Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Thursday, April 8, 2010

ibu..kenapa buat adik macam ni

.


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? Cinta Feb..

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...




.....::: gambar hiasan :::...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu
ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?



Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan? 


Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


Adik cuma nak tanya je bu.....


Renung-renungkanlah !!


-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
''MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....''

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-Berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-Berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-Berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Wahai Hawa, sedarlah..
Hawa..
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.


Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


Nota kecil aNNa: ''Sharing is Caring'' Jadikan pedoman.

3 comments:

  1. insaf..bagus untuk dijadikan pedoman.

    ReplyDelete
  2. kasihan anak kecil tu.. T_T posmen berjaya tgk sampai habis kah. kawan2 lain kata, mereka tak sanggup lihat. cepat2 scroll down..huhuh~

    ReplyDelete
  3. moga, aku bisa menjadi hawa yg sebenarnya hawa..
    syg pd mama dan ayah.. dan pada Jeny! ;)

    -emilia

    ReplyDelete