Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Monday, February 4, 2013

Kehebatan Para Ulama dan Auliyaa'

Sumber: Facebook Ibnu Ainie



Kehebatan para 'ulama dan auliyaa' dahulu (baik dalam bidang 'ilmu, mujahadah, ibadah dsb) sepertimana diceritakan al Habib al Quthub 'Ali bin Muhammad bin Husein al Habsyi:

1) al Habib Ahmad bin Zain al Habsyi setiap kali sebelum belajar dengan gurunya, akan mengulangkaji pelajaran sebanyak 25 kali.

2) al Imam Fakhr ar Razi (Tafsir al Kabir) mengulang pelajarannya sebanyak 1000 kali.

3) al Habib Husein bin Muhammad al Habsyi (abang kepada al Habib 'Ali) dan al Habib 'Alawi as Saggaf mempelajari 12 kitab syarah bagi al Minhaj (al Imam Nawawi) dan menghafal semuanya.

4) al Imam 'Abdul Malik bin 'Abdullah al Juwaini al Haramain (guru kepada al Imam al Ghazali) menghafal ucapan guru beliau al Imam al Qadhi Abu Bakar Muhammad al Baqillani al Maliki yang tertulis dalam 12 000 lembar kertas mengenai 'Ilmu Ushul.

5) al Imam Muhammad bin Jarir ath Thobari (Tafsir ath Thobari) mampu menghafal buku sebanyak yang dibawa oleh 80 ekor unta, salah satunya adalah 700 jilid buku dalam ilmu tafsir.

6) al Imam al Hafidz Ibnu Syahin menulis 300 judul buku, antaranya adalah 1000 jilid kitab tafsir al Quran dan 1600 jilid kitab al Musnad, di akhir hayatnya, ketika jumlah tinta yang beliau gunakan untuk menulis ditimbang, menjangkau 1800 liter dakwat.

7) al Imam Sufyan bin 'Uyainah menghafal al Quran dan mendebatkan makna-maknanya di depan para 'ulama dan khalifah ketika beliau masih berusia 4 tahun.

8) al Imam Laits bin Sa'ad menghafal kitab sebanyak satu kapal penuh dan beliau merupakan seorang saudagar yang penghasilannya setiap hari 1000 dinar. Namun beliau tidak pernah dikenakan kewajiban berzakat kerana setiap harinya 1000 dinar juga yang keluar untuk disedekahkan kepada fakir miskin sehingga dicemburui Khalifah yang tidak mampu memberi sebanyak itu setiap hari.

9) Ibnu al Haj menulis nadhom (syair) tentang ilmu Manthiq pada umur 6 tahun manakala al Akhdhari menulis syair as Sullam (dalam ilmu Manthiq) dalam usia 21 tahun.

10) al Habib 'Alawy bin Sahl terpaksa menulis satu lembar dari kitab al Irsyad pada pisaunya kerana ketiadaan kertas.

11) al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Yamani habis menelaah 600 kitab tafsir.

12) al Imam 'Ali Zainal 'Abidin as Sajjad (anak al Imam Husein) setiap hari solat sunnah sebanyak 1000 rakaat.

13) al Quthub al Imam 'Abdurrahman as Saggaf bin Muhammad Mawlad Dawilah setiap hari khatam 7 kali al Quran pada siangnya dan 7 kali pada malamnya (semasa muda) manakala apabila telah lanjut usia, sebanyak 4 kali siang dan 4 kali malam.

14) al Imam 'Umar al Muhdhor bin 'Abdurrahman as Saggaf dalam satu tarikan nafas, membaca 1000 kali kalimah Ya Lathiif.

15) al Imam Muhammad bin Ahmad Jamalullail penutup wiridnya setiap hari sebelum fajar, adalah dua rakaat solat sunnah yang di dalamnya beliau mengkhatamkan al Quran.

16) Sejak kanak-kanak, al Imam Quthub Da'wah wal Irsyad al Habib 'Abdullah bin 'Alawi al Haddad setiap pagi solat sunnah 100 rakaat.

17) al Habib Hasan bin Sholeh al Bahr al Jufri mengkhatamkan al Quran pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua membaca 90 000 kali surah al Ikhlaas.
dan banyak lagi..... 

P/S Ibnu Ainie: Umur mereka diberkahi dan yang memberi mereka kekuatan ialah Yang Maha Kuasa. Itulah yang dikatakan karomah, yang merupakan perkara yang harus terjadi bagi mereka yang bukan para Anbiyaa, seperti yang terjadi pada Ashhabul Kahfi, Siti Maryam (al Imran ayat 37), Sayyidah Fathimah al Baatul dan para Sahabat r.anhum ajma'in. Mudah-mudahan kita dapat suntikan motivasi dari kisah para salafussholeh (yang tulen), dan dapat mencontohi sedikit dari lautan amalan mereka. Di dalam al Quran banyak kisah-kisah para Nabi sebelum baginda Rasulullah s.a.w yang diceritakan untuk meneguhkan hati baginda s.a.w. Inikan kita, yang banyak berdosa.... Mudah-mudahan dengan cerita sebegini, meniupkan semangat dan menjadi tentera-tentera ruhani kita untuk lebih taat akan ALLAH dan RasulNya. Moga mendapat barokahnya para awliya' dan 'ulama yang di atas ALLAHUMMA AMIIN..... :'-(


aNNa: Speechless!!

No comments:

Post a Comment