Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Sunday, September 30, 2012

Seindah Bidadari


Indah nian wajahmu bidadari
Suci bersih tiada tersentuh
Teguh imanmu menyuluh hati
Memagari diri yang tiada ternilai

Nukilan: aNNa

Friday, September 28, 2012

Pesonamu Bidadari



Pesonamu memukau
Menjadi igauan ramai
Namun bisa tercalar
Dek lembutnya dirimu
Ayuh! Kukuhkan perisai
Moga dirimu tak dipersiakan

Nukilan: aNNa

Thursday, September 27, 2012

Ku Mencintaimu Utuh Tak Tersentuh

.


Ku Mencintamu Utuh Tak Tersentuh

Jika ada yang bertanya, bagaimana aku memandang perkara jodoh,
maka akan ku jawab, bagiku sama saja kau menanyakan keyakinanku tentang kematian..

Jodoh dan kematian adalah rahasia-Nya yang tersembunyi dalam tabir keghaiban-Nya,
dan tersimpan dengan indah dalam tiap lembar di lauhul mahfuzh..

Lalu apa yang ku khawatirkan?
Dan kenapa pula ku harus mengejar?
Tidak, aku tak sudi..
Ku katakan padamu wahai para wanita perhiasan terindah dunia..

Jangan pernah mengobral murah kehormatanmu untuk hal yang kau sendiri tak yakin kehakikiannya?
Pahamkah maksudku?

Ku tanya padamu, pernahkah kau jatuh cinta?
Ku akui, akupun juga…
Tapi tak pantas bagi kita mengumbar rasa itu..
Rasa yg entah akan berlabuh di mana?
Lalu pikirkan, jika dia yang kau cinta, yang mengganggu tidurmu,
membuatmu menangis karena rindu,
ternyata bukan atau mungkin tak kan pernah menjadi pendampingmu,
atau bukan kau yang dia pilih?
Tak malukah? Tak malukah?

Lalu, apa masih mampu kau tatap wajah suamimu kelak dengan cinta yang seutuhnya
jika ternyata dulu kau pernah menaruh separuh hatimu pada lelaki lain…
Wahai para lelaki, tak cemburukah?
Tak cemburukah?
Tak cemburukah kau jika saat ini wanita yang kau pilih
kelak sedang menyerahkan hatinya pada lelaki selainmu,
namun ternyata kau yang akan meminangnya.

Tak sakit hatikah bila ketika bersamamu,
ternyata dia tengah membandingkanmu dengan sosok lain dalam hatinya?
Tak sedihkah? Tak sakitkah? Tak cemburukah?
Jika kau, para lelaki, menjawab 'ya' maka, itu pula yang kami, wanita, rasakan..

Takkan pernah bosan ku ingatkan, bahwa yang akan berlaku tetaplah ketetapan-Nya….
Sekuat apapun usaha kalian jika tak sejalan dengan kehendak-Nya, maka tak akan pernah terjadi.. .
Lalu, buat apa kau mubazirkan waktumu?
Untuk apa Kau kuras energi?
Karena apa kau habiskan airmatamu?....
untuk orang yang belum tentu menjadi milikmu? Untuk apa?

Dan ku katakan padamu.
Mungkin kau yang akan memilihku belum ku cinta saat itu.
Tapi ketahuilah, karena kau memilihku, kau ku cinta...
Bukankah jatuh cinta adalah sebuah proses?
Akan ada sebab, akan ada hal yang membuatku jatuh cinta padamu, dan kau pun akan mencintaiku..
Dan ketika itu terjadi, semua telah terangkai dengan indah dalam kerangka kehalalan,
dalam ikatan pernikahan yang disebut mitsaqan ghalizhan..

Dan tak akan pernah ada ragu ku katakan kuserahkan cintaku UTUH TAK TERSENTUH,
padamu.. Hanya padamu.. ya, hanya padamu dan untukmu duhai cintaku…



aNNa: Sedap pulak sajak ni. Penuh kejiwangan yang suci. Dapat dari facebook Izinkan Aku Menikah Sebelum Pacaran. Layan~~ (◕‿◕✿)~ 

Wednesday, September 26, 2012

myko dah kawen!!

.

Majlis nikah pertama yang buat aNNa bergenang air mata...wuu!! Mungkin sebab bertahun aNNa bersama dia saat jatuh dan bangun dan akhirnya Myko dah temui sinar kebahagiaan yang dicari. Alhamdulillah. 
Tiada lagi air mata~~  

''Semoga Allah memberi berkat kepada mu dan atas mu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.'' 
(Riwayat Abu Daud) 


**Nak hapdate panjang pasal majlis & family myko tapi aNNa kena sambung buat assignment dulu...huuu~ 

Thursday, September 13, 2012

harapan cinta


Assalamualaikum. Hye Awak!!

Balik kuliah terus tulis blog!! Gigih sangat. Ter-inspired dengan 1 artikel Farah Lee. Wah..tak menahan. Inspired dengan orang glamour ajeee~~~

Farah Lee: Saya mahu bercinta selepas kahwin…
aNNa: Saya lebih percaya bercinta selepas kahwin lebih baik...

Farah Lee…kita sama laa!! Hagagaaa~~ Super duper likes. aNNa tercari-cari teman yang sama pendapat dengan aNNa. Susah nak jumpa membuatkan aNNa bertarung sorang-sorang. Betul-betul rasa tak kuat. Walaupun Farah Lee bukan geng aNNa, sekurang-kurangnya artikel dia buat aNNa rasa ada geng. Hye geng!!

Cuti 2 bulan. Benar-benar menguji. Hampir tewas. aNNa tahu orang sekeliling aNNa sayangkan aNNa. Nak tengok aNNa bahagia, naik pelamin, berkahwin dengan seorang lelaki kacak kemudian dapat anak yang comel-boleh-buat-bantal-peluk. Percayalah, aNNa juga mahu begitu. Itu fitrah. Tapi, bila fitrah bertukar fitnah. Bagi aNNa, tiada lagi cinta. Yang ada cuma nafsu. Tak nak! Tak nak macam tu!!

Hanya Tuhan saje yang tahu perasaan aNNa bila aNNa dilabel tak berusaha mencari jodoh. Kebanyakan orang akan menilai daripada luaran. Contoh yang tipikal:

)~ : Ada teman lelaki = "Kamu sedang berusaha dapat jodoh"
)~ : Berbual di telefon dengan teman lelaki = "Kamu sedang dalam proses berkenalan dengan bakal                        suami" (yang entah akan jadi suami ke tidak)
)~ : Keluar dating bersama = "Kamu dalam proses mencari keserasian"

Bagi aNNa, semua itu tak akan menjanjikan apa-apa pada diri aNNa. Tiada jaminan aNNa akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Malah, ada jaminan 100% untuk aNNa dapat kesengsaraan.

Memilih. Jual mahal. High taste. Ouchh!! Sakit taw uols label aNNa macam ni. Hanya kerana cara aNNa berbeza daripada mereka, aNNa perlu menerima kata-kata yang terkadang mencalar hati. Kalau sudah sang jejaka yang tak mampu meraih keyakinan aNNa, kenapa mesti aNNa yang dipersalahkan? Adoiyaiii~~  

Sedang diri aNNa masih terkapai-kapai, merayu mendamba cinta Dia, aNNa benar-benar tak mampu menambah lagi kelalaian dalam diri dengan perkara-perkara besar yang boleh menjauhkan aNNa dari Dia. Mesej2 je laa..perkara besar ke? Alah..bukan keluar dating pun, juz calling2 aje, takkan perkara besar kot? Ye, mungkin bukan perkara yang besar tapi berakarkan perkara kecil yang diremeh-temehkan. Liciknya syaitan memperdaya. Bagi aNNa, semuanya berlaku bermula dari jalan-jalan yang kecil. Rasanya kalau tanya orang berzina, diorang pun tak nak buat perkara tu. Mesti ada jalan mula yang indah-indah. Sedikit demi sedikit mengaburi hati dan akal. I like U. I miss U. I love U. I want U!! Danggg!!

aNNa akui. aNNa masih lagho. aNNa masih tengok cite Korea. Masih suka tengok Adam Mukhriz @ Adam & Hawa. Tapi, sekurang-kurangnya Adam Mukhriz a.k.a Aaron Aziz tak tahu no telefon aNNa. Kim Hyun Joong takmo keluar datinx dengan aNNa. Eh..ke dia nak datinx dengan aNNa? Hahah~~ See...aNNa masih L.A.L.A.I dalam banyak perkara. Nasib tak LALAT. Cuma bila melibatkan hati dan perasaan, aNNa lebih rela meng-kolot-kan diri. aNNa tak bleh nak lalai-lalai, perlu matang. Bila dah terjebak, tiada ruang nak mengundur diri lagi. aNNa tak sekuat orang lain untuk menghadapinya. Mencegah lebih baik daripada merawat. Biarlah aNNa begini. Lebih selamat. Lebih tenang. Lebih bahagia. Lebih terjaga.

