Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Saturday, November 24, 2012

Kecemerlangan Remaja Gaza



Kecemerlangan Remaja Gaza....

Sarah Binti Ibrahim berumur 12 tahun dan merupakan anak orang kebanyakan di Gaza.

Beliau berjalan kaki ke sekolah pada jam 7.30 pagi sebagaimana rakan-rakannya yang lain dan pulang semula ke rumah pada jam 12.30 tengahari. Sarah kemudiannya mempelajari al Qur'an bersama rakan sebayanya di Pusat Tahfiz di Darul Balaah pada sebelah petang selama 2 jam.


Masa yang terluang akan digunakan untuk membantu ayah dan ibunya, bergaul ringkas dengan jiran dan rakan sebaya selain daripada mengulangkaji pelajaran serta menghafaz al Qur'an di sebelah malam.

Ketika sebahagian ibu bapa di Malaysia bergembira merayakan kejayaan anak-anak mereka mendapat 5A, ibu bapa Sarah terus bersyukur kerana anak remajanya telah pun menghafaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umurnya 12 tahun dan kini sedang mempelajari beberapa 'qiraat al Qur'an'.

Ibu bapanya gigih mendidik Sarah agar membesar menjadi Sri Kandi kepada para wanita di wilayah Gaza ini.




Mereka generasi yang berbeza....

Remaja dan anak muda di Gaza umumnya amat mementingkan kecemerlangan akademik dan pembentukan syahsiah.

Mereka akan bersungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik bagi merebut peluang di institusi pendid

ikan yang terbaik. Dalam masa yang sama, mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan beramal dengan apa yang mereka yakini.

Saya sempat melawat Fakulti Perubatan, Islamic University of Gaza (IUG) pada bulan April 2012. Ini adalah di antara pusat pengajian yang menjadi rebutan di kalangan ribuan anak muda. Kriteria kemasukannya sangat ketat disebabkan pengambilan hanya seramai 50 orang mahasiswa/i perubatan setiap tahun.

Bukan sahaja mereka memiliki A dalam semua subjek mata pelajaran, bahkan mereka kuat berdampingan dengan al Quran. Daripada kira-kira 100 mahasiswa/i yang ditemui, 34 orang daripada mereka menghafaz 30 juzuk al Qur'an.

Mereka cemerlang dalam bidang akademik, syahsiah dan juga mencintai perjuangan kebenaran.

Semoga Allah memberkati anda semua dan memberikan 'hadiah' kepada kami agar memiliki generasi muda sehebat kalian.


Sumber: Dr Zainur Rasyid Zainuddin


No comments:

Post a Comment