Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Saturday, May 5, 2012

Atas Nama Cinta

Assalamualaikum... :)

Pagi Saturday yang indah meriah gemilang lagi meriangkan, aNNa ambil masa siket dengar tazkirah Fatimah Syarha kegemaran. Al-maklum, manusia aNNa ni mudah lupa mudah alpa.

Kak Fatimah expose lagu ni dalam slot tazkirah die.
Sounds Good!! Terus tergolep dopss jatoO chentaa dengan lagu ni. 

...:: ATAS NAMA CINTA ::...
By: UNIC


Atas Nama Cinta..

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


Ohsem kan? Apaaaa? Tak? 

Hmm...tak sejiwang dengan aNNa betul laa korang nih..sobss! 

Kita Yang Memilih

Hidup adalah anugerah dari Ilahi. Biar apa pun jua rintangan yang menghalang, hidup harus juga diteruskan.

Kita boleh saja memilih untuk mengalah, kerana itu yang paling mudah. Siapa pun bisa lakukannya! Kita juga boleh saja memilih untuk mengasingkan diri, menangis dan meratapi nasib diri. 'Untung' nasib boleh jadi gila, 'selesai' semua masalah!

Tapi kerana kita hidup berTuhan. Syukurlah. Allah sentiasa ada bersama. Bila kita sakit, Dia menyembuhkan. Bila kita lapar, Dia memberi kita makan. KataNya, bersama kesulitan ada kemudahan. Lalu kita percaya dan yakin. Maka, semua beban menjadi ringan. Dan langkah kaki terus kita atur. Mara ke hadapan. Mencari sebuah destinasi.

Ubat walaupun pahit, kita telan jua kerana ia adalah penawar menyembuhkan penyakit. 

Bukan mudah untuk mudah. Tidak payah untuk payah. Namun, buatlah pilihan dengan penuh berhikmah. Tepuk dada tanya iman. Dipandu akal yang waras tanpa mengabaikan naluri dan keinginan seorang insani.

Aku tak yakin bahagia akan menjemputku dalam kehidupan ini, tapi aku tetap juga akan teruskan langkahku. Kerana aku percaya, pengakhiran hidupku bukanlah mati. Tapi syurga atau neraka.


Akanku katakan pada mataku, jangan menangis. Akanku bisikkan pada hatiku, jangan bersedih. Akanku pujuk akalku, Allah sayang padaku.

Perkongsian Ilmu: semut-semut kecil

*********************************************************************************************************************************


Tersentuh hati aNNa membacanya. Lalu terus ku tepek dalam atieaNNa. Biar hati bisa gegar. Biar ada peringatan untuk diri ini walau sekadar sekelip mata. Kerana diri ini masih mencari dan memahami lenggok tari dunia yang fana ini. Eceh...aNNa kalau bab puitis jiwang karatzz sedozen, memang No 1 laa kan. Kau ade?  

Monday, April 30, 2012

aNNa yang hilang


Salam..

Uhaaaa….
Lamanya…sangatnya…sayanya…taknya..membebelnya..di sininya..hehenya..

Kehadapan kawan-kawan yang pernah singgah di atieanna, adakah kalian dah remove link atieanna daripada kolum feberet blog korang? (tanpa segan angkat bakul sendiri) Alaaa…aNNa dah kena remove ye..huk huks. <--- sungguh sebak sekali!

Ok, mode serius. Sebelum itu, semua pembaca, sila simpan senyum anda dalam pocet sekarang untuk kesan yang lebih mendalam. Actually, atieaNNa tak dikuburkan malah aNNa sudah tentunya sayang dengan beberapa karya hasil tangan aNNa sendiri. Sayang dengan semua kisah yang telah diexposekan kepada dunia; kisah anak buah, kisah balik kampung, cerita-cerita pengalaman aNNa sebagai guru, kisah anak murid aNNa, kisah kawan-kawan aNNa dan semuanya. Walaupun cara penyampaian aNNa memang ikut-sedap-hati-main-redah-tak-tentu-hala-juga-membebel-pot-pet-pot-pet-tanpa-noktah, tapi itulah atieaNNa.

atieaNNa memang tidak diexpose kepada semua orang. Hanya kenalan rapat aje yang tahu dan ada kalanya aNNa privatekan dan hanya view kepada tidak lebih 10 orang kawan-kawan aNNa. Tapi, dalam kebanyakan masa aNNa closed kat aNNa sorang je. Aku tulih, aku sendiri yang baca..heheh! Semuanya bergantung kepada keadaan.

