Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Saturday, December 15, 2012

manis 1.2.34



 
...:: Pressure Make A Diamond ::...

Wow..wow..wow..
Boleh tak nak hari ni nak impressed dengan kenyataan Pressure Make A Diamond tu?
Mueheeee…sebenarnya dari semalam lagi impressed keterlaluan.

Semuanya gara-gara presentation aNNa. Untuk pengetahuan Encik Imam dan Cik Iman sekalian alam, presentation menjadi task yang mencabar bagi kami di sini, kumpulan bakal-bakal cikgu. Yaa..kami memang dah biasa mengajar tapi keadaan berbeza di mana kami akan dikritik oleh pensyarah dan kawan-kawan jugak. Kritikan positif, kritikan negatif, kritikan mengombangkan lobam idun, kritikan pedas memanaskan hati...semuanya kena terima dengan hati terbuka. Paling penting, masuk markah final exam oo..

Apa yang dah berlaku pada 1.2.34 ni?  Hee..mungkin kecil bagi orang lain tapi besar makna untuk aNNa. Hanya aNNa aNNa aNNa~~~ (^_^)

My very dear last presentation task bagi aNNa terasa agak sukar… (T_T) Sebab sukar dan sulit serta rasa susah nak buat, diriku telah delay dan terus delay kerja sampai masa dah tinggal hanya SEMINGGU nak siapkan task tu. aNNa dah timing chantek untuk task tu. Berkobar-kobar nak buat the best one edisi terhad khas untuk presentation aNNa yang terakhir ni. Tapi, kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Khamis: Lecturer kesayangan aNNa bagi kenyataan menghentak jiwa raga. “Saya nak semua kelima-lima group present esok, Jumaat.”

Persediaan SEMINGGU dah jadi SETENGAH HARI!!? Dung… Dang… Deng…. Rasa hati macam kene penyet penyet. Peluh dingin merecik. Yee..tipu. Tak merecik pun. Waaaa...menyesalnya tak buat awal-awal.

Habes kelas, jumpa lecturer. Dumm Dumm Damm lagi sekali. Dia terangkan apa yang dia nak dan aNNa faham tapi eden tak gheti nak buwek camanoo. Ehh..lupa nak citer kat uolss. Ni subjek Pentaksiran Pendidikan. Kalau subjek Psikologi ke, boleh lagi aNNa nak goreng-goreng isi…masih lagi boleh berfikir ikut logik akal. Ini masuk bab statistik. Ada rumus. Kalau nak goreng, maunya diriku yang tergoreng!!

Petangnya ada kelas laa pulak. Semakin memendekkan masa aNNa untuk study dan buat slide! Hahaa..slide pun tak buat lagi uols. Menggelabah tahap mega. Habes je kelas, cepat-cepat balik hostel. Selalunya aNNa tak membaca bila petang. Amikaw..dah terpaksa, ku gagahkan juga.  Pressure. Pressure. Pressure cooker. Sampai pukul 11pm, baru aNNa dapat sedikit pencerahan. Diulang…SEDIKIT pencerahan. Maksudnya, tak faham semua lagilah tu. Tak boleh tunggu lagi. Hadap laptop, terus buat slides. Pukul 3 pagi baru siap. Kepala dah ting ting tong tang tang.

Jumaat. aNNa group yang terakhir daripada 5. Ya Allah…berdebar sangat. Korang tau tak, aNNa kena faham semua bahan daripada kumpulan sebelum aNNa, baru aNNa boleh buat part aNNa. Masa dalam kelas tu laaa, aNNa cuba fahamkan dan kaitkan dengan part aNNa.

Sampai turn aNNa. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Terus dibaca dalam hati. Mohon audience terpukau dengan kata-kata aku. Ya Allah..tolong aku.