Sekian. Mohon maaf jika terkasar bahasa. Bak kata kak Rumaizah, tak setuju tak mengapa kerana kita semua berbeza. 

*******************************************************************************************************************************


Terus mencari cintaNya...


Jika ini yang berlaku, saya redha...


Kerana saya akan terus berdoa...
Buat dia yang masih menjadi rahsia Allah...


Saya pasrahkan segalanya hanya kepada Tuhan...

Tuesday, September 11, 2012

Aku Sendiri

.


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.






Kehidupan manusia, riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.




Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. 




Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, sedarlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Aku. Seorang Pengembara.
Jauh Ku Berjalan. Membawa Kesedihan Tak Bertepi.
Tak Terucap Dengan Kata. Air Mata Jadi Saksi.
Hanya DiriMu Yang Mengetahui.
Tiada lagi yang kuharapkan. Segalanya dusta.
Tiada lagi yang kuharapkan. Hanya CintaMu.
Aku. Sang Pencari Cinta. Cinta Yang Agung.
Namun masih tak kujumpa.
Manisnya CintaMu Ya Rahim.
Hebatnya KasihMu Ya Rahman.

Aku. Tergapai Dalam Kegelapan.
Sendirian Mencari Cahaya.
Aku. Yang Lemah Dimamah Dosa Silam.
Badai Semalam Terus Menghentak Jiwa.
Lelahku Mencari Kekuatan.
Tiada Yang Menemani. Tiada Yang Memahami.

Aku. Karam Di Lautan Sepi.
MerinduMu Yang Satu.
Mendamba CintaMu Yang Abadi.
Ya Allah. Tiada Lagi Yang Kuharapkan.
Hanya KasihMu Untukku.
Moga Masih Ada Sinar.
Mencipta Pelangi Nan Indah.
Di Dunia dan Akhirat.


Nukilan: aNNa

*********************************************************************************************************************************


Bila engkau menyatakan cinta,
Kau akan diuji.
Apatah lagi jika cintamu kau serahkan pada yang Paling Agung,
Kau hadapkan dan berikan pada Yang Maha Mulia,
Maka ujian buatmu adalah hebat dan besar.

"Apakah kau kira kau akan ke syurga, sedangkan belum lagi datang kepadamu ujian seperti orang-orang terdahulu sebelummu?" (2:214)


Monday, September 10, 2012

Adakalanya

.

"Adakala aku menguntum senyuman sedangkan pada waktu itu aku di dalam keterpaksaan"

Saturday, September 8, 2012

Musibah Tanda Dosa Diampunkan

Oleh: Zawawi Yusoh


BESARNYA MASALAH SAYA!!



ERMM..THINKING..THINKING..KEEP ON PRAYING~~



OIT MASALAH...SAYA TAK TAKUT. SAYA ADA ALLAH BERSAMA SAYA. SETIAP WAKTU, SETIAP SAAT. ADA IMAN PASTI DIUJI KERANA SYURGA ITU MANIS!

TUJUAN Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka diampunkan. Pada masa sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah juga menjadi penyebab datangnya bala.
Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Apabila berhadapan dengan ujian, sebagai hambanya ketahuilah ia mempunyai hikmah untuk kebaikan dan perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Jika dilihat pada sejarah, kenapa Allah azabkan kaum Nabi Nuh? Lebih enam bulan mereka ditenggelami banjir besar.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth, Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, sementara yang atas dibenamkan ke perut bumi. Kesannya masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.
Lihat pula bagaimana kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hingga membentuk tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan.
Firaun pun begitu juga, kerana gah ingin merebut segala kekuasaan hingga gelaran Tuhan pun mahu direbutnya. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam dalam laut malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut lemas sekali.
Di sana ada 1,000 satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa itu berpunca daripada dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya apabila segala yang ditimpa kepada hambanya tetap ada kebaikan walaupun nampak memilukan.
Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Di sini terdapat dua ujian. Pertama, bala dan kedua ibtila’. Ibtila’ adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ujian sementara bala adalah bencana serta kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman.
Menghukum yang ingkar dan akhirnya bukan saja mereka tidak menginsafi malah hancur dalam kemusnahan. Ibtila’ yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula menginsafi kesalahan.
Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi tragedi bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar itu untuk kita bermuhasabah kebesaran Allah.
Kita juga diperintahkan supaya sentiasa bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang hendak dikongsikan di sini ialah kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa kuasa dan lemah.
Bukan saja tidak mampu bersedia mengelak musibah malah meramal pun tidak termampu. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah Yang Maha Berkuasa.
Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya selepas diberi peringatan.