Apa pun, atieaNNa mungkin akan terus hidup cuma ala-ala biskut chipsmore, sekejap ada  sekejap tak ada. Sebab utama ia akan kekal hidup selagi nyawa aNNa dikandung badan, sebab atieaNNa adalah medium tepek menepek yang terbaik buat masa ini. aNNa memang suka tepek (paste) link2 yang ada karya-karya yang aNNa rasakan baik untuk diri aNNa. aNNa ada jugak tepek kat inbox facebook tapi kalau tepek kat blog lagi Nampak jelas terang dan nyata.

aNNa memang takde motif tertentu wujudkan atieaNNa. aNNa rasa lebih kepada catatan tentang kehidupan. Daripada aNNa terjebak dengan perkara-perkara lain yang lebih negatif, rasanya lagi baik aNNa duduk kat rumah dan menulis blog.

Cerita Panas: aNNa memang ada touching dengan seorang kawan. Dia kata takde keperluan nak berblog bagai. Buang masa! Ouch..terdera jiwa mak mendengarnya. Mak dah laa berjiwa sastera walaupun tersilap masuk jalan sains. Tapi, bila difikirkan balik, daripada aku keluar dating, tidur manjang, main daun terup, chating tak tentu hala…baikler aku siok sendiri menulis dan buat catatan kehidupan. Kurang2 aku boleh belek2 balik, apa yg aku buat dalam hidup, siap boleh buat refleksi kendiri lagi. Erkss…apsal ‘aNNa’ dah bertukar ‘aku’ nih? Haha…itulah aNNa~ Aku memang ada keyakinan boleh jadi kedua-duanya; lembut dan kasar.  

Janji Manis aNNa: Nantikan cerita-cerita indah aNNa semasa tour Europe 2011 dalam entry akan datang. 

Sayang Semuanya..Senyum Sampai Pengsan~ 

Saturday, March 17, 2012

Kelebihan Ayat 128 & 129 Surah At Taubah

.

Kelebihan ayat 128 & 129 Surah At Taubah:



Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

aNNa: 
SIC!! :)

Sunday, February 5, 2012

Ada Satu Kisah Tentang Seseorang

Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】

Alhamdulillah. ='D

Sunday, August 21, 2011

MUTIARA KATA: Saya Solat 5 Waktu

Saya solat lima waktu tapi....
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja,
Dan pada masa lainnya saya lupa padaNya,
Jika Solat saya 10 minit,maka cuma 10 minit itu saja ingat padaNya,
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain drpdNya,
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...

Saya solat lima waktu tapi...
Saya tidak bersyukur padaNya,
Padahal dulunya saya amat susah,

Allah yang memberi rezeki pada saya,
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah,
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga,
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya,
Tapi.. hati saya masih belum puas,
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan…

Saya solat lima waktu tapi…
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman-teman,
Saya sering menyakiti hati mereka,
Saya sering menghina mereka,
Saya sering membohongi mereka dengan kata2 dusta,
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik,
Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti…

Saya solat lima waktu tapi....

Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki,
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat,
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan,
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai,
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT…
Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya.
Padahal saya sendiri belum tahu,
Redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi... .
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku,
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka,

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerana saya takut hartaku habis dan jatuh miskin…

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikkan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya,
Padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh,
Tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
Kerana saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati...

Saya solat lima waktu tapi... .
Masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
Walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
Kerana perbuatan dan sikap saya sendiri

Seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?
Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari cari yang tidak sehaluan dengan saya dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
Padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)....

Pokok pangkalnya semuanya berpunca dari hati,
Hati yang cintakan sesama Islam, sesama saudara seagama, kaum keluarga, hati yang ingin mengubah diri, hati yang mencintai kebaikan.
Tetapi mampukan kita istiqamah kerana terlalu besar peperangan dengan syaitan ini.
Sama ada kita mampu melaluinya atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dilalui dan dijalani.

Allahu Allah..(T_T)

Sunday, August 14, 2011

KANCAH III: Bahana Cinta Dusta

.



MENELAN 40 BIJI PANADOL KERANA CINTA SEORANG LELAKI..


Ke mana hilang kewarasanmu duhai sahabatku.. Mia termenung sendirian di balkoni rumahnya. Fikiran melayang memikirkan keadaan sahabat kesayangannya ini. Hampir buntu dibuatnya. Hana...semoga dirimu diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini. Mungkin sudah tidak tertanggung olehmu maka jalan ini yang kau pilih. Sungguh...aku hampa. Aku kecewa..

