Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Saturday, September 8, 2012

Musibah Tanda Dosa Diampunkan

Oleh: Zawawi Yusoh


BESARNYA MASALAH SAYA!!



ERMM..THINKING..THINKING..KEEP ON PRAYING~~



OIT MASALAH...SAYA TAK TAKUT. SAYA ADA ALLAH BERSAMA SAYA. SETIAP WAKTU, SETIAP SAAT. ADA IMAN PASTI DIUJI KERANA SYURGA ITU MANIS!

TUJUAN Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka diampunkan. Pada masa sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah juga menjadi penyebab datangnya bala.
Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Apabila berhadapan dengan ujian, sebagai hambanya ketahuilah ia mempunyai hikmah untuk kebaikan dan perlu mengambil pengajaran daripadanya.
Jika dilihat pada sejarah, kenapa Allah azabkan kaum Nabi Nuh? Lebih enam bulan mereka ditenggelami banjir besar.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth, Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, sementara yang atas dibenamkan ke perut bumi. Kesannya masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.
Lihat pula bagaimana kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hingga membentuk tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan.
Firaun pun begitu juga, kerana gah ingin merebut segala kekuasaan hingga gelaran Tuhan pun mahu direbutnya. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam dalam laut malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut lemas sekali.
Di sana ada 1,000 satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa itu berpunca daripada dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya apabila segala yang ditimpa kepada hambanya tetap ada kebaikan walaupun nampak memilukan.
Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Di sini terdapat dua ujian. Pertama, bala dan kedua ibtila’. Ibtila’ adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ujian sementara bala adalah bencana serta kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman.
Menghukum yang ingkar dan akhirnya bukan saja mereka tidak menginsafi malah hancur dalam kemusnahan. Ibtila’ yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula menginsafi kesalahan.
Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi tragedi bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar itu untuk kita bermuhasabah kebesaran Allah.
Kita juga diperintahkan supaya sentiasa bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang hendak dikongsikan di sini ialah kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa kuasa dan lemah.
Bukan saja tidak mampu bersedia mengelak musibah malah meramal pun tidak termampu. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah Yang Maha Berkuasa.
Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya selepas diberi peringatan.

Errmmm...gambar gadis sedang durja. Bolehlah kot walau tak bape kena..

aNNa: Saje paste kat atieaNNa. Sebagai ingatan di hari tua.. Eh..dah tua ke?

2 comments:

  1. pandainya ejan tulis blog, sangat bermanfaat.tenkiu

    ReplyDelete
  2. nope.. ejan lebih kepada menyampaikan perkongsian orang lain dalam bentuk yg baru dengan cara aNNa..hee!! *supaya ejan sendiri teringin nak baca.

    ReplyDelete