Dalam fikiran terus pujuk diri untuk tenang. Tu perkara pertama wajib buat bila nak 'bersyarah'. Kalau berjaya tenangkan diri, InsyaAllah semua akan oK. Kalau tak berjaya, memang sengsara laa nak habeskan semua slide tu haa..kih kih~ Alhamdulillah...kejap je hilang nervous.

Pot pet pot pet…bla..bla..bla…habes!

Duduk dan terkesima. Macam tak percaya. Eh, dah habes?

Komen aNNa: Bagus…bukan bagus dapat deliver ilmu dengan hebatnya. Tapi bagus sebab takde orang perasan ko baru study part ko malam tadi…miahahahaaa!! Yang pasti, aNNa tetiba yakin je walaupun tak pasti sangat betul ke tak apa yang aNNa cakap tu.

Part yang aNNa faham, memang gah laa kan aNNa terangkan. Bab yang tak faham tu, tergagap-gagap blur blurr..hihihih~ aNNa tahu kawan-kawan pun blank. Maafkan aNNa. Lepas ni tak buat lagi. Lepas ni? Tapi, lepas ni dah tak ada presentation lagi..hua hua~ Ini task presentation aNNa yang terakhir untuk semester akhir di UTM. Lepas ni aNNa pergi praktikal...lalalaaa~

Akhirnya... 1.2.34 (1 Safar 1434 Hijrah) aNNa telah menamatkan semua task presentation aNNa. Alhamdulillah. Walaupun tak perfect, aNNa tetap lega dan happy.

Balik hostel, on fb. Ada member bagi komen yang semakin memujuk hati. 
Cik Puan 1: Dengar 5 group presentation, rasa nak pengsan. Nasib baik Wan Azizan and the geng buat rumusan best. Tak jadi pengsan masa tu.
Cik Puan 2: Best group korang. Nasib mata jadi segar balik..syabas!

Pengajaran aNNa dapat hari ini:

  • Jangan buat kerja last minute!
  • Walau susah mana, jangan cepat putus asa
  • Terkadang, keyakinan mengatasi kefahaman..haha~
  • Yakin dengan Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. aNNa tahu sorang kawan aNNa memang amal jugak zikir ni. Just nak share dengan uols. Last week, lecturer bagi komen pada dia apa taw. "Awak biasa-biasa saja tapi awak ada aura yang buatkan semua orang nak dengar apa yang awak cakap.." Memang pun. Masa tu semua orang dah start nak bising-bising, otak dah tepu. Tapi, bila masuk turn dia, kelas senyap dan tumpu perhatian pada dia. Subhanallah.
  • Pressure make a diamond. Hmm, bila dah terdesak, boleh pulak ko tidoo pukul 3 pagi kan? Bila dah terdesak boleh pulak siapkan kerja tu kan?

Pengajaran simbolik: Kena terdesak cari bakal suami, baru jumpa suami. Bah haa haa!!

Encik Iman dan Cik Iman, cuba baca ayat di bawah ni. Best. Renung-renungkan...

"If we cannot wake up for Tahajjud to ask Allah for something we really want, then we do not really want it" ~ Syeikh Sajid Ahmed Umar


Tahukah anda? aNNa bawa kamera kununnya nak rakam last presentation aNNa ni. Mungkin kerana nervous sangat, sampai lupa hal tu. Credits to kak Zura. Satu-satunya gambar yang ada. Sweets 1.2.34.. :)


Wednesday, December 12, 2012

Saturday, November 24, 2012

Kecemerlangan Remaja Gaza



Kecemerlangan Remaja Gaza....

Sarah Binti Ibrahim berumur 12 tahun dan merupakan anak orang kebanyakan di Gaza.

Beliau berjalan kaki ke sekolah pada jam 7.30 pagi sebagaimana rakan-rakannya yang lain dan pulang semula ke rumah pada jam 12.30 tengahari. Sarah kemudiannya mempelajari al Qur'an bersama rakan sebayanya di Pusat Tahfiz di Darul Balaah pada sebelah petang selama 2 jam.


