....::: Aku juga insan biasa punya fitrah mahu disayangi dan menyayangi :::....
Tiada yang membuat kau bahagia melainkan dirimu memagar diri dengan prinsip yang teguh dalam menguruskan fitrah. Jangan biarkan fitrah itu jadi fitnah.
Mungkin kerana prinsip ini yang membuatkan diri tetap pada pegangan.
Maka, pegang ia kemas-kemas.
Prinsip 3: Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. Prinsip 4: Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia.
Prinsip 5: Katanya seorang da'ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!
Berkeraslah mendidik jiwa meletakkan Dia yang pertama di dalam hati.
Walaupun masih belum berjaya, terus bangkit.
Payah? Ya! Terlalu kerana cinta dunia itu bersifat mengasak.
Namun, pastikan terus usaha! Bukan mudah untuk menjadi muslimah yang kental
melawan arus cinta zaman kini.
So, just take the challenge!
Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.
Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.
Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah.
aNNa: tQ Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid.


benar!
ReplyDeletecintailah dia setelah dia bergelar suamimu yg sah.:)
selaku agen penyebar: cetusan di ambil sebagai peringatan pada diri sendiri & semoga bermakna kepada yg membaca..(◕‿◕✿)~
ReplyDelete