Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Yana : Assalamualaikum. Hello, eJan!!
Anna : W'salam. Yopp..yanako~
Yana : Jom Paris!!
Anna : Wow, nak. Nak!!
Yana : Tiket Air Asia tengah murah nih.
Anna : Double wow!!
Yana : Dan..kat sana dah nak masuk musim bunga!
Anna : Wow!! Wow!! Wow!! *pengsan*
Lakonan semula 2 gadisperkasa yang kuat verangan nak menakluki bumi Eropah. Yang pasti, masing-masing punya agenda tersendiri. (^_^) Senyum ada makna tu.
***********************************************************************
13.03.2011. Alhamdulillah. Selepas 13 jam 40 minit 'bertapa' dalam 'belon', trio: Anna, Yana dan Nana selamat tiba di Lapangan Terbang Orly. Sejuk derr. Kebas-kebas tangan gua. Mari lompat bintang 85x. Toink! Toink! ♬♬ Lompat tinggi-tinggi sampai cucur atap. Belum tumbuh gigi. Dah pandai baca kitab..♪♪. 1 tan hormon gumbira membanjiri. Ohh, riangnya saya!!
Ibarat tertelan gula-gula getah, tiba-tiba keriangan kami ternoda dek 'tour guide' yang main tarik tali. Ohh mannnn!! Ngeri benar bila diimbas kembali. Dah buang dalam recycle bin pun masih tak luput. Permanent. Patutlaa dari Malaysia lagi payah nak deal ngan kau. Aku pulak dilabel macam 'budak tadika'. Kasihan hatiku yang semerah baldu itu dimaki tanpa belas. Urghh..rosak mood. Terbarai. Ops, cukup-cukup. Behave aNNa. Behave. Hatiku sayang, maafkan I. Dun wori. Lepas ni I janji akan jaga you elok-elok. Percayalah. Berdrama laa pulak? Weng!!
Hakikatnya, Allah sedang menjawab doamu untuk terus kuat. Allah sedang mendidikmu tentang kesabaran. Hmm..tapi...tapi..bila dah set minda akan ada 'tour guide', aNNa tak study apa-apa laa uols pasal France, Switzz segala. Haha!! Ohhoi.. tiada pilihan, haruslah aNNa buktikan yang aNNa memang gadispekasam ehh perkasa.
***********************************************************************
14.03.2011. New day. New mission. Yeah! Pengembaraan duo kami bermula. Only the two of us, Nana and me. Lub...dub..lub..dub. Berdebar. Takut. Fiuh.. Chill aNNa..chill~ Yolah tu. Terasa macam makan chili adooo.
Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna. Mulakan dengan Bismillah. Jom!! Kita ikuti kisah pengembaraan aNNa dan Nana yang punya seribu satu perpuluhan kosong satu lapan kenangan terpahat di hati terskru di ingatan. Kini aNNa pahat pada atieaNNa khasnya untuk penuhi janji manis aNNa suatu ketika dahulu.
Proudly present, destinasi bakal rempuh:
St. Etienne - Lyon - Geneve - Lausanne - Bern - Interlaken...♡
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Yana : Assalamualaikum. Hello, eJan!!
Anna : W'salam. Yopp..yanako~
Yana : Jom Paris!!
Anna : Wow, nak. Nak!!
Yana : Tiket Air Asia tengah murah nih.
Anna : Double wow!!
Yana : Dan..kat sana dah nak masuk musim bunga!
Anna : Wow!! Wow!! Wow!! *pengsan*
Lakonan semula 2 gadis
***********************************************************************
13.03.2011. Alhamdulillah. Selepas 13 jam 40 minit 'bertapa' dalam 'belon', trio: Anna, Yana dan Nana selamat tiba di Lapangan Terbang Orly. Sejuk derr. Kebas-kebas tangan gua. Mari lompat bintang 85x. Toink! Toink! ♬♬ Lompat tinggi-tinggi sampai cucur atap. Belum tumbuh gigi. Dah pandai baca kitab..♪♪. 1 tan hormon gumbira membanjiri. Ohh, riangnya saya!!
Ibarat tertelan gula-gula getah, tiba-tiba keriangan kami ternoda dek 'tour guide' yang main tarik tali. Ohh mannnn!! Ngeri benar bila diimbas kembali. Dah buang dalam recycle bin pun masih tak luput. Permanent. Patutlaa dari Malaysia lagi payah nak deal ngan kau. Aku pulak dilabel macam 'budak tadika'. Kasihan hatiku yang semerah baldu itu dimaki tanpa belas. Urghh..rosak mood. Terbarai. Ops, cukup-cukup. Behave aNNa. Behave. Hatiku sayang, maafkan I. Dun wori. Lepas ni I janji akan jaga you elok-elok. Percayalah. Berdrama laa pulak? Weng!!
"Islam itu sifatnya sabar jadi bersabar dalam apa jua masalah yang mendatang. Allah tidak akan menduga hambaNya melebihi dari kemampuannya.." -Cahaya Mata-
Hakikatnya, Allah sedang menjawab doamu untuk terus kuat. Allah sedang mendidikmu tentang kesabaran. Hmm..tapi...tapi..bila dah set minda akan ada 'tour guide', aNNa tak study apa-apa laa uols pasal France, Switzz segala. Haha!! Ohhoi.. tiada pilihan, haruslah aNNa buktikan yang aNNa memang gadis
***********************************************************************
14.03.2011. New day. New mission. Yeah! Pengembaraan duo kami bermula. Only the two of us, Nana and me. Lub...dub..lub..dub. Berdebar. Takut. Fiuh.. Chill aNNa..chill~ Yolah tu. Terasa macam makan chili adooo.
Doa Nabi Musa AS yang berada dalam kesempitan dan berhajat kepada bantuan dari Allah.
رَبّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْت إِلَيَّ مِنْ خَيْر فَقِير
Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. [Al-Qosas:24]
....:: kaki kaki kami ::....
Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna. Mulakan dengan Bismillah. Jom!! Kita ikuti kisah pengembaraan aNNa dan Nana yang punya seribu satu perpuluhan kosong satu lapan kenangan terpahat di hati terskru di ingatan. Kini aNNa pahat pada atieaNNa khasnya untuk penuhi janji manis aNNa suatu ketika dahulu.
Proudly present, destinasi bakal rempuh:
St. Etienne - Lyon - Geneve - Lausanne - Bern - Interlaken...♡
Kisah Comel I @Stesyen Lyon Part
Geneva. Geneva. Geneva. Uuumai~~ Punya banyaklah train. Saya mengaku agak batak untuk sesaat dua. Wei, mana satu aku nak masuk ni? Wahaa.. Lost. Lost in France uols. Kelas kau jah.
Buat muka comel, tanya encik rambut perang kat kaunter tiket. "Excuse me sir. Bonjour! Can you please assist me? My train to Geneva will be leaving at 10.34am but I don't how to get the platform...." Err..tak habes cakap, dia terus potong. aNNa banyak sangat bebel kot. "Le train est retardé à 11. nous sommes désolés pour ce" Black out! Emmmm..apa kata encik guna bahasa Spanish pulak dengan aNNa!? Rosalinda ayamoorr~~
'Mangsa' ke 2. Perempuan. Terus aNNa tanya. "Can you speak English?" Ohh..tak tahulah aNNa being rude atau tidak, tapi aNNa nak cepat. Takut terlepas train. Dia jawab "Yess! Very little.." Fiuh..lega aNNa dengar. aNNa pun bagitaulaa tak nampak platform ke Geneva tu kat mana. Malangnya, percubaan ke dua juga gagal. Dalam banyak-banyak penerangan dia, cuma 1 patah je english word yang keluar...hihih~ Rasa nak guling-guling atas lantai. Masa tu jugak.
'Mangsa' ke 3. Lelaki berjaket kuning. Finally..jumpa jugak orang yang boleh cakap hinggeris. Alhamdulillah. Rupanya platform disebut sebagai 'voie'. Baiklah! Dah nampak jalan yang lurus. Wihuuu..Geneva aku datang!!
”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
[Surah al-Baqarah, ayat 286.]

Pandangan dari luar kekisi tingkap train. Hujan rahmat...♡ Thinking mode: "Entah apa yang ada kat Geneva.." Cloud nine. Sebesar kumulonimbus atas kepala.
"Allah tests those He loves. The more He tests, the more He loves.."
-Aisyah Shakirah-
-Aisyah Shakirah-
Kisah Comel II @Geneva
Geneva. Apa yang best kat sini? Tengok peta ada tasik. Cikgu kata malu bertanya sesat jalan. Random selection, aNNa tanya kat adik jual roti. Wuu! Diorang ni memang sayang ketat erat bahasa ibunda diorang je okay. Letih menerang, sia-sia sahaja. Dik oii..aqaq nak pegi terjun tasik Geneva ni tapi tak tahu jalan. "Lake Geneva...u know..LOTS OF WATER~" Amikaw..lots of water katanya. Menanges encik wikipedia kalau dengar definisi tasik. Tasik adalah sebuah tempat yang dipenuhi air. Hahah!
Tetiba ada uncle kat sebelah tegur sapa aNNa. Nampaknya, penyelamat ada di mana-mana..hihi. Tapi dalam hati terdetik, pakcik ni dengar ke apa yang aku cakap tadi ek? Malunya saya! Lotssssssss of water~~
......::: aNNa @Lake Geneva :::......
ehh..perasan tak? tudung dah lain..hehe!
Dari Geneva, kembali ke train..gedek gedek (bunyi keretapi) sampailah aNNa ke Lausanne atau Bern. Atau?? Sorry. Part ni aNNa hilang ingatan siket. Yang pasti, aNNa dapat jumpa bunga yang sangat cantik. Nyomel je depa tumbuh meliaq kat tepi-tepi jalan.
....::: 'sesat' tengah bandar :::....
Half way to Interlaken. Wahai manusia, janganlah kamu tidur pada saat ini. Biar berbaloi setiap euro yang kamu laburkan itu. Dapat dilihat dari dalam train, aura gunung-ganang Switzerland bagai memanggil-manggil aNNa. aNNa~~ aNNa~~ aNNa~~ Selamat Datang!! Selamat Datang!! (gunung kat Switzerland pandai cakap Melayu taw)
Cuci Mata: Aktiviti meneropong dari kekisi tingkap train. Dah nak sampai!!
Tourist Office. Tempat wajib. Asal sampai kat mana-mana tempat pun, aNNa & Nana akan cuba cari tourist office khasnya untuk dapatkan peta dan brochure untuk panduan hidup. Plus boleh tanya 1001 soalan. Tanpa brochure yang menjadi panduan pelancong dan penunjuk jalan, maka akan goyahlah pengembaraanku di bumi Switzerland ini. Tanpa Al-Quran yang menjadi panduan hidup seorang hamba dan penunjuk jalan, maka akan hancurlah kehidupanku di dunia dan akhirat. Kan? :)
Alhamdulillah, sampai ke destinasi 'impian', Interlaken. Impian ke? Ye, impian yang baru dibina kurang 24 jam. Iaitu semalam! Haha...terasa kelakar jadi back packers bidang terjun nih. Seperti dibuang negeri. Hilang arah. Super serious, we both sangat takut kalau sesat.
Senja telah berlabuh, menutup tirai siang dan menguak tirai malam. Dewi malam telah tiba. Mana mau tidur? 2 kriteria perlu dipenuhi. Selamat + Murah.
Happy In Lodge (HIL). 'Cover depan' cantik. Bersih. Bendera pelbagai negara dikibar di luar motel. Okeh Nana..jom try motel ni. Meow. Meow. Kuwek. Kwek. Nego sangat. Tapi, masih tak nak confirm untuk check in, terus gigih kitorang pergi survey harga motel lain. Namun, tiada yang sepertimu. Kamu tetap yang terbaik! Sudikah kau beri peluang ke dua? Kembali ke HIL..kui~
Cheuwwit angat...!! (^_^)
Jumpa kat kitchen.
Dorm. Tiada pelancom lain yang check in. Ini bilik aku yang punya...HAHAHA!
*Pedulikan manusia di atas. Poyo.
....::: kitchen yang serba lengkap ::....
Masuk bilik. Melepek. Super Duper Letih. Masa untuk tidur dan reset minda. Fikiran menghasilkan emosi. Emosi menghasilkan tindakan. Dunia dalaman menentukan dunia luaran saya!! Dr Muhaya sangat uols. Sampai ke Swizz aku bawak.
”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” [Surah at-Taubah, ayat 129.]
***********************************************************************
15.03.2011: Selamat Pagi!! Good Morning!! Bonjour!!
Masa untuk 'membedah' Interlaken. First time kot aNNa dengar tempat ni. Nama pun pelik binti aneh. Inter-Lake? Di antara 2 tasik? Semalam dah menelaah brochure Interlaken. Jom kita terjah!