Errmmm...gambar gadis sedang durja. Bolehlah kot walau tak bape kena..

aNNa: Saje paste kat atieaNNa. Sebagai ingatan di hari tua.. Eh..dah tua ke?

Wednesday, September 5, 2012

Curahan Hati Seorang Lelaki Terjaga



Curahan Hati Seorang Lelaki Terjaga...

aNNa: Wahh...gambar retis lagi. Ehekss~ Sekarang kan citer ADAM & HAWA tengah fofular. Hero & heroin, dua dua pun aNNa suka. Terbaik dari angkasa lepas~~ Memang seindah karya Aisya Sofea di mana pengarah tak banyak ubah jalan cerita novel ADAM & HAWA ni. I loike~~



*********************************************************************************************************************************


Dengarkanlah... Curahan Hati Seorang Lelaki Terjaga...

Wahai Saudari Kami... 
Mungkin kalian pernah mendapati kami dalam keadaan dingin dan membisu 
Padahal bisa saja, kami membuka pembicaraan dan memecahkan suasana bersama kalian 
Namun kami sadar, bahwa tak layak bagi kami bermudah-mudah dikarena khawatir hal itu akan mengikis kadar rasa malu kalian kepada kami.



Mungkin kalian pernah merasa risih ketika kami tidak memperhatikan wajah ketika berbicara dengan kalian?
Padahal memandang kalian ketika berbicara adalah mudah bagi kami,
Namun dengan memalingkan wajah, kami berharap agar kalian akan lebih berhati-hati dalam berbicara dan menjadikan keadaan itu lebih suci bagi hati masing-masing.

Wahai Saudariku...
Mungkin kamu akan mengatakan aku aneh ketika aku melarangmu menelefonku
Padahal, bisa saja aku mengangkatnya setiap saat engkau menelefonku
Namun aku belajar untuk menghargai seseorang yang berhak akan mendampingimu kelak, dengan cara tidak berduaan denganmu dalam keadaan yang tidak ada yang menemani.





Mungkin kamu akan kesal apabila aku tak memberikan pesan penyemangat ketika engkau melaporkan kepadaku tentang kegiatanmu hari ini
Padahal mudah saja jika aku harus mengirimkan sebuah pesan tersebut agar membuat jiwamu menjadi lebih bersemangat mengerjakannya
Namun, keberadaanku di sekitarmu ku harap tidak menggoyahkan kesucian hatimu dengan mengirimkan kepadamu pesan-pesan yang seharusnya tidak pernah kamu terima dariku jika itu justru akan membuatmu berangan-angan.

Wahai Saudariku...
Bisa jadi sebuah harapan pernah terbesit dihatimu sehingga mungkin engkau akan merasa gundah ketika aku tidak pernah meminta meminangmu.
Padahal, bisa saja aku lakukan itu agar hatimu senang
Namun aku sadar bahwa aku belum siap, maka aku redamkan lidah ini untuk menyatakannya di dalam diam.

Mungkin kamu akan datang memintaku agar kamu menantiku
Padahal aku mampu mengizinkan permintaanmu itu
Namun, apakah kamu tidak merasa sakit ketika suatu saat jodohku adalah bukan dirimu? Bukankah usahamu untuk bersamaku dengan cara menantikanku adalah sia-sia?

