Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Monday, June 7, 2010

aNNa mencandat sotong @ terengganu

Nota kecil: aNNa guna ayat sesuka hati. Takutnya kalau ada yang tak suka sebab dah rosakkan bahasa kan. Sowie~


Lalalaa... aNNa nak 'sharing is caring' cerita aNNa pergi menangkap sotong di tengah lautan. Bersama keluarga angkat Fitri. Bersama Yana dan Afiq.


Seronok sangat bila dapat pergi laut. Laut belah Laut China Selatan pulak tu. Memang laa feberet aNNa. Sangat WOW... Sangat WAA.... Orang putih kata.. Gorgeous!

''LAUT YANG BESARRRRR~~~''

Tiba-tiba aNNa menjerit sekuat hati bila sampai dekat pantai. Latihan vokal.. hihih.
Okes...Jom kita layan gambar!!

Kasut baru aNNa sempena nak naik Bukit Broga 2 minggu lepas. Pastu, terus guna untuk masuk laut jugak.

Dalam bot. aNNa seboleh-bolehnya kurangkan pergerakan aNNa untuk mengelak daripada rasa pening nenek lalat dan mabuk laut. Hanya duduk tersadai bersandar tepi dinding dan berehat sementara sampai ke tengah laut. Yeah..berkesan kot sebab ada kawan-kawan lain yang dah muntah2..huk. aNNa damai di situ..hehe!


Lengkap baju paneh dengan toten. aNNa adalah manusia yang tak tahan dengan keadaan sejuk terlampau. Tapi, masa tu takdelaa sejuk sangat pun. Cuma...cuma..cumanya. Kat bot tu takde toilet!! Faham-faham ajelaaa. Kawalan penuh rapi! Hahah~~


Cantik. Menikmati pemandangan matahari terbenam.

Ahah..ini dia. Alat untuk mencandat Sang Sotong Gemop.

aNNa dan Sang Sotong yang berjaya ditangkap. Sungguh teruja setiap kali dapat sotong. Bila dapat 2 ekor sekaligus, lagi laa rasa nak melompat-lompat. Nasib baik masih waras, ingat diri tengah dok dalam bot. Kalau tak, mau roboh bot tersebut kerana aNNa. Weee~~ Dapat tangkap banyak sotong!!

Serius..sedap. Manis!! Selalu kalau aNNa makan seafood, ada sedikit alahan..gatai2~~ Tapi, sebab fresh dari laut, maka aNNa telah BAHAM sotong banyak banyak banyak dengan suka hatinya. Yummy betol bila dapat terus goreng sotong atas bot. (atas bot dalam kuali...heh!) Bot nelayan, jadi lengkap laa dengan dapur segala.



Malam tu kami semua kenyang dengan sotong. Kecuali mereka yang mabuk kepayang sampai tak mampu mencandat sotong pun. Inikan pulak nak jamah sotong..huk! Sebab tu gambar masa mencandat, tak banyak dan kabur. aNNa dan Yana hanya guna kamera hp. Tuan punya kamera DSLR a.k.a Afiq, pengsan tak sedarkan diri sepanjang malam. Mabuk kepayang!!



Nyum..nyum. Sangat berselera. Makan nasi dan sotong masak kari.


Sang Sotong Gemop. (Sotong Katak)

Otw balik..

Dalam hati berkata.. ''Tahun depan nak mencandat sotong lagi~~~''

Cerita melompat. Ini cerita kat atas darat dah. Ok..ni Mee Jawa versi Terengganu. Woohhh...sedap tahap halilintar! aNNa selalunya tak minat sangat dengan Mee Jawa. Tapi, yang ni memang sedap tak tipu langsung.

Dan banyak lagi tempat yang K.A.M.I pergi sekitar Terengganu. Keropok lekor memang wajiblah. Masjid Kristal..Masjid Terapung..Pasar Malam Benteng..dan bla bla blabb.. Huhuh...

Kenangan bersama Yana, Affiq, Fitri dan keluarga angkat takkan aNNa lupa sampai bila2..hoho! Yana yang sangat tough, langsung tak pening atau mabuk kat atas bot dan selalu menten ceria aje. Fitri yang selalu berlatih untuk jadi gentleman atas galakan kakaknya ini..hehehe. *Selalu tolong bukakan pintu kereta untuk Kak Ejan.. =p Yang paling disukai, Affiq yang selalu bersama kamera DSLR kesayangannya. Sangat baik tapi sedikit pemalu.. Rasa nak buat adik Kak Ejan aje..hik. Dan keluarga angkat yang penyayang. aNNa suka mereka semua!


.....::: wanako dan yanako :::.....



Lepas ni, kalau korang bercuti kat laut. Mesti jerit kuat-kuat:
Laut Yang Besarrrrr~~~ Ok?? (^^,)V~~~

No comments:

Post a Comment