Damia semakin mempercayai cinta seorang lelaki yang bukan bernama suami lebih membawa kesengsaraan daripada kebahagiaan. Ya...mungkin juga rasa bahagia menyelubungi hati tapi berapa lama? Kata kak Syarha..Hubungan itu tidak halal dan tidak akan kukuh jika tidak dengan redha Allah.


Ya Allah...kasihan Hana. Cintanya yang begitu kuat kepada lelaki itu telah menjadikan hatinya buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mengapa engkau sanggup membuat perkara yang membahayakan nyawa sendiri? Alangkah indahnya jika cinta itu jatuh pada tempat yang lebih tepat. Bukankah lebih baik jika kita boleh mencintai Allah hingga sanggup membuat pengorbanan sebesar itu demi agama. Pengorbanan seperti itu lebih bernilai sayangku. Bukankah pengorbanan untuk mendapatkan CINTA ALLAH lebih berbaloi?

Duhai temanku..kenapa sampai begitu sekali engkau menganiaya dirimu? Kenapa begitu singkat pemikiranmu? Tiada jawapan yang tepat dapat Mia ungkapkan. Mungkin Mia boleh berkata apa sahaja kerana bukan Mia yang berada di tempatnya. Tapi, Mia juga pernah merasakan kehilangan seseorang yang disayangi. Hana juga tahu. Engkau tahu apa yang aku alami. Malah engkaulah yang sentiasa menemaniku di saat aku berhadapan dengan dugaan hebat itu. Malah diriku lebih teruk dihina, ditipu, dilontarkan dengan kata-kata kesat. Luluh hatiku bila langsung tidak diberi peluang sedikit pun untuk membela diri. Kata-kata kesat yang dilemparkan hingga kini masih segar di ingatan. Suaranya yang lantang menengking masih terngiang-ngiang di telinga. Betapa pedih diperlakukan begitu hanya Allah yang tahu hingga kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ya, bahana cinta dusta.


Iman. Hanya sedikit bekalan iman di dada menjadi perisai. Jika tidak, ingin saja dihamburkan kemarahan dalam hati. Ingin saja dihumban seluruh isi rasa kepada dunia. Wahai dunia. Lihatlah lelaki itu. Betapa zalimnya dia meletakkan semua kesalahan di bahuku. Tidak berani berhadapan denganku. Pengecut. Hingga sahabatku sendiri membenciku sebenci-bencinya. Mia merampas teman lelakimu? Tidakkkk!! Sedang lelaki itu diperkenalkan oleh orang lain, mana mungkin Mia diperkenalkan kepada seseorang yang sudah berpunya. Mia sendiri tidak tahu lelaki itu adalah kepunyaan sesiapa. Katanya single. Katanya kisah semua perempuan sebelum Mia telah tamat. Sungguh, terasa kebodohan melingkari diri. Dasar lelaki buaya tembaga!!

Iman. Iman. Iman. Hanya iman sahabatku. Hana..mengapa jalan itu yang kau pilih? Betapa hatiku kesal. Hanya itu sahajakah jalan yang kau nampak? Dengan membunuh diri!! Tidakkah kau sedari di kuburan sana masalah akan bertambah berat malah tiada jalan kembali lagi. Sahabatku sayang..Mia amat memahami betapa cintamu kepada lelaki itu sangat mendalam. Hingga terkadang kebahagiaan dia lebih kau utamakan daripada kebahagiaan dirimu sendiri. Sungguh tulus kasih yang kau hamparkan. Aku kagum denganmu sahabat. Kecintaanmu yang hebat hingga mengatasi segala ketakutan. Tapi, tidakkah kau terfikir..cintamu yang suci itu tidak dihargai. Pengorbananmu itu langsung tidak bernilai untuknya. Lantas, atas dasar apa engkau melakukan ini semua, menyeksa diri hingga hampir meragut nyawamu sendiri. Tidakkah kau nampak betapa ibumu itu sedang mengalirkan air mata kesedihan melihat keadaanmu begini. Aku mohon sahabatku..kembalilah.

Ya Allah...selamatkanlah sahabatku. Berilah ketenangan kepada jiwanya. Kasihani sahabatku Ya Allah. Aku menyayangi sahabatku ini..menyayangi hanya keranaMu Ya Allah.

**cerita ringkas nukilan aNNa, tiada kaitan antara yang hidup atau sudah tiada. sekadar coretan di kala boring.