Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Wednesday, July 28, 2010

MUTIARA KATA: Rupanya Mimpi Kita Tidak Serupa


Dengarkanlah..
Ku lafaz cuma sekali..
Tak ingin ku ulangi..
Kata-kata luka menikam.

Dengarkanlah..
Ku lepaskan dikau pergi,
Kerana mimpi tidak lagi serupa,
Aku ke selatan kau ke utara.

Dengarkanlah..
Aku tak sanggup kecewa lagi..
Dalam angan yang tiada kesudahan.
Kelak merana cumalah aku.

Dengarkanlah..
Dulu aku pernah bermimpi..
Kita bersama menuju puncak..
Seiring langkah dan rentak.

Dengarkanlah..
Mimpi itu sudah tiada..
Anganku pecah berkecai..
Tidak mungkin bercantum semula.

Dengarkanlah..
Kau telah aku lepaskan..
Pergilah jauh dari anganku..
Jangan engkau kembali lagi.

Dengarkanlah..
Cukup di sini mimpi kita..
Teruskanlah kau dengan caramu..
Dan aku dengan hidupku.

Kerana mimpi kita tidak serupa.
Aku dengan caraku dan engkau dengan caramu.
Mana mungkin kita bersatu mengayam cita.
Kerana aku dan engkau ternyata berbeza.

Dengarkanlah..
Luahanku yang sedang kecewa..
Kerana engkau yang menghancurkan..
Impian indah yang pernah aku bina.
Rupanya mimpi kita tidak serupa..


Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan mudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku darinya...

1 comment: