Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Friday, August 23, 2013

monolog aku tanpa mereka

.



Sayu hati melihat gambar-gambar ceria mereka
Sungguh...aku rindu!!
Saat pertemuan dengan mereka adalah pada minggu-minggu akhir berada di UTM

Terkadang hati merintih..tertanya..
"Kenapa tidak aku dipertemukan dengan mereka lebih awal?"
Semester I, terasa asingnya diri
Sudahlah aku meletakkan jurang yang besar antara aku dan sang adam
Semakin sepi bila tiada hawa yang seiring denganku
Mungkin ada..cuma akulah hawa yang tak seiring dengan mereka

Kini, aku kembali sendiri
Berdiri atas setitis tarbiyah yang sempat diteguk
Hiba mengenangkan betapa lemahnya aku mencari CINTANYA
Rapuh..rapuh tanpa sayap
Ingin aku terbang bebas
Bersama mereka yang kucintai keranaMu
Namun jarak kita jadi tembok
Atau adakah ini hanya alasan?

Aku tanpa mereka
Sasau mencari kebenaran
Hanya mampu berharap
Moga Allah takkan melupakanku

************************************************************

“Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Sedang keampunanMu yang mendatangi hamba 
adalah lebih agung dan lebih mulia”



..:: Aku Tanpa Mereka ::..

Thursday, August 22, 2013

Bingkisan Buat Mursi


Bingkisan Buat Mursi

Cemburu melihat Ramadhanmu
Jauh dari kesibukan duniawi
Tapi rindu melihatmu
Kembali membela manusiawi

Cemburu melihat cinta Tuhanmu
Dipikulkan ujian segetir ini
Tapi rindu pada peribadimu
Menjadi inspirasi generasi Rabbani

Cemburu pada ketaqwaanmu
Hingga gerun kuffar durjana
Tapi rindu pada kepimpinanmu
Menyapu setitis air mata Suria dan Gaza

Mursi,
Sungguh kucemburukan
Hubunganmu dengan Tuhan
Sungguh kurindukan
Pemimpin sepertimu
Mentadbir alam.

Takbir!

Nukilan: Ustazah Fatimah Syarha


Tentang syair..
Syair adalah harta terbesar bangsa Arab dalam setiap cabang ilmu pengetahuan. Syair sangat berpengaruh dalam masyarakat Arab. Seorang penyair dapat meniup semangat baru  menghidupkan masyarakat yang sudah mati semangatnya. 

Di bawah adalah antara bingkisan syair Aisyah yang menarik hati aNNa dan ianya dituju khas buat Nabi Muhammad SAW. Hmm...nampaknya Fatimah Syarha memang suka meneladani isteri kesayangan Nabi ini. Buat Fatimah Syarha, sungguh ku cemburu akan dirimu. Bagai tiada satu yang engkau tinggalkan. Subhanallah.

Di bawah, aNNa lampirkan bersama syair Aisyah r.a buat suaminya. Bahasa yang cantik dan membawa pengertian yang mendalam. Subhanallah...


Syair Buat Nabi Muhammad SAW

Kamu ejek Muhammad
Maka akulah yang akan membelanya
Dan daripada Allah jua ku harap pahalanya
Kau ejek orang yang terpuji
Yang baik dan suci
Rasul yang tidak pernah mengingkari janji
Bapa dan keturunanku
Juga segenap kehormatanku
Ku pertaruhkan demi rasul, junjunganku...


Nukilan: Aisyah Ummul Mukminin

Tuesday, August 20, 2013

book hunting!!



      بسم الله الرحمن الرحيم

Buku Tuhan Lebih Saintifik.

Alhamdulillah. Hari ni aNNa officially khatam buku Tuhan Lebih Saintifik hasil ehsan masa menunggu kereta siap diservice. Sangat lama uolss...yaa aaaaaa aaaw. Nasib mak memang suka bawa teman mak ni ke mana-mana. Dan terkadang kereta adalah tempat membaca buku paling efektif untuk aNNa. (Syukur aNNa jenis tak pening-pening membaca dalam kereta yang sedang bergerak) Plus jutaan tQ to my adik yang selalu dibuli jadi driver. Jahatzz nya kakak dia?? Maka, dapatlaa kakaknya mencedok ilmu barang sesenduk nasi plus jadi penceramah tak bertauliah buat halwa telinga kami bersama. Haruslah sharing is caring... Tak gitu? ^^,  




Buku Risalah Hati Raja Sehari. 

Urgghhh...serius wa pelik bin ajaib masih tak dapat jumpa buku ni. Waa dah cari seluruh pelusuk Temerloh sampai ke Mentakab...wuuu!! Awat tak sampai-sampai ke Negeri Pahang lagi ni. Jem kat mana!?? 

Solusi: Internet dah bernyawa, beli online! ^^,



@Star Mall Mentakab. 
Letih pekerja kedai buku ni cari buku-buku yang aNNa nak...heee!

Actually me sangat ber-ia-ia nak cari buku Risalah Hati Raja Sehari tapi sebenarnya ada beberapa set buku yang masih belum habis baca...dum dum daammm! Heee...sangat pilih kasih. Makanan fizikal dah sah-sah memang ada yang aNNa suka makan dan tak suka makan. Nampaknya, makanan rohani pun 'ditimpa' nasib yang sama. Yang dirasakan 'lazat' akan menjadi pilihan utama..huks!



Yang ni agak 'lazat' tapi masih belum habis baca...



Terlalu 'lazat' sampai sayang nak mula baca. Belum mula baca!!



Dah habis baca tapi ala-ala carca marba jadi rasanya nak kena baca lagi sekali...



Sedang baca....




Belum mula baca....!! 
Memanglah ko lalai kan..aduhai~



Baru muka surat pertama....





 Baru baca beberapa muka surat pilihan...




Habes baca tapi perlu ulang...kerana kurang faham.. 
Anybody nak terangkan pada aNNa??



Hanya memilih bab karektor keperibadian dan keistimewaan seorang Aisyah dan biografi intelektual Aisyah. Extremely awesome!!



Pinjam dari anak buah. Masih tak pulangkan...kui~




Baru baca separuh...




Pinjam dari kakak ipar. Buku paling tebal setakat ni. Sangat berhasrat untuk beli untuk koleksi peribadi. **Bila pinjam dari orang aNNa tak boleh nak conteng-conteng...agak tak feel tak dapat conteng buku sambil baca.



Siket lagi nak habes.... 
**Amboi? Yang ni laju plak apa kes!? Hahaaa~~



Yeah. Cuti lama kan. Nah! Baca buku sampai kenyang. Rohani kamu tu dah lama kelaparan tak cukup 'zat'. Dah lama tandus macam padang pasir yang berkurun tak berhujan. 

Me terus tamak. Selepas Risalah Hati Raja Sehari, masih ada beberapa set buku wanted yang masih belum berjaya aNNa miliki.



Buku Wanted II



Buku Wanted III



Buku Wanted IV..


Korang: Ehh...kenapa sibuk-sibuk nak bagitau kat kitorang buku apa yang ko nak?

aNNa: Kotlaa korang nak bagi hadiah kat aNNa ke..hehehe! Kecil tapak tangan, sebesar padang bola aNNa tadahkan...yayayayyaaa aaa aaww!!


Masih ingat tak cogan kata paling fofular masa kita sekolah-sekolah dulu?

"MEMBACA AMALAN MULIA"

Ralatnya...baru sekarang ayat tu meresap dalam jiwa aNNa. Degil punya budak!


Errmm xpe. Better Late Than Never!!


Go go book hunting!!




Senyum Sampai Pengsan~~~ 


Monday, July 1, 2013

save me

.

And I’m lost. 
Wandering in the middle of a forest trying to find my way. 
But all the trees look the same, 
and each path just leads back to the beginning. 
No one finds their way out of this forest,
except whom You save.

Save me. For truly, truly I cannot save myself.

Sunday, June 16, 2013

Apakah Aku Layak Digelar Muslimah?



Soalan Menarik
“Apakah aku layak digelar Muslimah?”
Ini bukan soalan yang saya reka. Soalan ini pernah ditanya kepada saya.
Soalan ini menarik perhatian. Konteks di sebalik soalan ini membuatkan saya fikir seolah-olah “Muslimah” itu satu level Iman 99 Petala Langit yang hanya golongan sehebat Pendekat Laut sahaja yang boleh capai. Seolah-olah hanya segelintir sahaja yang layak masuk “kelab” ini.
Allahua’lam. Ini hanya spekulasi saya sahaja. Soalan ini ada pencetusnya. Apakah pencetus itu? Saya ingin tahu dengan lebih lanjut.
Apa yang pasti ialah gelaran “Muslimah” itu sudah menjadi satu label yang menggambarkan seorang perempuan Muslim yang begitu hebat, sehinggakan ada antara Muslimah-Muslimah kita yang rasa “tidak layak” untuk digelar “Muslimah”.
Siapakah Muslimah?
Sedangkan apabila seorang perempuan berpegang teguh dengan Shahadah, maka dia bergelar Muslimah. Muslimah itu bukan diukur dengan panjang tuduh atau labuh jubahnya. Sama juga dengan lelaki. Dia tidak dipanggil Muslim kerana panjang pendek janggutnya.
This is a matter of how you see people.
Muslimah itu seorang yang berjihad menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi perjuangan dalaman itu ada.
Boleh Jadi…
Boleh jadi seorang Muslimah itu tidak bertudung, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk menyarung sehelai kain di kepalanya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu mempunyai teman lelaki, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang Muslimah itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang Muslimah itu…(etc.)
Kelembutan Rasulullah
Teringat saya kisah seorang sahabat yang ketagih minum arak. Walaupun sudah berkali-kali ditangkap dan dihukum kerana meminum arak, dia tidak serik-serik lagi. Satu hari, dia ditangkap lagi. Apabila hukuman dijatuhkan, seorang sahabat yang lain memakinya. Apabila Rasulullah mendengar makiannya itu, Baginda bersuara, “Jangan memakinya! Apa yang aku tahu ialah dia mencintai Allah dan RasulNya.”
Sahabat yang minum arak itu tersentuh dengan kata-kata Rasulullah. Mana mungkin dia tidak tersentuh, setelah kekasih hati membela dirinya. Sejak hari itu, dia tidak minum arak lagi.
Ya, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan olehnya itu salah di sisi agama. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak beriman. Lemah iman, mungkin. Tetapi tidak bermakna dia tidak beriman.
Rasulullah sedia maklum dengan perjuangan para sahabatnya dalam melawan nafsu mereka.Instead of tolak mereka ke tepi, Baginda naikkan semangat mereka dan memberikan dorongan yang mereka perlukan untuk terus berjuang dan tidak mengaku kalah.
Beginilah Rasul kita.
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Surah Ali Imran: 159)
Konklusi
Muslimah itu ialah seorang perempuan Muslim.

Wednesday, June 12, 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.



5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Layan Running Man. Not suggested actually but if u r so stubborn juzlikeme, please do not hesitate to have it..ohhoi~
8. Tengok bunga.
9. Tengok bunga.
10. Tengok bunga.... LALALAA~~





MEI 2013: ME AND FAMILIA HAVING FUN AT 
GENTING KOTA KERIANGAN...

BEST OF THE BEST TIPS 
TO BOOST YOUR SEROTONIN!!

THANK YOU ALLAH FOR BLESSING ME 
WITH A WONDERFUL FAMILY WHO CARES A LOT!!

THANK YOU ALLAH FOR GIVING ME THIS HAPPINESS!!

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..

ALHAMDULILLAH..


Keluhan Dunia



Ketika kita mengeluh: 
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab : 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

Ketika kita mengeluh : 
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab : 
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)



aNNa: Syurga dambaan setiap insan tetapi mengapa tetap meruntuh tembok pemisah neraka itu? Syaitan yang tak pernah kenal erti lelah. Licik!