Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Sunday, June 16, 2013

Apakah Aku Layak Digelar Muslimah?



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, Baginda bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman.
Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka.Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.

Wednesday, June 12, 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.



5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Layan Running Man. Not suggested actually but if u r so stubborn juzlikeme, please do not hesitate to have it..ohhoi~
8. Tengok bunga.
9. Tengok bunga.
10. Tengok bunga.... LALALAA~~





MEI 2013: ME AND FAMILIA HAVING FUN AT 
GENTING KOTA KERIANGAN...

BEST OF THE BEST TIPS 
TO BOOST YOUR SEROTONIN!!

THANK YOU ALLAH FOR BLESSING ME 
WITH A WONDERFUL FAMILY WHO CARES A LOT!!

THANK YOU ALLAH FOR GIVING ME THIS HAPPINESS!!

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..


Keluhan Dunia



Ketika kita mengeluh: 
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab : 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

Ketika kita mengeluh : 
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab : 
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)



aNNa: Syurga dambaan setiap insan tetapi mengapa tetap meruntuh tembok pemisah neraka itu? Syaitan yang tak pernah kenal erti lelah. Licik!