Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Tuesday, September 11, 2012

Aku Sendiri

.


Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya.






Kehidupan manusia, riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.




Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. 




Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, sedarlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Aku. Seorang Pengembara.
Jauh Ku Berjalan. Membawa Kesedihan Tak Bertepi.
Tak Terucap Dengan Kata. Air Mata Jadi Saksi.
Hanya DiriMu Yang Mengetahui.
Tiada lagi yang kuharapkan. Segalanya dusta.
Tiada lagi yang kuharapkan. Hanya CintaMu.
Aku. Sang Pencari Cinta. Cinta Yang Agung.
Namun masih tak kujumpa.
Manisnya CintaMu Ya Rahim.
Hebatnya KasihMu Ya Rahman.

Aku. Tergapai Dalam Kegelapan.
Sendirian Mencari Cahaya.
Aku. Yang Lemah Dimamah Dosa Silam.
Badai Semalam Terus Menghentak Jiwa.
Lelahku Mencari Kekuatan.
Tiada Yang Menemani. Tiada Yang Memahami.

Aku. Karam Di Lautan Sepi.
MerinduMu Yang Satu.
Mendamba CintaMu Yang Abadi.
Ya Allah. Tiada Lagi Yang Kuharapkan.
Hanya KasihMu Untukku.
Moga Masih Ada Sinar.
Mencipta Pelangi Nan Indah.
Di Dunia dan Akhirat.


Nukilan: aNNa

*********************************************************************************************************************************


Bila engkau menyatakan cinta,
Kau akan diuji.
Apatah lagi jika cintamu kau serahkan pada yang Paling Agung,
Kau hadapkan dan berikan pada Yang Maha Mulia,
Maka ujian buatmu adalah hebat dan besar.

"Apakah kau kira kau akan ke syurga, sedangkan belum lagi datang kepadamu ujian seperti orang-orang terdahulu sebelummu?" (2:214)


6 comments:

  1. segar mata saya tengok pics ni ^_^

    ReplyDelete
  2. saya tunggu picture segar dari awak pulak!! excited~~

    ReplyDelete
  3. jeles3.. haha.. kwn akk sentiasa lom ready utk g jauh2.. so, xde geng lorhh

    ReplyDelete
  4. depa tak minat kot? kalau minat gedebush pegi (kecuali ada hal2 yg betul2 berat..cth: kalau pegi duit dlm bank tggl rm2)

    ReplyDelete