Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Tuesday, February 23, 2010

emo kesal campur emo seronok

Penat.

Kehadapan lemakku yang terbakar untuk hari ini,
Selamat Tinggal,
Sayonara~~
Semoga jumpa lagi…

7.30 am : Relief class at 1 H. Dalam hati, waaa~~ aNNa tak sarapan lagi…(T_T)

Menuju ke blok Tingkatan 1, seorang pelajar drpd kelas 1A bertegur sapa dengan aNNa dengan gaya yang sangat annoying. Huh, sabar..sabar. Kes tak cukup kasih sayang ni. Nanti dalam kelas akan ku tegur jua dirimu dengan niat, mari kita sama-sama jadi baik.

7.30 am : Masuk 1H, Cikgu aNNa bertanya pasal homework holiday CNY. Yeah, hampir separuh kelas tak siap homework. Cikgu aNNa malas nak cakap banyak. **KALAU TAK SIAP LAKARAN PETA MALAYSIA HARI NI, DEKAT LUAR TU KELAS AWAK LEPAS REHAT NANTI** Psstt, bebudak naik lemak. aNNa bagi homework yang super duper senang dan secoet sahaja, pun tak dapat siap. Dush!!

8.10 am : Kringg~ masa habis. Sekarang ada 40 minit free sebelum kelas seterusnya. Kruk krapp..perut berkeroncong dondang sayang. Cepat-cepat ke bilik guru, siapkan kerja. Alamak, tinggal 10 minit. Cepat-cepat ke kantin..memakan!! Mesti makan jugak, sebab lepas ni 3 kelas straight, non stop.

8.50 am : Masa untuk ‘sharing is caring’ bersama kelas 1A. Oh noo~~ telah bertukar. Suka jadi duka. Girang jadi garang. Sungguh durja sekali. (T_T) Serius, aNNa boleh tahan marah, beraksi happy seperti tiada apa-apa, simpan dalam BSH (Bank Simpanan Hati) dan akhirnya terlupa akan kesalahan mereka kerana mereka sangat kecil dan comel, masih belum matang dalam banyak perkara dan mungkin tidak sengaja buat kesalahan yang sama. TETAPI, aNNa terpaksa jua tunjukkan sedikit ketegasan bimbang lemak mereka naik tepu. Kesalahan terkumpul mereka hari ini sudah tahap maximum dan langsung tidak sesuai bagi peringkat umur 13 tahun. Hasilnya, mereka ‘rentung’ dan aNNa 'hangus' kerana penangan kena ‘fire’ dengan aNNa. Sungguh, aNNa tidak suka. aNNa kesal.

10.10 am : aNNa keluar daripada kelas 1A dengan perasaan tidak girang kerana seperti tidak ada ‘magic touch’ berlaku sepanjang proses P&P.

10.11 am : Melepak dalam kelas 1H sambil tunggu pelajar habis rehat.

10.30 am : Pelajar masuk kelas. Mula cek homework. Yebaa~~ Mereka makan saman..hahah. Peta Malaysia siap!! Okes, boleh mula P&P dan sukses. Seperti ada ‘magic touch’ yang lalalala~~ Guru oh Guru. Tadi aNNa bukan main hangus kerana kelas 1A tapi mood ditukarkan sekelip mata. 1H tidak terlibat, jangan persiakan mereka. Keh keh keh. aNNa seronok.

11.10 am : Masa Sivik bersama 1I. Run Ujian Personaliti Warna. Masing-masing teruja nak tahu personaliti diri sendiri. Emas, Hijau, Biru atau Jingga.. Setiap warna ada nilaian personaliti yang tersendiri. Sangat baik untuk motivasi diri.

12.30 pm : Habis kelas. Habis suara. Suara..suara. Mintak suara~~ haha.

2.00 pm : Meeting.
4.30 pm : Habis meeting.
Penat.
Menemui lemakku yang terbakar untuk hari ini, Good Bye~~

Begitulah al-kisah aNNa, rutin jadual hari Selasa, aNNa akan berkepam di blok Tingkatan 1 yang agak terpencil dari awal pagi sampai tengah hari. Takda maknanya nak balik bilik guru yang jauh nun jaraknya.

Sekarang, tolong aNNa pilih 'social approval' yang mana nak guna untuk kembali ambil hati pelajar 1A…(^_^)V~~

*Itu menarik sekali.
*Wow! Hebat sekali.
*Ini hebat betul.
*Saya suka cara anda menjawab soalan.
*Jawapan anda merangsangkan fikiran.
*Teruskan kerja baik begini.
*Ada peningkatan.
*Saya seronok semua murid bekerja keras.
*Good job!
*Kerja yang kemas.
*Kamu betul-betul menunjukkan bakat kamu.
*Kamu telah mencuba dengan baik.
*Boleh cuba lagi.
*Jawapan ini masih boleh diperbaiki, cuba lagi.
*Menakjubkan!
*Cantik sekali!
*Saya bangga dengan kemajuan anda.
*Excellent work!
*Bagus! Sila tunjukkan kepada kelas.
*Fakta yang menarik.
*Sila kongsi dengan rakan.
*Bijak sekali!
*Dengan gaya ini anda boleh menjadi juara.
*Ini kerja taraf A!
*Sangat kreatif!
*Sangat menarik!
*Betul sekali!
*Saya tahu and melakukannya dengan baik.
*Terima kasih kerana berkelakuan baik.

Baiklah. Gunakan semua sekali. =)


Miss Geography, gelaran buat aNNa masa Tingkatan 1 kerana aNNa sangat sangat tak minat + tak suka + tak berkenan subjek Geografi. Amik engkau aNNa, kena tulah cikgu Geo. Sekarang, tiap-tiap hari kena bergelumang dengan subjek Geog..

Rasakan...hahaha~~

1 comment: