Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Monday, February 22, 2010

mama comel anak cute

Edisi khas bersempena dengan sahabat aNNa, aNie yang sedang happy mappy menanti kelahiran anak sulungnya. Berikut disenaraikan petua-petua yang mungkin dapat membantu beliau dalam penjagaan baby kecilnya itu. Sharing is caring!! ooPpss, dah tentu laa bukan hasil pengalaman aNNa tetapi hasil daripada mulut yang tak putus berceloteh, bertanya itu dan ini kepada mamaku sampai mamaku naik boring dan mungkin rasa nak bagi sebijik penampau kat anak dia ni baru tau nak stop..hahaha~~

aNie, selamat beramal..(^^,)V~~


PETUA MAMA COMEL ANAK CUTE:
  • Baca Al-Quran sejak awal baby dikandung badan hingga waktu kelahiran. Kalau boleh anda, bakal mama, jangan ponteng dan lebih hebat jika dapat khatamkan.

  • Nanas dan tapai kan bagus di makan kalau period kita tak on time untuk runtuhkan dinding blood itu. Jadi, jemput elak makan nanas dan ragi (tapai).

  • Kalau potong buah-buahan atau sayur-sayuran, jangan potong menyongsang. Potong daripada kepala terus ke kaki. Erkk, buah dan sayur ada kaki ke beb? Main-main laa aNNa ni. Dushhh !! Amik kau aNNa. Tak dapat bezakan mana kepala, mana bawah? Tanya Chef Wan. *ahaks!*

  • Kalau buat apa-apa kerja, pastikan buat kerja sampai habis. Jangan tangguh-tangguhkan kerja anda. Takut nanti susah nak lahirkan baby, ambil masa yang lama b4 baby dapat keluar. Tapi, kecuali laa jika anda sedang dalam projek bina stesen janakuasa hidroelektrik yang gah lagi superb, yang memang sorilaa nak siap dalam masa 1 hari. Kan?

  • Rajin minum air soya, anak putih suci lagi melepak.

  • Elakkan membunuh haiwan dan jangan menganiaya haiwan.

  • Elakkan jerut batang pokok tak tentu pasal. Haahha. Susah nak terang kan yang ini. Sila dapatkan maklumat lanjut di talian 017-9218xxx. Okes aNie?

  • Mama amal, papa pun mesti amal juga. Baru adil, ye tak? hehehe. Suami isteri, cubalah sama-sama amalkan perkara di atas dan di bawah. Support isteri ya wahai suami, jangan kedekut beri kata-kata manis, galakan dan sokongan padu. Mesti baby happy sebab mama papa dia sangat best, support menyaport gitew. Mak aih, hancur BM. (T_T)

  • Rajin berselawat kerana keajaibannya yang tiada tolok banding.

KEAJAIBAN SELAWAT:
  • 100x sehari, dipermudah bertemu jodoh

  • 33x sehari, jernihkan hati, mudah faham ilmu yang diajar, beroleh ketenangan fikiran

  • 1000x sehari, dikurniakan kebijaksanaan pemikiran

  • 1000x selepas solat hajat, hilangkan dukacita dan dikabulkan hajat.

  • Dan banyak lagi. Sila baca buku..huu~~
SUMBER: BUKU NASIHAT IMAM AL-BUKHARI

Selanjutnya, aNNa share hasil godekan aNNa daripada blog seorang ibu yang cantik. Memang ada point yang sama dengan aNNa. (^_^)

Justeru itu untuk melahirkan anak yang sihat dan bijak anda harus memulainya ketika dari dalam kandungan lagi. Melalui pengalaman saya ketika mengandung ;
1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.
2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.
3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.
4. Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah.
5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.
6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.
7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.
8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.
9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.
10.Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.Memang banyak terjadi kelahiran yang begitu akibat langgar pantang, walaupun itu semua adalah kebetulan sahaja, namun saya memang jaga untuk mengelakkannya kerana 'at the end of the day' saya juga yang akan menempuh susah payah bersalin. Jadi kalau ada petua mengelakkannya., 'why not?' Bukankah Allah Maha Kaya. Mungkin Dia nak tunjuk atas kedegilan kita. Allahualam.
11. Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.
12. Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.
13. Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.
14. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.

p/s: TQ Auntie Nani yang comel.. =)

So, kepada semua bakal mama comel kepada anak yang cute (especially aNie), jemput ghajin-ghajin amalkan petua gemilang di atas. aNNa tahu, sekarang zaman moden, zaman canggih manggih. Mungkin ada yang boleh terima atau ada yang menolak pendapat tentang pantang larang orang tua bagi ibu mengandung. Terpulanglah kepada empunya diri masing-masing. Bak kata patah aNNa, ''Sharing is Caring''. aNNa hanya nak berkongsi. Dan kawan baik aNNa sedang mengandung 2 bulan, jadi terasa teruja pula sampai terkeluar entry begini..hehehe!


...:::aNNa & baby:::....
~~sekadar gambar hiasan~~

6 comments:

  1. haha. adeh2. kalau si ayah tu mmg kerja kat stesen janakuasa elektrik macam mana la?? construction lagi. mmg xsiap la satu hari. risau2.

    ReplyDelete
  2. lepas ni post petua kecantikan plak ek. (^_-)V

    ReplyDelete
  3. MALCOLM: petua buat kerja sampai habis memang lebih ditujukan kepada sang suami. takot isteri susah bersalin, sakit la dia..u huk huk. risau? anda sedang dlm projek bina stesen janakuasa eletrik ke? hahah~

    ANNIE: waaa..yang tu ejan pun nak la jugak!

    ReplyDelete
  4. ijan ada bakat pegang baby!! cam teros lena aje baby tu.. pegang baby tu cam x lama agi je nak pegang baby sendirik!.. kang majlis jgn lupe aku ya/..

    ReplyDelete