Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Showing posts with label MAMA COMEL ANAK KIUT. Show all posts
Showing posts with label MAMA COMEL ANAK KIUT. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

si ommey

.

·٠•● hye! saya ommey!! ●•٠·


Sunday, October 6, 2013

si comel oren dan hitam


Suatu petang di belakang rumah tok wan....




Oren  : Kakakkk!! 
Hitam : Iyyooo~

Oren  : Kakak nak pegi mana tu?? Ikot~~

Hitam : Jalan-jalan. Jom!




















Oren  : Kakak ni laju sangat laaa...
Hitam : Isk ko nih...terhegeh-hegeh. 

Oren  : Sabo-sabo laa. Baru reti jalan semalam kot.

Hitam : Hmm..meh sini kakak tolong ko.




Oren  : Oyyay! Baiknya kakak. Sayangnyaaaa kat kakak kite nih.
Hitam : Heleh...mengado-ngado.




Oren dan Hitam berhenti rehat untuk seminit dua....



Oren  : Kakak...nak bagitau nih.

Hitam : Apa?

Oren  : Kakak ni busuk laa. Berapa hari tak mandi ni wei.

Hitam : Dush!! Dush!!



✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮ ✿⊱╮


Tambahan Info


Kisah Menarik Rasulullah SAW dan Kucingnya


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya,
di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.



aNNa: سُبْحَانَ اللهِ

Friday, October 12, 2012

mak ndak dan affiq

.

Ceritera I:
  • Otw ke Temerloh..
  • Makndak… Tu tu….
  • Apa? Owh…ambulans.
  • Bukanlah..
  • Habes tu apa?
  • Ninoo~~
  • ## Terus drive….ada sebuah lagi ambulans…
  • Afiq…tu ninoo lagi..
  • Bukanlah…
  • Lorr…habes tu apa?
  • Kawan Ninooo…
  • Makndak: #re5%!!zzggrRrr~~

Ceritera II:
  • Lunch Time..
  • Me pesan Nasi Ayam. Hajat nak kongsi dengan Afiq..
  • Suapan pertama untuk Afiq… yuMM, Affiq makan dengan gembiranya.
  • Me pun makan laa sesuap jugak..huh! Dia marah..taknak kongsi. Emmm…ok.
  • Suap dan terus suap… Elemek, banyaknya Affiq makan. Dah nak habes dah.
  • Tiba-tiba… Affiq tanya..
  • Makndak tak makan ke?
  • Dang!! 
  • Affiq dah kenyang, dah tak habes makan, baru nak ajak Makndak makan yee..
  • Dush!! 

Tuesday, August 14, 2012

aNNa dan yana

.

ni anak kakak..
anak aku nanti macam mana laa rupa dia yee? 

Sunday, July 22, 2012

Duhai Ibu

.
      
Model Pilihan: aFFiq (anak buah aNNa)

aNNa baca entry baru Fatimah Syarha bertajuk Damailah Dalam Pelukanku
aNNa suka 2 ayat ni. 
Menusuk kalbu gitew.
Meh nak tusuk kalbu korang pulak!


Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anak. Didikan melalui tauladan. 


aNNa: Duhai ibu.. doakanlah anakmu..
***************************************************************************************************************************************************************


Dia inginkan susu. Aku membuat tafsiran. Sesaatpun aku tidak bertangguh. Jika nanti aku tidak mahu anakku bertangguh pada panggilanku, aku perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh tidak bertangguh pada panggilannya. Pantas ku mendapatkan si jantung hati. Kusuakan susu terbaik di dunia buatnya, susu ibu. 

aNNa: Duhai ibu..terima kasih kerana jarang sekali dirimu bertangguh demi diriku..
***************************************************************************************************************************************************************



aNNa ✿~: Sweet Photo.. ♥♥♥

Friday, June 25, 2010

mama comel anak kiut III

.

....::: model mama comel anak kiut :::.....

Nota kecil aNNa: Entry sempena lagi 2 minggu Anie nak lahirkan baby ye. =) aNNa memang dah lama nak share tapi tak berkesempatan. Sekarang dah dapat sambung dan boleh post. Apa yang aNNa share hari ini adalah hasil mendengar story kawan-kawan dan kakak-kakak seperjuangan dan hasil banyak tanya pot pet pot pet. Bak kata omputih, much to learn, much to like! (^^,)~~ Semua yang aNNa share tak detail, so ni bacaan ringan sahaja yaa. Ringkas.

