Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Thursday, September 3, 2009

sahabat aNNa mendamba kekuatan


Kasihan sahabatku ini..

Puas sudah dia mengumpul segenap ketabahan. Ujian datang menghujan. Saban hari, air mata jadi teman. Ke hadrat-Nya dia mengadu, dia merintih. Dia sudah sangat lemah. Mungkin juga pertama kali dia menjalinkan hubungan yg sebegini rapat dengan insan bernama lelaki dan kemudian terpaksa melepaskannya pergi dalam keadaan lelaki itu sudah sebati dalam hatinya.

Hubungan mereka berdua memang sangat mesra, sudah mencipta banyak kenangan indah walaupun belum cukup setahun berkawan. Sehingga akhirnya, sahabatku mula tertanya-tanya, siapa dia di hati lelaki itu. Dan April lalu, sahabatku memberanikan diri bertanyakan hal ini. Ujian untuknya..jawapan yg diterima sangat mengecewakan.

Julai..benar-benar mencari kepastian. Sahabatku bertanya lagi, 'Sebenarnya, pernahkah awak terfikir untuk menjadikan saya isteri?' Lelaki itu diam..Sahabatku bertanya lagi, 'Sekilas pun tak terfikir?' Dan lelaki itu menjawab, 'Ada..' Sahabatku rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya boleh mengubat rasa kecewa walaupun perkara itu hanya difikirkan untuk sekilas cuma. Lelaki itu menyambung lagi, 'Tapi awak, hanya terlintas sahaja, tak boleh menjanjikan apa-apa'. Sahabatku terdiam, tidak terluah rasa sedih dan kecewa. Kasihannya sahabatku...Berkawan sudah lebih daripada kawan biasa tapi tiada niat untuk dijadikan isteri. Mungkin bagi sahabatku, dia merasakan dirinya dilayan lebih daripada seorang kawan biasa. Dan mungkin bagi lelaki itu, semuanya perkara biasa sahaja, mungkin begini caranya dia berkawan dengan kawan perempuannya. Terlalu banyak kemungkinan. Sekarang, sahabatku mahu kembali ke landasan yang sebenarnya, dia mahu kembali ke jalan yang betul. Tapi, dia merasa masih lemah, ingatannya pada lelaki itu masih kuat. Terkadang dia sedih apabila memikirkan tentang anak-anak yang bakal dilahirkan. Bagaimana dia mahu melahirkan anak-anak yang baik, soleh dan solehah sedangkan banyak perkara salah yang sudah dibuat sepanjang tempoh perkenalan itu.

Benarlah kata seorang penyair Arab:
Bahana Cinta...
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong...

Cinta tidak lahir dalam hatinya,
Hanya lahir dalam hati sahabatku,
Apa hikmahnya hanya Allah saja yang tahu,
Jalannya hanya satu...
Tinggalkan cinta itu,
Lelaki itu tentu tidak tahu sahabatku ini sedang bersusah payah menahan rasa kecewa,
Betapa sukarnya untuk sahabatku menerima kenyataan ini,
Perasaan yang ada dalam hati sahabatku tiada nilai baginya...
Dengan mudah minta dilupakan,
Kasihan sahabatku..semoga dia terus kuat,
Sahabatku benar-benar mendamba kekuatan...

Sekian...ceritera ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan dengan yang hidup atau sudah tiada. Moga jadi pengajaran..

2 comments: