Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Wednesday, August 29, 2012

Saydatina Asma


aNNa: Suara dia... Sedap sangat (1000x). aNNa dah juta kali dok ulang dengar. Lirik? Google sudaa tapi hampa, tak dapat. Nanti laa, kalau rajin aNNa dengar-taip-paste kat atieaNNa. Selamat Mendengar~ 


Tuesday, August 28, 2012

Mata Hati Dia

.

YA ALLAH...
Bila hatiku.. Kian beku.. Maka lembutkanlah..
Bila hatiku.. Kian malap.. Maka suluhkanlah..

Bila hatiku.. Kian hitam.. Maka putihkanlah..

Bila hatiku.. Kian berdebu.. Maka jernihkanlah..

Bila hatiku.. Kian gelap.. Maka terangkanlah..

Berilah cahaya padaku.. Wahai Pemegang hatiku..




YA ALLAH ,
Gantikanlah PENDERITAAN ini dengan KEGEMBIRAAN,
Gantikanlah KESEDIHAN ini dengan SENYUMAN,
Gantikanlah AIR MATA CINTA ini dengan AIR MATA TAUBAT,
Gantikanlah PERASAAN TAKUT ini dengan KETENTERAMAN,
Gantikanlah KESESATAN ini dengan CAHAYA PETUNJUKMU,
SEJUKKANLAH GELORA HATI ini dengan SALJI KEYAKINAN,
PADAMKANLAH API KEMARAHAN ini dengan AIR MATA KEIMANAN...



*********************************************************************************************************************************



" DIA" MEMANG NAMPAK KUAT DAN HEBAT KERANA "DIA" SENTIASA MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT DAN PERANGSANG KEPADA KAMU, TETAPI DI SEBALIK KEKUATAN DAN KEHEBATAN ITU , "DIA" SEBENARNYA SEDANG MENGUMPUL SERTA MENCARI KEKUATAN UNTUK TERUS BANGKIT DAN MENYULAM HATINYA YANG RETAK SERIBU!! 


Monday, August 27, 2012

AUSTRALIA 2010: Memetik Strawberi Gemop

     
Peristiwa aNNa memetik strawberi ini berlaku pada 13 Disember 2010... 
(Disember, masa yang agak sedang molek untuk strawberry picking, strawberi sedang masak ranum. Katanya, paling sesuai Oktober ke bulan Mei- the warmer month of the year~~ )


Strawberry Farm yang subur menghijau. aNNa boleh jadi model ladang strawberi kan? Kui~




Para Strawberi Gemop Gedempol...



aNNa berbaju merah bersama strawberi berkulit merah...so ang ang~~




                 
Rate harga yang ingat2 lupa @Beerenberg Farm 2010: 
                                          (◕‿◕✿)~  : masuk $3/ person
                                          (◕‿◕✿)~  : strawberi $9/ kilo 


Hasil tangkapan. Sampai tak cukop tangan...



STRAWBERRY!! Sangat Merah + Sangat Manis = MERANIS~





"Strawberry Picking"


 "Strawberry Eating"


Muka-aNNa-Puas-Hati-Kenyang-Strawberi..


Selingan: Tadi aNNa jenguk fb sape ntah..jumpa ayat ni.

"Semakin banyak manisan yg anda teguk sebelum nikah semakin tawar perkahwinan yg dilalui selepas itu.ALLAH akan berikan kemanisan selepas HALAL..(^_^) " -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-



Kesimpulan: Maka, lebih baik mengisi masa kosong dengan meneguk manisan strawberi...Eh?? (◕‿◕✿)~ 

Friday, August 17, 2012

Jari Jemari Tercomel

.

"Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak.."






Jangan menyentuh yang bukan halal bagimu. 
"Letihkanlah dirimu dengan beribadah kepada Allah, sehingga kamu letih untuk melakukan maksiat kepadaNya.."






"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupunhatinya...Kerana ALLAH teramat mencintainya...tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana ALLAH untuk menjaga kita? ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"




"Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin sekejap jeaa.. Sabarlah sekejap!!! Dah kahwin nanti yang halal amat luas... Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha ALLAH.." Fatimah Syarha..✿)~ 




"Apabila perubahan membawa kepada kebaikan, ketenangan menjadi teman. Dia pengapus resah dan pengukuh keyakinan.." Irma Hasmie..✿)~





"Benih yang BAIK, walau tercampak di mana jua pasti kan bercambah.. dan batu permata, meskipun tenggelam di dasar lautan pastikan kelihatan KILAUAN cahayanya"






"Cinta yang tidak syar'ie tiada sebab untuk kau cemburui. Bersabarlah. Jodohmu pasti tiba andai takdir ada di dunia. Jangan mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan cinta yang membelakangiNya. Itu cinta nafsu! Tiada keberkatannya andai lorong itu yang diambil. Maka, waspadalah. Kerana syaitan itu bijak menghias perkara maksiat pada penglihatan sebagai suatu khayalan indah." 


"Ya Allah, jika hamba di takdirkan untuk menangis, tentulah hamba akan mengadu pada Mu... Ya Allah, jika hidup ini membuat hamba merasa sunyi, tentulah hamba akan berbagi dengan Mu...Ya Allah, jika derita ini harus ku jalani,tentulah hamba akan menikmatinya bersama Mu.... Biarkan raga hamba berpeluh... Biarkan jiwa hamba terasing... Biarkan mata hamba sembab... Biarkan semuanya berlalu... Ya Allah... Peluklah hamba yang rapuh ini. Yang rapuh termakan pahitnya Zaman yang rapuh terbawa arus kehidupan Engkau yg Maha Agung dari segala tindakan manusia yang zalim....Ya Rabbul Izzati... Hanya ini, hanya ini sisa-sisa hati hamba yang kembali... Hamba yg penuh dosa... Hamba yg sendiri di antara keramaian... Mengadu, Meminta... Biarkan mereka tertawa, biarkan mereka.... Tiada daya, hamba ingin menangis di hadapan Mu Ya Allah..."


aNNa ✿)~ : Aamin kan doa ramai-ramai.. tQ!!

Skema Jawapan Cepucomel Untuk Soalan Cepucemas: Bila Nak Kahwin?

.
mak jelosh noks tengok diorang.. so sweet!! (✿◠‿◠) 


aNNa ✿~: Assalamualaikum.. Apa khabar hari ini? Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah. Ramadhan masih ada 2 hari lagi. Bujangzz bujangzz sekalian bolehlaa mula hafal skema jawapan di bawah sebab 2 hari lagi kita ada exam tau! Heee...aNNa poyos terlajak uols~

aNNa ✿~: Tapi, bila raya, kawan lama datang umah, kawan sekampung datang umah, makcik-makcik kejiranan datang umah. Kadang suka jugak diorang mengusik dengan soalan "Bila Nak Kawen"? Tak gitew??

**************************************************************************************************************************

## Tadaaa~~ Selamat menghafal & Good Luck!! 


SKEMA JAWAPAN CEPUCOMEL KEPADA SOALAN CEPUCEMAS: "BILA NAK KAWEN?"


Kenapa Lambat?
✔ Kerana Allah tahu masa yg terbaik untuk ku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.


Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kawen. Kerana semua RAHSIA itu, terletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.



**************************************************************************************************************************

aNNa ✿~ : Ehh...korang betul2 hafal ke?? Heheh...super ohsem laa sape yang memang bagi jawapan macam ni. aNNa saje share sebab macam best je skema jawapan tu. Soalan CEPUCEMAS dijawab dengan jawapan CEPUCOMEL.. High Class!! (◕‿◕✿)~ 

aNNa ✿~ :Sharing is Caring~SELAMAT MENCUBA!! 

Tuesday, August 14, 2012

aNNa dan yana

.

ni anak kakak..
anak aku nanti macam mana laa rupa dia yee? 

Thursday, August 9, 2012

Prinsip Yang Merantai Diri

.
....::: Aku juga insan biasa punya fitrah mahu disayangi dan menyayangi :::....


Tiada yang membuat kau bahagia melainkan dirimu memagar diri dengan prinsip yang teguh dalam menguruskan fitrah. Jangan biarkan fitrah itu jadi fitnah. 
Mungkin kerana prinsip ini yang membuatkan diri tetap pada pegangan. 
Maka, pegang ia kemas-kemas.
   
Prinsip 1: Tidak ada yang boleh mengambil tempat 'dia-yang-entah-di-mana' selagi belum ada ikatan sah. Prinsip 2: Tidak mahu dimabukkan dengan khayalan cinta yang tidak pasti. 
Prinsip 3: Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. Prinsip 4: Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia. 
Prinsip 5: Katanya seorang da'ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!


Berkeraslah mendidik jiwa meletakkan Dia yang pertama di dalam hati. 
Walaupun masih belum berjaya, terus bangkit. 
Payah? Ya! Terlalu kerana cinta dunia itu bersifat mengasak. 
Namun, pastikan terus usaha! Bukan mudah untuk menjadi muslimah yang kental 
melawan arus cinta zaman kini. 

So, just take the challenge! 




Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.

Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.

Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah. 

Wednesday, August 8, 2012

Seindah Mawar Berduri

.

Ayat kat atas ni super ohsem!! Kan?



Ouchhh!! Ngeri... 

***************************************************************************************************

aNNa: Santai aNNa a.k.a atieaNNa berwajah baru!! Takdelaa baru sangat tapi ada laa sedikit perubahan selepas 5 tahun berbelog..muaha!! Tapi, aNNa masih mengekalkan imej hitam legam kesukaan. 

Yay!! Akhirnya, berjaya make up page atieaNNa jadi lebih lebar. Sebab utama nak masukkan gambar besar punyaaaa. Terkadang 1 gambar sudah boleh menggambarkan bermacam-macam perkara. 

Ok uolsss, selamat bersantai riang bersama aNNa @atieaNNa. 
(Ehh...ada orang baca ke?? Hikss~~)

Friday, August 3, 2012

Cacat Tapi Sempurna

.

:: 65 TAHUN MERANGKAK KE MASJID ::

✿~ NAMA : Abdullah Al Asiri..
✿~ DILAHIRKAN : Cacat dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 10 orang ahli (ibu bapanya, tiga saudara lelaki dan empat saudara perempuan)
✿~ SEJAK KEHILANGAN ORANG TUA : Kebajikan Asiri dijaga oleh abang, kakak, sepupu dan anak saudaranya..
✿~ MENINGGAL DUNIA :Kerana usia lelaki itu kini mencecah 76 tahun..

✿~ KEHIDUPAN BELIAU :Tidak pernah terlepas menunaikan SOLAT SECARA BERJEMAAH.. 
BERTEGAS untuk menunaikan solat lima waktu di masjid walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki..
BERULANG ALIK dari rumah ke masjid di kampung selatan Alaziza sebanyak lima kali sehari selama hampir 65 tahun tanpa mengira terik padang pasir ketika cuaca panas atau kedinginan udara pada waktu malam dan pagi..

p/s : Walau kita mengetahui akan KEBAIKAN DAN FADHILAT di sebalik menunaikan SOLAT BERJEMAAH di masjid, tetapi JARANG sekali kedua belah kaki yang dikurniakan Allah kepada kita ini, yang sering kita PIJAK ke tanah ini digunakan untuk BERGERAK KE MASJID..

Beliau yang cacatkan kakinya adalah LEBIH MULIA daripada kita yang memiliki KESEMPURNAAN KAKI..♥♥


*********************************************************************************************************************************

aNNa ✿~: Sumber dari facebOOk. Tepek dalam atieaNNa untuk simpanan & ingatan.. :)

Wednesday, August 1, 2012

Untukmu Yang Masih Single

.


Untukmu Yang Masih Single...

Tahukah kamu, sebenarnya hatiku menolak ketika fitrah itu datang menyapaku kerana ku tahu bahawa dia bukanlah kamu,
Maka dengan semampuku, ku berusaha menjaga hati, agar ia tetap tak tersentuh oleh yang bukan dirimu...

Kerana bagiku,
Untuk apa ku buka hati ini agar terisi dengan seseorang, jika suatu saat dia belum tentu menjadi pasanganku?
Untuk apa ku berlelah diri dalam memikirkan seseorang, jika suatu saat dia belum tentu menjadi mahramku?
Untuk apa ku lepaskan pandanganku kepada seseorang, jika suatu saat dia belum tentu menjadi kekasihku?
Untuk apa ku membebaskan diriku untuk menyentuh seseorang, jika suatu saat nanti dia bukan dirimu?
Aku yang sayang padamu ini tak akan mampu memberikanmu hati yang bekas, 
Sedangkan Allah mengkurniakanku pasangan terbaik iaitu kamu...

Meskipun begitu, aku tidak pernah tahu siapa kamu,
Kerana hanya pernikahan yang akan menampakkan siapakah dirimu yang akan dikurniakan untukku,
Tapi hati ini telah belajar mencintaimu sejak dulu,
Lantaran ku tahu bahawa setiap manusia telah ditentukan pasangannya ketika masih di dalam rahim ibu,
Namun naluriku mengingatimu, 
Ketika fitrah itu harus datang ,menggebu di masa kosongku...

Oleh itu bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik dalam penantianmu,
Maka jagalah pandanganmu,,
Jika kamu tidak mampu menahan rasa cemburu ketika pandanganku tidak terpelihara kepada yang bukan mahramku,
Jagalah pula dirimu,, 
Jika kamu tidak mampu menahan rasa cemburu ketika diriku menyentuh yang bukan mahramku,
Peliharalah semua yang mampu kau hadiahkan buatku,
Itulah hadiah paling istimewa bagiku...

Namun sekarang kau bukan siapapun bagiku, 
Hingga waktu di mana Allah redai kita halal bertemu,...
Untukmu yang sampai saat ini aku tidak tahu, 

Kecuali ijab qabul telah terucap untuk menghalalkan kita bersatu...
InsyaAllah...


aNNa: Hati-hati menjaga hati.. ‎(◕‿◕✿)~