AMALAN MASA BABY DI KANDUNG BADAN
Amalkanlah membaca surah-surah berikut:

Surah Yassin: Dibaca setiap malam Khamis
Surah Maryam: Senang bersalin
Surah Lokman: Anak yang pandai
Surah Yusof: Anak yang cantik
Surah Muhammad: Anak yang berakhlak mulia

Ye puan-puan dan tuan-tuan (dah macam rancangan masak-masak), molek juga kalau buah-buahan berikut di ambil dengan gaya yang istiqamah. Tuan-tuan sebagai suami janganlah kedekut untuk selalu beli buah-buahan ni ya. Galakkanlah isteri supaya isteri sentiasa bersemangat mendisiplinkn diri dalam pemilihan makanan yang berkhasiat dan terbaik untuk diri dan kandungannya.

Air kelapa: Kulit bayi bersih
Delima dan betik: Kulit yang cantik
Plum dan anggur: Baik untuk perkembangan otak bayi
Kurma: Cari sendiri tapi memang bagus untuk bayi..hee!

Selalu perdengarkan ayat Al-Quran. Pasang radio dan selalu perdengarkan ayat Al_Quran kepada baby. InsyaAllah, tiada aral dengan izin Allah, anak yang bakal dilahirkan mempunyai jiwa atau sifat seperti ayat Al-Quran yang selalu diperdengar. Ini kisah benar daripada rakan aNNa sendiri. Cubalah. Tak salah kalau mencuba kan.

AMALAN UNTUK MUDAH BERSALIN

Yang ni petua orang tua. Nak try boleh, tak nak try pun boleh. Selepas mandi, puan titiskan air di hujung rambut atas tangan puan dan diminum. Mudah sahaja kan. Katanya, senang lahirkan baby. Mudah-mudahan.

Satu point cute. Selepas mandi, jangan dipulas-pulas rambut puan dengan tuala. Alah..yang kononnya nak keringkan rambut dengan cepat tuuuu. Simpul-simpul lepas tu, di sanggul atas kepala. Hmm..katanya, tak baik untuk baby dalam kandungan. Tapi, aNNa kompem ada antara puan-puan yang pernah buat tapi baby baik-baik sahaja kan. Jadi, terpulanglah yaa. aNNa cuma mahu sharing is caring.

Jangan sesekali menyakiti hati ibu dan suami. Ahah..sedangkan lidah lagikan tergigit, lalala suami isteri~~ Lalala tu sebab aNNa tak ingat lirik lah..haha. Jadi, jangan lupa sayang sampai pengsan semua orang terutama ibu dan suami. Jangan lupa mohon maaf.

Yang ni bagus. Bila puan dalam keadaan sarat sangat dah tu kan, tuan-tuan sila ya. Sila baca Ayat Kursi dan hembus dalam air. Niatkan bersungguh-sungguh semoga isteri tuan mudah bersalin. Kemudian, bagi isteri minum. Dan isteri jangan lupa baca doa memohon kepada Allah agar dipermudahkan melahirkan anak. aNNa pun tak tahu laa kan, boleh cOOL lagi ke dalam keadaan sakit tu untuk buat semua yang aNNa sebut tu. Tapi, itu pengalaman kakak-kakak aNNa di sekolah. So, sempat kot?

AMALAN SEMASA BERPANTANG
Daun ''Kua Taruk Hitam'', bagus untuk jarakkan anak. Daun apa tu?? aNNa pun tak tahu..wawawa~~ Tapi, aNNa tanya mak aNNa, mak aNNa tahu. Orang tua tahu kot. Sila rujuk orang tua yaa.

Minum air tungku 1 kali..wow!

Minum air akar kayu.