Kisah Comel III @Happy In Lodge
Al-kisah, semata-mata dahagakan knowledge tentang Interlaken, aNNa 'temuramah' sorang mamat Jepun yang sama menginap @HIL. Arghhh...again and again! Ni yang buat aNNa jelous nih. Mereka benar-benar menghargai bahasa mereka okay. Speaking Jepun ngan aku? Dei..english aku pun rabak. Ultraman..tolong aNNa. Translatekan untuk aNNa puhlizzz! :(
Miss Malaysia VS Mr Japan. 2 2 kepala sama ting tong. Kami sama-sama Tak Faham Bahasa!! Give up hakoo. Ehh..tapi dia semangat nak tolong jugak. Mr Japan tunjuk peta sambil cakap 'here'...'here'. Ok, Miss Malaysia dah faham tapi sangat tamak, aNNa nak tanya lagi. Simple english. "You go by bus? Walking?" Mr Japan blurr. Hmphh... Maka, dengan tiba-tiba terkeluarlah bahasa isyarat versi tak disangka. "By bus?" Sambil cakap sambil tunjuk gaya orang tengah drive. "Or Walking?" aNNa tepuk tepuk kaki aNNa. Serius macam kartun. Hui..jatuh saham aku.
Saya tengok peta. Peta tengok saya.
Keluar dari motel. Kununnya nak hirup udara pagi Switzerland yang segar dan menyamankan. Tarik nafas panjanggggg. Lepassss. Kening berkerut. "Ermm...Nana. Ko ada bau tahi lembu tak?" Bahah... Kembang kempis hidum kami.
Kaki terus berjalan. Mata menangkap pelbagai panorama indah sekitar Interlaken. Batakku menjadi-jadi. Jatuh cinta!
Interlaken dari kaca mata aNNa: Sebuah perkampungan yang aman, damai, bersih dan senyap. Cantik. Memang sangat cantik. Daku benar-benar teruja dengan lukisan alam ciptaan yang Maha Esa. Subhanallah. Tempat ni memang paling sesuai nak honeymoon. Ermm.. Nana, boleh tak anda bertukar jadi Lee Jong Hyun barang seminit dua? Tehee.. *gatai*
Tengok 2 ekor itik sejoli tu. Diorang tengah oneymun letew.
When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah.
When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah.
Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest.
People sometimes punish me for mistakes I have not done,
Allah ignores and excuses the ones that I did.
This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most
Merciful, and all praise belongs to Him... :')
Teori antara 2 tasik tu memang tepat. Tasik Brienzersee dan Tasik Thunersee adalah 2 tasik yang 'mengepung' perkampungan kecil Interlaken. Marbeles kan?

aNNa pilih untuk ke Tasik Brienzersee. Untuk ke sini, sila naik bas ye. Sayang lemak tu, jangan dibazirkan..he!
Selain tasik, mountain village di sini juga buat aNNa teruja. Terkesima. Batak tahu. Cuba korang google Habkern. Kalau korang pun sama terkesima, mungkin ada kimia (baca: chemistry) antara kita! Wahh!

Beautiful panoramic views. Subhanallah.
Istimewanya Interlaken ada Jungfraujoch, the top of Europe. Di sinilah railway station yang tertinggi di Eropah!! Tapi, aNNa sekadar mengetahui tak sempat menikmati. Cable car merentas gunung, juga tak sempat. Kecewa 10 saat. Apa pun, aNNa tetap bersyukur dengan apa yang ada. Dah sampai Interlaken dengan selamat sudah cukup baik bagi aNNa. Dapat jumpa macam-macam bunga pelik sudah sangat mengujakan jantungku. Tengok gunung bersalji lagi yang terpacak hebat depan mata aNNa yang rabun ini. Terpukau!! Dan semuanya..tQ Allah. Alhamdulillah.
Buat Nana, kak Wan mohon maaf atas segala kekurangan. Dah buat pelancongan kita jadi pening-pening lalat..huhu~ Segalanya di luar jangkaan.
Buat Nana, kak Wan mohon maaf atas segala kekurangan. Dah buat pelancongan kita jadi pening-pening lalat..huhu~ Segalanya di luar jangkaan.
”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ [Surah al-Insyirah, ayat 5-6.]
Tamat. Entry of the year nih. Panjang pulak merapu kali ni.
Bubye Interlaken!! Bubye Switzerland!! Till we meet again!! (ada hati lagi tu. tak serik-serik..yaaa aaa aww!!)
(◕‿◕✿)~
***********************************************************************
Abang aNNa kasik dengar ini lagu, sodap laa pulak!!
Layan~~
Puaskah!!?




