Atau mungkin saja kamu akan merasa gelisah ketika aku tidak pernah memintamu menungguku
Padahal bisa saja permintaan itu akan engkau indahkan ketika aku memintanya kepadamu
Namun aku mencintaimu atas dasar kesucian, maka aku tidak akan memintamu untuk itu hanya karena ingin mempersilahkan laki-laki shaleh lain untuk meminangmu




Bukankah kesucian yang aku inginkan untuk menikahimu? Jika demikian, maka lebih baik engkau menikah kepada laki-laki yang telah siap meminangmu tanpa harus membuatmu menunggunya.
Atau bisa jadi, kamu bosan karena terlalu lama menungguku untuk menyatakan sebuah ungkapan-ungkapan indah kepadamu
Padahal, bisa saja aku menyatakan itu untuk menyenangkan hatimu
Namun, Diam adalah caraku mencintaimu karenaNya, berharap hal itu lebih memelihara kesucian hatiku dan hatimu setelahnya...


Sumber: Annisa Mutiara Hati



*********************************************************************************************************************************






aNNa: Aiyokkk!! Pandai-pandailaa kita mencorakkan perasaan dalam hati. Hati kita, tanggungjawab kita! Terkadang ada yang berkata, it comes naturally. Bukan dipaksa-paksa. Yeah...memang betul laa tu. Tapi, persoalannya bagaimana untuk menguruskannya selepas rasa cinta terhadap seseorang itu datang? Pilihan terlalu banyak. Mahu terus hanyut dibuai perasaan? Mahu menahan rasa dan bersabar control jiwa? Perlu diingat. HATI ADALAH RAJA DALAM KERAJAAN DIRI. Dengarkan kata pujangga di bawah. Semoga bermanfaat duhai yang ku sayang!!





Kalau hati seperti air, jangan dibiar ia keruh,
Kalau hati seperti awan, jangan dibiar ia mendung,
Kalau hati seperti bulan, jangan dibiar ia gerhana,
Ingatlah...
Hati adalah raja dalam kerajaan diri,
Hati adalah wadah untuk hidayah, iman & takwa,
Hati adalah nilaian Allah terhadap hamba-Nya,
Hati adalah penentu keselamatan pada Hari Akhirat,
Hati menjadi rebutan antara malaikat & syaitan,
Hati adalah kamar ketenangan dalam diri manusia,
Hati adalah sumber himpunan rasa yang ada dalam diri manusia!!


aNNa: Nah! Jika segalanya bersumberkan dari hati, apa yang perlu kita lakukan? Tepuk dada tanyalah hati~ 


Tuesday, September 4, 2012

Caraku Mencintaimu

Sumber: Annisa Mutiara Hati III

~✿ Caraku MenCINTAImu ✿~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarrakatuh...

Pernahkah kalian mencintai seseorang? Tentunya pernah :") Lantas bagaimana cara kalian semua mencintai orang tersebut? Berusaha menghalalkan segala cara agar si dia jadi milikmu walau hanya sementara dengan ikatan bernama "pacaran" atau berdiam diri, merintih pada Allah kerana takut kehilangan cinta-Nya dan berharap rasa cinta ini di
ikat dengan ikatan yang resmi (pernikahan)..?

Semoga ini bermanfaat untuk kalian semua...Lets cekidot ~~

*********************************************************************************************************************************


Karena Aku Mencintaimu (✿◠‿◠)

Karena aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu,
Karena aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu,
Karena aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu,
Karena cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram,
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh,
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah.

Karena cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku... :)
Semua itu karena aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu . . .
Demi kemuliaanmu . . .

Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan...
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih,
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang MELULUH LANTAHKAN harga diri...
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta,


Namun bagiku, 
Aku mencintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu, 
Bukan karena ku ingin berpaling darimu, tapi karena ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis.

Ku mencintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu, bukan karena aku ingin menyakitimu,
Namun karena aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu.
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu, bukan karena ku membencimu,
Namun karena ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak!

Ku mencintaimu dengan menjaga dirimu dan diriku,
Menjaga kesucianmu dan kesucianku,
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku,
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku.

Cinta . . .
Tak mengapa saat ini kita jauh,
Karena kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya,
Karena itu jauh lebih berarti,
Jauh lebih abadi,
Karena ku yakin,
Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.

Seperti inilah ku mencintaimu...
Dengan menjaga kesucian diri, jiwa dan hatiku,
Hanya untuk ku persembahkan pada mu kelak.

Oleh kerana itu cinta....
Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku...


*********************************************************************************************************************************





aNNa: Hati-hati Menjaga Hati... (✿◠‿◠)