Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Monday, April 30, 2012

aNNa yang hilang


Salam..

Uhaaaa….
Lamanya…sangatnya…sayanya…taknya..membebelnya..di sininya..hehenya..

Kehadapan kawan-kawan yang pernah singgah di atieanna, adakah kalian dah remove link atieanna daripada kolum feberet blog korang? (tanpa segan angkat bakul sendiri) Alaaa…aNNa dah kena remove ye..huk huks. <--- sungguh sebak sekali!

Ok, mode serius. Sebelum itu, semua pembaca, sila simpan senyum anda dalam pocet sekarang untuk kesan yang lebih mendalam. Actually, atieaNNa tak dikuburkan malah aNNa sudah tentunya sayang dengan beberapa karya hasil tangan aNNa sendiri. Sayang dengan semua kisah yang telah diexposekan kepada dunia; kisah anak buah, kisah balik kampung, cerita-cerita pengalaman aNNa sebagai guru, kisah anak murid aNNa, kisah kawan-kawan aNNa dan semuanya. Walaupun cara penyampaian aNNa memang ikut-sedap-hati-main-redah-tak-tentu-hala-juga-membebel-pot-pet-pot-pet-tanpa-noktah, tapi itulah atieaNNa.

atieaNNa memang tidak diexpose kepada semua orang. Hanya kenalan rapat aje yang tahu dan ada kalanya aNNa privatekan dan hanya view kepada tidak lebih 10 orang kawan-kawan aNNa. Tapi, dalam kebanyakan masa aNNa closed kat aNNa sorang je. Aku tulih, aku sendiri yang baca..heheh! Semuanya bergantung kepada keadaan.

Apa pun, atieaNNa mungkin akan terus hidup cuma ala-ala biskut chipsmore, sekejap ada  sekejap tak ada. Sebab utama ia akan kekal hidup selagi nyawa aNNa dikandung badan, sebab atieaNNa adalah medium tepek menepek yang terbaik buat masa ini. aNNa memang suka tepek (paste) link2 yang ada karya-karya yang aNNa rasakan baik untuk diri aNNa. aNNa ada jugak tepek kat inbox facebook tapi kalau tepek kat blog lagi Nampak jelas terang dan nyata.

aNNa memang takde motif tertentu wujudkan atieaNNa. aNNa rasa lebih kepada catatan tentang kehidupan. Daripada aNNa terjebak dengan perkara-perkara lain yang lebih negatif, rasanya lagi baik aNNa duduk kat rumah dan menulis blog.

Cerita Panas: aNNa memang ada touching dengan seorang kawan. Dia kata takde keperluan nak berblog bagai. Buang masa! Ouch..terdera jiwa mak mendengarnya. Mak dah laa berjiwa sastera walaupun tersilap masuk jalan sains. Tapi, bila difikirkan balik, daripada aku keluar dating, tidur manjang, main daun terup, chating tak tentu hala…baikler aku siok sendiri menulis dan buat catatan kehidupan. Kurang2 aku boleh belek2 balik, apa yg aku buat dalam hidup, siap boleh buat refleksi kendiri lagi. Erkss…apsal ‘aNNa’ dah bertukar ‘aku’ nih? Haha…itulah aNNa~ Aku memang ada keyakinan boleh jadi kedua-duanya; lembut dan kasar.  

Janji Manis aNNa: Nantikan cerita-cerita indah aNNa semasa tour Europe 2011 dalam entry akan datang. 

Sayang Semuanya..Senyum Sampai Pengsan~ 

No comments:

Post a Comment