Assalamualaikum. Hye Awak!!
Balik kuliah terus tulis blog!! Gigih sangat. Ter-inspired dengan 1
artikel Farah Lee. Wah..tak menahan. Inspired dengan orang glamour ajeee~~~
Farah Lee: Saya mahu bercinta selepas kahwin…
aNNa: Saya lebih percaya bercinta selepas kahwin lebih baik...
Farah Lee…kita sama laa!! Hagagaaa~~ Super duper likes. aNNa
tercari-cari teman yang sama pendapat dengan aNNa. Susah nak jumpa membuatkan aNNa
bertarung sorang-sorang. Betul-betul rasa tak kuat. Walaupun Farah Lee bukan
geng aNNa, sekurang-kurangnya artikel dia buat aNNa rasa ada geng. Hye geng!!
Cuti 2 bulan. Benar-benar menguji. Hampir tewas. aNNa tahu orang
sekeliling aNNa sayangkan aNNa. Nak tengok aNNa bahagia, naik pelamin,
berkahwin dengan seorang lelaki kacak kemudian dapat anak yang
comel-boleh-buat-bantal-peluk. Percayalah, aNNa juga mahu begitu. Itu fitrah. Tapi, bila fitrah bertukar fitnah. Bagi aNNa, tiada lagi cinta. Yang ada cuma nafsu. Tak nak! Tak nak macam tu!!
Hanya Tuhan saje yang tahu perasaan aNNa bila aNNa dilabel tak berusaha
mencari jodoh. Kebanyakan orang akan menilai daripada luaran. Contoh yang
tipikal:
✿)~ : Ada teman lelaki = "Kamu sedang berusaha dapat jodoh"
✿)~ : Berbual di telefon dengan teman lelaki = "Kamu sedang dalam proses
berkenalan dengan bakal suami" (yang entah akan jadi suami ke tidak)
✿)~ : Keluar dating bersama = "Kamu dalam proses mencari keserasian"
Bagi aNNa, semua itu tak akan menjanjikan apa-apa pada diri aNNa. Tiada
jaminan aNNa akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Malah, ada jaminan 100% untuk aNNa dapat
kesengsaraan.
Memilih. Jual mahal. High taste. Ouchh!! Sakit taw uols label aNNa
macam ni. Hanya kerana cara aNNa berbeza daripada mereka, aNNa perlu menerima
kata-kata yang terkadang mencalar hati. Kalau sudah sang jejaka yang tak mampu
meraih keyakinan aNNa, kenapa mesti aNNa yang dipersalahkan? Adoiyaiii~~
Sedang diri aNNa masih terkapai-kapai, merayu mendamba cinta Dia, aNNa
benar-benar tak mampu menambah lagi kelalaian dalam diri dengan perkara-perkara
besar yang boleh menjauhkan aNNa dari Dia. Mesej2 je laa..perkara besar ke?
Alah..bukan keluar dating pun, juz calling2 aje, takkan perkara besar kot? Ye, mungkin bukan perkara yang besar tapi berakarkan perkara kecil yang diremeh-temehkan. Liciknya syaitan memperdaya. Bagi
aNNa, semuanya berlaku bermula dari jalan-jalan yang kecil. Rasanya kalau tanya orang
berzina, diorang pun tak nak buat perkara tu. Mesti ada jalan mula yang indah-indah. Sedikit demi sedikit mengaburi hati dan akal. I like U. I miss U. I love U. I want U!! Danggg!!
aNNa akui. aNNa masih lagho. aNNa masih tengok cite Korea. Masih suka tengok
Adam Mukhriz @ Adam & Hawa. Tapi, sekurang-kurangnya Adam Mukhriz a.k.a Aaron Aziz tak tahu no
telefon aNNa. Kim Hyun Joong takmo keluar datinx dengan aNNa. Eh..ke dia nak datinx
dengan aNNa? Hahah~~ See...aNNa masih L.A.L.A.I dalam banyak perkara. Nasib tak LALAT. Cuma bila melibatkan hati dan perasaan, aNNa lebih rela meng-kolot-kan diri. aNNa tak bleh nak lalai-lalai, perlu matang. Bila dah terjebak, tiada ruang nak mengundur diri
lagi. aNNa tak sekuat orang lain untuk menghadapinya. Mencegah lebih baik daripada merawat. Biarlah aNNa begini. Lebih selamat. Lebih tenang. Lebih bahagia. Lebih terjaga.
Sekian. Mohon maaf jika terkasar bahasa. Bak kata kak Rumaizah, tak setuju tak mengapa kerana kita semua berbeza.
*******************************************************************************************************************************
Terus mencari cintaNya...
Jika ini yang berlaku, saya redha...
Kerana saya akan terus berdoa...
Buat dia yang masih menjadi rahsia Allah...
Saya pasrahkan segalanya hanya kepada Tuhan...




super LIKE!!
ReplyDeleteinsyaAllah niat baik pasti Allah tolong.
Jangan fikir apa orang kata, fikir apa Allah kata.
Suka post ni. A good reminder for myself...
ReplyDeleteMoga Allah beri kekuatan untuk sy bermujahadah.
Salam ukhwah! :)
gudlak untuk kita2 ni.. hehe
ReplyDeleteannie: wish u were here..gf saya yg sorang nih jauh naa.
ReplyDeletenur ahmad: salam ukhwah!! congrats dah dapat lesen kereta.. :)
brat: good look!!
Indeed!
ReplyDeletehehe sorry baru baca... thank you Anna! :))) alhamdulillah... tak sangka boleh pass pun sebenarnya. hihihi dah rezeki kot
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteInsyaallah, segala yang baik akan dipermudahkan ....
kuatkan iltizam, moga terus istiqamah dalam memperjuangkan pendirian anna.
(◕‿◕✿)~
ReplyDelete