Bertungku setiap hari. Haa..yang ni ada banyak pendapat dan kepercayaan. Cuba baca ni. Kesan bertungku (SUMBER: Surat khabar Metro). Tapi, ada sorang kakak yang aNNa kenali, dia memang mengamalkan bertungku setiap hari selepas bersalin. Sampai kulit jadi gelap (gelap sementara). Dia sudah beranak tiga tapi kekal slim melim. Jadi, sekali lagi, terpulanglah yaa. =)

Paling baik berpantang adalah selama 100 hari bermaksud dengan berpantang untuk tidak bersama suami dan 40 hingga 60 hari berpantang cara pemakanan dan kegiatan harian; harus dikawal secara ketat. Selama 40 hari daripada hari pertama selepas bersalin jangan banyak berjalan.

CERITA MENARIK UNTUK DIPERDENGARKAN

Walaupun baby dalam kandungan, tak nampak siapa diluar..hehe. Tapi dia boleh cam siapa yang selalu dekat dengan dia tau. Ya, of course laa ibunya terkecuali dalam hal ni. Dah memang baby tu tengah menginap dalam perut siapa, perut ibunya. Mestilah aura baby dan ibu tu kuat. Yang aNNa nak cakap ni tentang hubungan baby dalam kandungan dan si ayah. Baby dalam kandungan pun pandai sambut ayahnya pulang dari kerja tau. Ini berlaku kepada Pn F. Setiap hari, bila suaminya pulang dari kerja, pasti ada pergerakan daripada baby dalam stomachnya. Baby seperti mengetahui yang ayahnya sudah pulang dari kerja. Kemudian, Pn 'F' bercuti 2 minggu di kampung tanpa suami sebab suami terikat dengan kerja jadi tak dapat pulang ke kampung bersama. Wah..selama 2 minggu bercuti, baby tak aktif bergerak sampai Pn 'F' naik risau..hik! Baby tu rindu ayahnya kot? Atau mogok sebab ayahnya tak ikut balik kampung..lala~~

Okes...habis.

Wednesday, April 21, 2010

mak ndak dan affiq III

.

Affiq.. Hari Sabtu ni Mak Ndak kerja..
Mungkin, tak dapat balik kampung lagi..

Thursday, April 15, 2010

mak ndak dan affiq II


......::: mak ndak dan aFFiq:::.....

mak ndak!! lepaslaaa. aFFiq nak pegi main bola~~

mak ndak nie~~
aFFiq bukan anak patung laa mak ndak buat main..
aish~


MAK NDAK : AFFIQ..MAK NDAK RASA LETAY.. =(


keshian mak ndak aFFiq..penat keja tak dapat balik kampung..

mak ndak mesti mantain COOL macam aFFiq taw.
mak ndak...ikut aFFiq!
CENYUM KUAT-KUAT~~~ (^^.)V

MAK NDAK..SEKARANG KETAWA KUAT-KUAT !!
MAK NDAK..GO GO CHAIYOK!!

Thursday, April 8, 2010

ibu..kenapa buat adik macam ni

.


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? Cinta Feb..

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...




.....::: gambar hiasan :::...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu
ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan? 


Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


Adik cuma nak tanya je bu.....


Renung-renungkanlah !!


-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
''MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....''

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-Berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-Berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-Berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Wahai Hawa, sedarlah..
Hawa..
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.


Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Nota kecil aNNa: ''Sharing is Caring'' Jadikan pedoman.

Sunday, April 4, 2010

mama comel anak cute II

.
.....:::MODEL: WAN HANITA HANIS:::....

Pada suatu pagi yang sunyi sepi, aNNa blog walking kat page aNi UPM. Saja-saja 'cari pasal' dengan post2 entry aNi yang lama-lama. Yippi~~ Penemuan baru. Artikel panjang tapi bombastik dan aNNa dah ringkaskan khas buat semua. Lebih khas lagi buat aNie UM...hehe. **Payah pulak ada 2 kawan nama sama nih**

Emm, yup. Minta maaf, aNNa tak tahu tips berikut bermutu atau hanya bermutusamy. aNNa cuma nak sharing is caring yaa dan rasanya tak salah kalau mencuba selagi tak memudaratkan bakal-bakal ibu especially aNie ku..(^_^)V~~

Artikel berkisar hasil kajian Dr. Stephen Scarr Leon (telah di alih bahasa) berdasarkan pemerhatiannya 8 tahun terhadap satu kaum yang mempunyai ramai cendekiawan pintar.

