Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Wednesday, June 22, 2011

aNNa membasmi jerawat

.

.......::: Si Cantik Rupawan :::......

aNNa ada add seseorang kat facebook. Seorang perempuan. Add as a friend semata-mata sebab wajah dia yang cantik. aNNa jadi sangat kagum tengok dia cantik. Memang sangat cantik. Suka sangat tengok dia..Toink~~

Tapi...hari ni markah 100% untuk dia sudaa kurang sedikit.
Why?

Sebab...Kata-katanya kasar... (T_T) Kasar yang sedikit LUAR BIASA..huks~~ Emm..tapi takpe. WAJAH is WAJAH. SIKAP is SIKAP. Wajah tak mempengaruhi sikap.

Tapi wajahnya memang sangat cun lah.. (kagum habes-habes)..haha!!

Opppssss..Mandai je bagi bagi markah kat orang...huhuhu~~~ Macam laa diri sendiri perfect sangat!! 

Cakap pasal WAJAH, baru-baru ni WAJAH ANNA tiba-tiba diserang jerawat yang extra vaganza jumlahnya. Memanglaa tension tahap abadi sebab muka aNNa tak pernah berjerawat teruk..huks! Tiba-tiba, naik jerawat dengan sangat banyak, aNNa jadi gerun. Tension beb. Dah laa masa tu nak naik pelamin. Pengapit aNi. Dan memanglaa orang tak tengok pun pengapitnya, orang nak tengok pengantin. Haih..tapi tetap tak best bila muka penuh biji merah menyala sana-sini. Keyakinan nak berdepan dengan orang pun boleh merudum owh~~ (T_T)


.......::: aktiviti picit jerawat :::......

Al-kisah. Masa tu aNNa kat kampung. Cuti sekolah. Hmm..mama aNNa memang takkan puas hati punya tengok muka anak dia celoreng-celoreng dengan jerawat. Abang sulung aNNa yang tak pernah kisah hal-hal remeh ni pun boleh tiba-tiba tegur. ''Oitzz..apsal muka tu?'' Hu Wa Haa..tak suka. Tak sukanya. Maka, mama aNNa & aNNa bekerja keras 'membanting tulang' mencari penawar untuk muka aNNa. Haruslah rawat dari awal sebelum melarat!!

Alhamdulillah...dalam masa sebulan. Healed!! aNNa tak tahu penyebab tiba-tiba jerawat tumbuh kat muka aNNa. Tension? Perubahan hormon? Makan makanan berminyak? Alahan makanan? Keturunan? Tak bersukan? Hmm..kalau nak kata semua sebab tu, abes sebelum-sebelum ni takde la pulak berjerawat. Yang penting..aNNa berjaya 'membasmi' jerawat.

Okes geng, berikut aNNa senaraikan apa yang aNNa dah buat. Banyak yang aNNa buat sampai tak tahu mana satu penawar sebenar yang dah sembuhkan jerawat aNNa..kui~~ Yang pasti, aNNa try & error semua benda dan InsyaAllah, semua penyakit ada penawarnya. Thank you Allah.
  • Minum JUS EPAL PERIA. Blend SEBIJI EPAL dengan SEBIJI PERIA KATAK (peria katak kecil siket saiznya dan rasa lebih pahit). Minum jus epal peria setiap malam. Yeah..sila rajin.
  • Makan banyak SAYUR & BUAH-BUAHAN. aNNa ni memang tak suka sayur sangat tapi paksa diri jugak telan sayur. Pernah aNNa blend ulam pegaga campur epal..heheh. Bila dah jadi jus, sekali teguk je, habes. Azabnya sekejap aje berbanding nak kunyah-kunyah dulu ulam tu...hehe.
  • Tepek kat muka BEDAK SEJUK tambah SERBUK KUNYIT ori buatan sendiri. Bukan dibeli di kedai tapi buatan sendiri, sendiri jemur hirisan kunyit hidup dan sendiri tumbuk jadi halus-halus. Woah..panas siket dan muka akan jadi kuning. Macam kena demam kuning daa~~ Nasib baik cuti sekolah, sebab tu berani pakai.
  • Telan MADU asli setiap pagi.
  • Sapu DALACIN T kat muka setiap hari selepas cuci muka. Dalacin T boleh didapati dari farmasi berdekatan rumah anda~~ Harga? RM54.70 dan aNNa dapat diskaun hari tu. Cuma bayor RM30.
  • Ke klinik HOMEOPHATHY. Doktor suggest ubat yang pertama. aNNa kena habiskan 5 botol. Service doc & bayaran ubat yang aNNa belanjakan untuk Homeophathy, RM68. Psstt..tapi kan. Lepas minum sebotol, jerawat makin beranak pinak. aNNa stop. Sampai sekarang masih tak habis-habis lagi. Ada orang kata, jerawat makin teruk tu mungkin sebab nak cleaned dari dalam. Entah..apa pun aNNa masih cuba habiskan sebab Homeophathy takde bahan kimia so aNNa suka hati je laa telan dia.
  • Sungguh..aNNa BERDOA minta disembuhkan jerawat aNNa.
  • Dan jangan lupa..SENYUM SAMPAI PENGSAN~~ (^______^)
Sekarang, kulit muka dah kembali kepada asal. Walaupun memanglaa tak licin macam muka Lisa Surihani tapi sekurang-kurangnya takde lagi jerawat teruk. Jerawat bulanan tu memang normal laa. Tak heran pun kalu yer nak tumbuh coz sekejap je kat muka pastu hilang.

INGATAN PENTING: JANGAN SEKALI-KALI PICIT JERAWAT ANDA. Nanti, bila jerawat dah sembuh, tinggalkan parut pulak. Kalau dah berparut, susah tu nak hilangkan.

Selamat Mencuba~~

Sharing is Caring~~ (^____^)

.....::: aNNa & tomato :::.....

Oh yee..ada tak yang tertanya-tanya, kenapa takde aNNa senaraikan sila makan tomato mentah. Sebab sebelum ni kan aNNa selalu gembar-gemburkan aNNa suka paksa diri makan tomato untuk sihatkan kulit. Jawapannya..E.Coli punya pasal aNNa stop sekejap makan tomato..keh keh~~ Tapi..sebenarnya dah lama tak makan. Ni bukan stop sekejap dah ni. Stop Panjang Sudaa~~