Surah Yassin: Dibaca setiap malam Khamis
Surah Maryam: Senang bersalin
Surah Lokman: Anak yang pandai
Surah Yusof: Anak yang cantik
Surah Muhammad: Anak yang berakhlak mulia
Ye puan-puan dan tuan-tuan (dah macam rancangan masak-masak), molek juga kalau buah-buahan berikut di ambil dengan gaya yang istiqamah. Tuan-tuan sebagai suami janganlah kedekut untuk selalu beli buah-buahan ni ya. Galakkanlah isteri supaya isteri sentiasa bersemangat mendisiplinkn diri dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan terbaik untuk diri dan kandungannya.
Air kelapa: Kulit bayi bersih
Delima dan betik: Kulit yang cantik
Plum dan anggur: Baik untuk perkembangan otak bayi
Kurma: Cari sendiri tapi memang bagus untuk bayi..hee!
Selalu perdengarkan ayat Al-Quran. Pasang radio dan selalu perdengarkan ayat Al_Quran kepada baby. InsyaAllah, tiada aral dengan izin Allah, anak yang bakal dilahirkan mempunyai jiwa atau sifat seperti ayat Al-Quran yang selalu diperdengar. Ini kisah benar daripada rakan aNNa sendiri. Cubalah. Tak salah kalau mencuba kan.
Amalkanlah membaca surah-surah berikut:
Surah Yassin: Dibaca setiap malam Khamis
Surah Maryam: Senang bersalin
Surah Lokman: Anak yang pandai
Surah Yusof: Anak yang cantik
Surah Muhammad: Anak yang berakhlak mulia
Ye puan-puan dan tuan-tuan (dah macam rancangan masak-masak), molek juga kalau buah-buahan berikut di ambil dengan gaya yang istiqamah. Tuan-tuan sebagai suami janganlah kedekut untuk selalu beli buah-buahan ni ya. Galakkanlah isteri supaya isteri sentiasa bersemangat mendisiplinkn diri dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan terbaik untuk diri dan kandungannya.
Air kelapa: Kulit bayi bersih
Delima dan betik: Kulit yang cantik
Plum dan anggur: Baik untuk perkembangan otak bayi
Kurma: Cari sendiri tapi memang bagus untuk bayi..hee!
Selalu perdengarkan ayat Al-Quran. Pasang radio dan selalu perdengarkan ayat Al_Quran kepada baby. InsyaAllah, tiada aral dengan izin Allah, anak yang bakal dilahirkan mempunyai jiwa atau sifat seperti ayat Al-Quran yang selalu diperdengar. Ini kisah benar daripada rakan aNNa sendiri. Cubalah. Tak salah kalau mencuba kan.
AMALAN UNTUK MUDAH BERSALIN
Yang ni petua orang tua. Nak try boleh, tak nak try pun boleh. Selepas mandi, puan titiskan air di hujung rambut atas tangan puan dan diminum. Mudah sahaja kan. Katanya, senang lahirkan baby. Mudah-mudahan.
Satu point cute. Selepas mandi, jangan dipulas-pulas rambut puan dengan tuala. Alah..yang kononnya nak keringkan rambut dengan cepat tuuuu. Simpul-simpul lepas tu, di sanggul atas kepala. Hmm..katanya, tak baik untuk baby dalam kandungan. Tapi, aNNa kompem ada antara puan-puan yang pernah buat tapi baby baik-baik sahaja kan. Jadi, terpulanglah yaa. aNNa cuma mahu sharing is caring.
Jangan sesekali menyakiti hati ibu dan suami. Ahah..sedangkan lidah lagikan tergigit, lalala suami isteri~~ Lalala tu sebab aNNa tak ingat lirik lah..haha. Jadi, jangan lupa sayang sampai pengsan semua orang terutama ibu dan suami. Jangan lupa mohon maaf.
Yang ni bagus. Bila puan dalam keadaan sarat sangat dah tu kan, tuan-tuan sila ya. Sila baca Ayat Kursi dan hembus dalam air. Niatkan bersungguh-sungguh semoga isteri tuan mudah bersalin. Kemudian, bagi isteri minum. Dan isteri jangan lupa baca doa memohon kepada Allah agar dipermudahkan melahirkan anak. aNNa pun tak tahu laa kan, boleh cOOL lagi ke dalam keadaan sakit tu untuk buat semua yang aNNa sebut tu. Tapi, itu pengalaman kakak-kakak aNNa di sekolah. So, sempat kot?
AMALAN SEMASA BERPANTANG
Daun ''Kua Taruk Hitam'', bagus untuk jarakkan anak. Daun apa tu?? aNNa pun tak tahu..wawawa~~ Tapi, aNNa tanya mak aNNa, mak aNNa tahu. Orang tua tahu kot. Sila rujuk orang tua yaa.
Minum air tungku 1 kali..wow!
Minum air akar kayu.
Bertungku setiap hari. Haa..yang ni ada banyak pendapat dan kepercayaan. Cuba baca ni. Kesan bertungku (SUMBER: Surat khabar Metro). Tapi, ada sorang kakak yang aNNa kenali, dia memang mengamalkan bertungku setiap hari selepas bersalin. Sampai kulit jadi gelap (gelap sementara). Dia sudah beranak tiga tapi kekal slim melim. Jadi, sekali lagi, terpulanglah yaa. =)
Paling baik berpantang adalah selama 100 hari bermaksud dengan berpantang untuk tidak bersama suami dan 40 hingga 60 hari berpantang cara pemakanan dan kegiatan harian; harus dikawal secara ketat. Selama 40 hari daripada hari pertama selepas bersalin jangan banyak berjalan.
CERITA MENARIK UNTUK DIPERDENGARKAN
Walaupun baby dalam kandungan, tak nampak siapa diluar..hehe. Tapi dia boleh cam siapa yang selalu dekat dengan dia tau. Ya, of course laa ibunya terkecuali dalam hal ni. Dah memang baby tu tengah menginap dalam perut siapa, perut ibunya. Mestilah aura baby dan ibu tu kuat. Yang aNNa nak cakap ni tentang hubungan baby dalam kandungan dan si ayah. Baby dalam kandungan pun pandai sambut ayahnya pulang dari kerja tau. Ini berlaku kepada Pn F. Setiap hari, bila suaminya pulang dari kerja, pasti ada pergerakan daripada baby dalam stomachnya. Baby seperti mengetahui yang ayahnya sudah pulang dari kerja. Kemudian, Pn 'F' bercuti 2 minggu di kampung tanpa suami sebab suami terikat dengan kerja jadi tak dapat pulang ke kampung bersama. Wah..selama 2 minggu bercuti, baby tak aktif bergerak sampai Pn 'F' naik risau..hik! Baby tu rindu ayahnya kot? Atau mogok sebab ayahnya tak ikut balik kampung..lala~~
Okes...habis.
No comments:
Post a Comment