Masa yang terluang akan digunakan untuk membantu ayah dan ibunya, bergaul ringkas dengan jiran dan rakan sebaya selain daripada mengulangkaji pelajaran serta menghafaz al Qur'an di sebelah malam.

Ketika sebahagian ibu bapa di Malaysia bergembira merayakan kejayaan anak-anak mereka mendapat 5A, ibu bapa Sarah terus bersyukur kerana anak remajanya telah pun menghafaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umurnya 12 tahun dan kini sedang mempelajari beberapa 'qiraat al Qur'an'.

Ibu bapanya gigih mendidik Sarah agar membesar menjadi Sri Kandi kepada para wanita di wilayah Gaza ini.




Mereka generasi yang berbeza....

Remaja dan anak muda di Gaza umumnya amat mementingkan kecemerlangan akademik dan pembentukan syahsiah.

Mereka akan bersungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik bagi merebut peluang di institusi pendid

ikan yang terbaik. Dalam masa yang sama, mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan beramal dengan apa yang mereka yakini.

Saya sempat melawat Fakulti Perubatan, Islamic University of Gaza (IUG) pada bulan April 2012. Ini adalah di antara pusat pengajian yang menjadi rebutan di kalangan ribuan anak muda. Kriteria kemasukannya sangat ketat disebabkan pengambilan hanya seramai 50 orang mahasiswa/i perubatan setiap tahun.

Bukan sahaja mereka memiliki A dalam semua subjek mata pelajaran, bahkan mereka kuat berdampingan dengan al Quran. Daripada kira-kira 100 mahasiswa/i yang ditemui, 34 orang daripada mereka menghafaz 30 juzuk al Qur'an.

Mereka cemerlang dalam bidang akademik, syahsiah dan juga mencintai perjuangan kebenaran.

Semoga Allah memberkati anda semua dan memberikan 'hadiah' kepada kami agar memiliki generasi muda sehebat kalian.


Sumber: Dr Zainur Rasyid Zainuddin


Fakta Asas Masjid Al-Aqsa

.
Fakta asas Masjid al Aqsa...

Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, masjid yang ke 2 dibangunkan di muka bumi dan merupakan masjid yang ke 3 mulia di sisi Allah swt.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama 

agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra' atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) . Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.

Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan 
Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.

Sumber: Dr Zainur Rasyid Zainuddin

Thursday, November 22, 2012

Amalan Asyura

Sumber: Syed Abdul Kadir Aljoofre


Soalan:

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.
1. Bilakah 'Asyura'?
  • Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.
  • Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
  • Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
  • Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
  • Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
  • Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
  • Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
  • Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
  • Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* Ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
  • Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.
  • Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
  • Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.
  • Termasuk bulan-bulan haram.
  • Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
  • Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
  • Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?
Ada.

*Do'a dibaca pada hari 'Asyura'
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”
Wallahu A’lam
*********************************************************************************************************************************
aNNa: Paste buat ingatan hari ini dan masa hadapan. 

si dia datang lagi

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

1.30 am.. Badan sudah terasa letih tapi tak nak tidur lagi. Nak express-kan perasaan riang dengan segera kerana ombak perasaan riang sedang berada pada paras yang maxima. Jumpa dia..hati aNNa happy. ‘Kenyang’ dengan makanan rohani. Yee..si dia datang lagi, Fatimah Syarha kesukaan aNNa.

As usual..kalau Fatimah Syarha (FS) datang UTM, aNNa akan sms dia. Mesej ringkas sekadar mengalu-alukan kedatangan dia ke sini. Jauh FS datang untuk memenuhi permintaan kami di sini. Alhamdulillah.. Dan seperti biasa jugalah dia akan reply.. "Welcome my dear". 3 patah je tapi aNNa punya happy macam menang loteri. Ermm…bila masa ntah penah menang loteri??



DI MANA CINTA KITA? Tajuknya hebat. Sehebat pengisian yang diberikan. Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas. Rasa sangat sekejap bersama dia tapi tetap sarat dengan pengisian ilmu dan menambah faham. Alhamdulillah..