PETUA ANAK PINTAR :-
  • Setelah mengetahui sang ibu mengandung, sang ibu sering menyanyi dan bermain piano.

  • Si ibu dan bapa membeli buku Matematik dan mereka akan bersama-sama selesaikan masalah Matematik tersebut. Petua ke 2 ni kiut kan? ;p Mama papa berganding bahu gitew. Aktiviti ini dipercayai dapat melatih otak bayi dalam kandungan dengan harapan akan lahirlah anak yang sangat pintar a.k.a genius dewasa kelak.

  • Tanpa rasa penat dan bosan, si ibu akan terus membuat latihan Matematik sehingga baby dilahirkan. Kredit untuk aNNie kerana beliau Cikgu Matematik dan suami beliau pun Cikgu Matematik.. ahaks!

  • Sejak awal mengandung, gemar-gemarkan diri makan kacang badam dan kurma + susu. Untuk makan tengah hari, makan roti + ikan tanpa kepala + salad bergaul badam.

  • Pengambilan pil minyak ikan dengan gaya yang konsisten.

  • Makan dengan haloba buah-buahan sebelum makan hidangan berkarbohidrat.

  • Melatih anak dengan sukan yang memerlukan konsentrasi tinggi seperti memanah, dart dan menembak. Yebaa~ I'm loving it~~

  • Sang suami tidak merokok kerana merokok menjanjikan generasi yang moron. Nak pegi mana tu oit? Cari Kamus Dewan yaa..haha. Bagus. Cari sendiri maksud moron. Jangan malas.

FAKTA MENARIK LAGI MANTOP

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka,menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun,mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!!

Renung-renungkan....

Selamat Beramal Mama Comel Sekalian.

Wednesday, March 31, 2010

mak ndak dan affiq

.
Tadi telefon mamaku..ahaks! Sesuatu yang comel berlaku. Affiq dan nenek Wan berebut gagang telefon..hihih. Affiq memang tak pandai bercakap lagi tapi aNNa tetap suka dengar bahasa apa ntah yang dia bebelkan tadi. aNNa hanya mampu membalas dengan nyanyi-nyanyi lagu Upin dan Ipin. Affiq adalah kipas susah mati kartun Upin dan Ipin.. =D



aFFiq: mak ndak...ready ready~~


mak ndak: aFFiq...ready ready~~

mak ndak & aFFiq: sMileeee~~


mak ndak: oK aFFiq..gaya bebas! (^_^)V~~

Monday, February 22, 2010

mama comel anak cute

Edisi khas bersempena dengan sahabat aNNa, aNie yang sedang happy mappy menanti kelahiran anak sulungnya. Berikut disenaraikan petua-petua yang mungkin dapat membantu beliau dalam penjagaan baby kecilnya itu. Sharing is caring!! ooPpss, dah tentu laa bukan hasil pengalaman aNNa tetapi hasil daripada mulut yang tak putus berceloteh, bertanya itu dan ini kepada mamaku sampai mamaku naik boring dan mungkin rasa nak bagi sebijik penampau kat anak dia ni baru tau nak stop..hahaha~~

aNie, selamat beramal..(^^,)V~~


PETUA MAMA COMEL ANAK CUTE:
  • Baca Al-Quran sejak awal baby dikandung badan hingga waktu kelahiran. Kalau boleh anda, bakal mama, jangan ponteng dan lebih hebat jika dapat khatamkan.

  • Nanas dan tapai kan bagus di makan kalau period kita tak on time untuk runtuhkan dinding blood itu. Jadi, jemput elak makan nanas dan ragi (tapai).

  • Kalau potong buah-buahan atau sayur-sayuran, jangan potong menyongsang. Potong daripada kepala terus ke kaki. Erkk, buah dan sayur ada kaki ke beb? Main-main laa aNNa ni. Dushhh !! Amik kau aNNa. Tak dapat bezakan mana kepala, mana bawah? Tanya Chef Wan. *ahaks!*

  • Kalau buat apa-apa kerja, pastikan buat kerja sampai habis. Jangan tangguh-tangguhkan kerja anda. Takut nanti susah nak lahirkan baby, ambil masa yang lama b4 baby dapat keluar. Tapi, kecuali laa jika anda sedang dalam projek bina stesen janakuasa hidroelektrik yang gah lagi superb, yang memang sorilaa nak siap dalam masa 1 hari. Kan?

  • Rajin minum air soya, anak putih suci lagi melepak.

  • Elakkan membunuh haiwan dan jangan menganiaya haiwan.

  • Elakkan jerut batang pokok tak tentu pasal. Haahha. Susah nak terang kan yang ini. Sila dapatkan maklumat lanjut di talian 017-9218xxx. Okes aNie?

  • Mama amal, papa pun mesti amal juga. Baru adil, ye tak? hehehe. Suami isteri, cubalah sama-sama amalkan perkara di atas dan di bawah. Support isteri ya wahai suami, jangan kedekut beri kata-kata manis, galakan dan sokongan padu. Mesti baby happy sebab mama papa dia sangat best, support menyaport gitew. Mak aih, hancur BM. (T_T)

  • Rajin berselawat kerana keajaibannya yang tiada tolok banding.

KEAJAIBAN SELAWAT:
  • 100x sehari, dipermudah bertemu jodoh

  • 33x sehari, jernihkan hati, mudah faham ilmu yang diajar, beroleh ketenangan fikiran

  • 1000x sehari, dikurniakan kebijaksanaan pemikiran

  • 1000x selepas solat hajat, hilangkan dukacita dan dikabulkan hajat.

  • Dan banyak lagi. Sila baca buku..huu~~
SUMBER: BUKU NASIHAT IMAM AL-BUKHARI

Selanjutnya, aNNa share hasil godekan aNNa daripada blog seorang ibu yang cantik. Memang ada point yang sama dengan aNNa. (^_^)

Justeru itu untuk melahirkan anak yang sihat dan bijak anda harus memulainya ketika dari dalam kandungan lagi. Melalui pengalaman saya ketika mengandung ;
1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.
2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.
3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.
4. Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah.
5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.
6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.
7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.
8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.
9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.
10.Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.Memang banyak terjadi kelahiran yang begitu akibat langgar pantang, walaupun itu semua adalah kebetulan sahaja, namun saya memang jaga untuk mengelakkannya kerana 'at the end of the day' saya juga yang akan menempuh susah payah bersalin. Jadi kalau ada petua mengelakkannya., 'why not?' Bukankah Allah Maha Kaya. Mungkin Dia nak tunjuk atas kedegilan kita. Allahualam.
11. Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.
12. Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.
13. Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.
14. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.

p/s: TQ Auntie Nani yang comel.. =)

So, kepada semua bakal mama comel kepada anak yang cute (especially aNie), jemput ghajin-ghajin amalkan petua gemilang di atas. aNNa tahu, sekarang zaman moden, zaman canggih manggih. Mungkin ada yang boleh terima atau ada yang menolak pendapat tentang pantang larang orang tua bagi ibu mengandung. Terpulanglah kepada empunya diri masing-masing. Bak kata patah aNNa, ''Sharing is Caring''. aNNa hanya nak berkongsi. Dan kawan baik aNNa sedang mengandung 2 bulan, jadi terasa teruja pula sampai terkeluar entry begini..hehehe!


...:::aNNa & baby:::....
~~sekadar gambar hiasan~~

Tuesday, January 26, 2010

semangat bola-bola api aFFiq


Mak Ndak..nape nie~~ Seday je..
Hey, mak ndak Affiq bukan macam ni la.
Mak ndak Affiq seorang periang yang comel !! **loya.

Dah dah mak ndak. Bangun! Ikut macam Affiq.
Sentiasa bersemangat!!!

Come on mak ndak. Cheer up!! Tak best lah mak ndak macam ni~~

Sekarang, ikut Affiq. Kita bersenam untuk cergaskan badan.
Pumping 1000 kali. Okay.

Alaaa...makcik ni kaco laa. Affiq tengah busy ni. Time time ni la nak bersihkan kuku Affiq. Aish~~ Mak ndak teruskan pumping yee. Jangan mengelat taw~~
Kira betol2.
8, 9, 10, 11, 12... Fiuh~~~ **sampai esok tak abes.


Good Nite!