
Tam tadam~~ hee. Nak stori kat you all. aNNa ingat aNNa dah kamcin laa dengan Tingkatan 2 XXX sebab semakin lama nampaknya semakin ada chemistry. Masih ku ingat, sebelum ini aNNa benar-benar rasa kelas 2 XXX selalu meranggut 'ketenangan' aNNa di sekolah mahupun di rumah kerana 'ke hyper aktifan' mereka semasa dalam kelas; bising, malas, matlamat tak jelas, tak tahu kenapa mereka mesti pergi sekolah, tak mahu pergi sekolah tapi kena paksa pergi dan semua yang negatif sungguh bersarang dalam sanubari mereka. Berhadapan dengan pelajar sebegini memerlukan skill dan pengalaman terbaik dari ladang dan aNNa merasakan aNNa masih tidak teror.
Al kisah, selepas jadual bertukar 'ketenangan' semakin direnggut.. Uiks..apakah renggut? Adik beradik ragut mungkin. aNNa akan bersama mereka selama 4 period berterusan. 2 period untuk Geografi dan 2 period sambung lagi untuk Sivik. Wah... 2 XXX dah laa kelas 'feberet', dapat 4 period non-stop. Boleh pengsan Cikgu aNNa dalam kelas ni...hihi. aNNa bukan apa...sekurang-kurangnya jarakkan laa sedikit. Masuk pagi pastu lepas rehat masuk balik ke. Apa yang aNNa takutkan adalah...jika aNNa 'melatop' pada period pertama. Waaa...anda rasa 3 period seterusnya macam dalam hell tak? Upss...you all. aNNa takkan 'melatop' sesuka hati KECUALI apabila aNNa merasakan ketidak adilan berlaku. ''Kalau awak mahu gagal dalam hidup, awak jangan bawa kawan-kawan awak yang lain yang nak belajar gagal bersama-sama awak'' Dengan kata lain..ko nak terjun lombong, ko terjun lombong sorang-sorang. Atau. Ko nak masuk longkang, ko masuk longkang sorang-sorang. Grrr...naya mereka yang nak belajar tapi terganggu dek mereka yang isk isk isk nie. Ini tidak adil!

....::: marah-marah sayang :::....
Hmm..kata cikgu-cikgu berpengalaman, mesti cam sorang yang jadik kepala (ketua) dan asingkan dia. Cikgu aNNa tinggikan sedikit suara (supaya kelihatan lebih tegas) dan shouts nama sorang budops. Oh..dasat sekali. Korang ingat aku nampak lemah longlai penyayang nak pengsan tak tahu garunxx macam Miss W korang ke haa.. Dush! Budops itu sudah sampai merah muka dan ikut perintah gue pergi 'jauh' ke tempat asing. Okes...10 minit pergi duduk kat meja gurukul, masa tenangkan diri. Boleh je terus nak tukar mood gembira balik tapi nampak sangat den marah sedikit tipu-tipu. Memanglaa aNNa hot tapi hot-hot sayang...wawawa~~
Tan Tadam... Apa yang ditakutkan terjadi sudaa. Melatop jua akhirnya. Apa-apa pun, budops tu okay selepas 2 period. Dah dok meja depan sekali sorang-sorang dia, tahu pulak nak beri perhatian.
PETANG... Boling Time!! Yebaaaa~~
Boling antara guru di Wangsa Walk. Pusingan pertama aNNa sungguh teror dapat score tertinggi. Alamak...pusingan ke dua. Penat ler. Rasa nak abeskan cepat-cepat dan balik rumah tido.. Tidak fokus lagi. Dapat score yang rendang. Apa pun, setelah counting result sepenuhnya.. aNNa dapat tempat ke 2 daripada lebih kurang 30 gurukul. Beza 4 markah aje drpd Kak Faizah si pemenang tempat pertama. Kak Faizah hebat! (^^,)V~~
1st round: aNNa a.k.a Wan sangat teror la kununnya skor 135.
2nd round: Dengan alasan tangan dah letih lalu hilang fokus. Hanya skor 88.
Result: aNNa dapat naib johan...lalala~~
tahniah! patutlah bercerite pasal boling, suda terror!!! xmola main ngn ejan, nanti ani kalah je
ReplyDeletelor....memang tiap kali keluar ngan emi, ejan selalu p main boling laa. tak penah main boling dengan ani, tu ajakan!! wink~
ReplyDeletegurukul yang hebat kot? score over 100 point tu dah kira hebat dah.
ReplyDelete