Allah Maha Mengetahui. Pencarian dan usaha aNNa (yang tak seberapa..) seperti sedang dibantu Allah. Kenapa? Dalam majlis, aNNa bertemu adik junior yang baru aNNa kenal. Kami janji nak jumpa lepas cuti mid sem tapi tak kesampaian. Tadi, terserempak dengan dia dalam lautan muslimah yang ramai kat dewan tu. Katanya, hp dia baru aje masuk longkang! Patutlaa dia diam aje. Insya’Allah, esok kami nak dating atas urusun tamakkan ilmu. 

Allah bantu lagi apabila perkongsian ilmu malam ni menjawab 2 soalan penting yang aNNa sangat perlukan jawapan tapi malu nak tanya. Allah Maha Mengetahui. Takyah aNNa nak tanya, FS macam tau tau. FS telah berikan hujah yang meyakinkan bikin hati aNNa senyum kambin. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Terima kasih Allah.  


senyum kambin??

Penutup majlis: Dengar nasyid UTM. Sedap uols. Merdu angat. Khasnya penyanyi no 3. Patut masuk recording retis. Memang layak! Nak signnnnn~~~   

Finally, tamat riwayat 21 hari bulan 11, 2012.

Dah. Tutup laptop. Tidur.

Semoga 22 hari bulan 11, 2012 menjadi lebih baik dan gemilang buat diri aNNa. Ameen. 22.11.2012 Yumm...cantik lak tarikh tu. Kan?

Mohon doakan 'liat' hatiku semakin 'melembut' dalam pencarianMu.

Monday, November 19, 2012

FATIMAH SYARHA: Fitrah Wanita Berhias

Sumber: Facebook Fatimah Syarha

Malam ini saya berforum bersama Munna Izzah Fadzil Nor di Masjid UiTM Shah Alam. Aku Fashionista. Antara topik best yang bakal saya kongsikan ialah hadis-hadis sahih berkaitan dengan fitrah wanita berhias secara wajar dan sederhana.

Antaranya ialah hadis yang membuka minda ini tentang keluasan syariat.

Rasulullah SAW bersabda:
“Seandainya Usamah itu wanita, nescaya aku kenakan pakaian dan perhia
san kepadanya, sehingga ramai peminangnya.” (HR Ahmad, Shahih al-Jami’us Shagir, no. 5155).

“Jika ia janda, maka ia juga berhias untuk para peminangnya. Mudah-mudahan Allah merahmati Suba’iah al-Aslamiyyah. Dia ditinggal mati oleh suaminya sedangkan ia dalam kedaan hamil. Maka tidak lama kemudian, dia melahirkan kandungannya setelah suaminya meninggal. Maka setelah ia suci dari nifas dari nifasnya, dia berhias untuk para peminangnya.” (HR Bukhari dan Muslim).

“Jika dia bersuami, maka dia berhias untuk suaminya dengan perhiasan lahir, ditambah perhiasan batin. Dan benarlah Rasulullah SAW ketika baginda bersabda tentang sifat wanita baik, “Iaitu wanita yang menyenangkan suaminya jika ia melihat kepadanya..” (HR An-Nasai). Sahih Sunan Nasai.

Ada banyak lagi hadis-hadis yang akan saya kongsikan malam ni.

Siapa kata Islam anti wanita berhias? Islam bukan anti fesyen, Islam cuma anti dedah aurat dalam berfesyen. Inilah tabarruj yang diharamkan. Apa-apa hiasan yang wajar pada pandangan adat adalah termasuk dalam keluasan syaruat ini. termasuklah kerongsang, baju warna-warni dan sebagainya.

*********************************************************************************************************************************

Ya Allah..dekatkanlah aku dengan insan-insan yang ingin mendekatiMu.


.....:: Fatimah Syarha Mohd Noordin ::......