Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Tuesday, January 26, 2010

semangat bola-bola api aFFiq


Mak Ndak..nape nie~~ Seday je..
Hey, mak ndak Affiq bukan macam ni la.
Mak ndak Affiq seorang periang yang comel !! **loya.

Dah dah mak ndak. Bangun! Ikut macam Affiq.
Sentiasa bersemangat!!!

Come on mak ndak. Cheer up!! Tak best lah mak ndak macam ni~~

Sekarang, ikut Affiq. Kita bersenam untuk cergaskan badan.
Pumping 1000 kali. Okay.

Alaaa...makcik ni kaco laa. Affiq tengah busy ni. Time time ni la nak bersihkan kuku Affiq. Aish~~ Mak ndak teruskan pumping yee. Jangan mengelat taw~~
Kira betol2.
8, 9, 10, 11, 12... Fiuh~~~ **sampai esok tak abes.


Good Nite!

Monday, January 25, 2010

terima kasih aNi

...::aNNa dan aNi::...

Hihih...cerita tentang kawan lagi.
Tak lain dan tak bukan, pembaca blog aNNa yang satu ini.
**aNi**

Tenkiu aNi untuk last nite punya kata-kata semangat..
Tiba-tiba aNNa lemah seketika~~

Ok. Dah pukul 11.55pm. aNNa nak tidur dulu..heh~~
Esok aNNa sambung cerita lagi..

to be continue...lalalala~~~


aNNa riang ria di sekolah


Cikgu!! Duit Amira hilang~~ kata kawan Amira.

Mana Amira. Mari ke depan.
Berapa banyak duit kamu hilang Amira?
2 ringgit cikgu.
Macam mana boleh hilang ni. Kamu letak duit tu dekat mana?
Saya tinggalkan dalam beg sekolah saya masa rehat tadi.
**Aduhai~~ (dalam hati)
Awak ada duit tak ni untuk belanja tengah hari nanti?
Duit 2 ringgit tu la belanja untuk tengah hari nanti cikgu.

**Cikgu Wann nak tunjuk kaya, keluarkan dompet lusuhnya.

Nah ambil duit ni, buat belanja untuk lunch.
Takpela cikgu. Saya takut ayah saya marah.
Ambil laa..Saya tak nak kamu pengsan pulak masa latihan rumah sukan.
Takpela cikgu. Saya tak nak menyusahkan cikgu.

Nanti cikgu takde duit.
MUAHAHAHAHAH~
Sorila anakku. I dah terbantai gelak sakan depan dia. Hihih. Ye la, nanti cikgu takde duit pulak nak belanja. Tiap-tiap hari cikgu bawa RM4 je untuk belanja kat sekolah..kekekek.

Muridku..ketahuilah jawapanmu itu benar-benar membuat gurumu ini geli hati dung dang dung dang. (^_^)V~~

Sekian.

Nota kecil:
>> Hari Isnin jadualku pack. Oh penatnya.
>> Perlu masuk 4 kelas. Oh banyaknya.
>> 1 kelas ada lebih kurang 30 orang. 30X4=120. Oh ramainya.
>> Ku berdepan dengan 120 macam perangai student. Oh takutnya.
>> Tapi, nampaknya hari ni seperti ku berjaya buat mereka enjoy the class dengan ku ku sekali turut enjoy. Oh..bahagianya.
>> Ada yang minta buat tusyen. Oh la la. =)

Sunday, January 24, 2010

aNNa rindu eMi






Siapa gadis yang bersama aNNa di atas?? 
Ahah, inila Emi. 
Emilia. 
Member kamcinh, satu UPM dengan beliau.


Emi, aku indu..wuu wuu!! (meluat aku. kata korang. hehe.)

*Windu main boling bersama kamoo...
*Aku nak tersepit kat pintu KL Central tu lagi dan ko gelakkan aku...haha! (ni kenangan paling memalukan tapi bila ingat balik memang klakau!!)
*Dengar cerita kucing2 kamoo walaupun aku asik tertukar2 cerita untuk setiap kucing. Banyak sangat kucingnye. 
*Rempit bersama ke Mines.
*Makan Chiken Chop tepi UPM.
*Balai Seni Lukis. Sampai menguap2 aku teman ko jelajah 1 per 1 lukisan, bukan apa...tiap2 hari aku pergi situ..suda tahap boring!!
*Kamoo yang selalu suka redah bilik aku yang best itu semata2 untuk study senyap..tenang kan study kat bilik aku..?? 
*Joging kat Bukit Ekspo. Sama2 kena ulat bulu..tergaruk2 1 badan sampai malam...hahah!!
*Paling siok...jual Xtra Sharp!! Buat demo..hak hak! Sebab Xtra Sharp aku jumpa ko!! weEE~~

Emiko..aku R.I.N.D.U.
Emiko..S.A.B.A.R ye untuk semua yang ko lalui..(ceyy, nasihat org mmg pandai!)
Emiko..T.E.N.K.I.U bersama susah dan senang..

Emiko..kita masih 24 laa. Nape ko dah sebut umur ko sudah 25. Tunggu la bulan Oktober nanti. Kita sama2 sebut yaa~~ ''Hai, kami berumur 25 tahun..'' =)





Undang-undang Pengakap yang ke enam. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Baiklah. aNNa menurut perintah walaupun aNNa seorang ahli pengakap tidur. Emi memang sukakan binatang. Tiada masalah. =)


Saturday, January 23, 2010

aNNa beterbangan

PILOT CAFE... rakan-rakan penah dengar novel tu? (rakan-rakan?? keh keh..padahal hanya bape urang je rakan taulan yg tau blog aNNa ni..kalau di kira mungkin tak cukop sepuluh jari ponn.. =p) Emm, novel tu Ahadiat Akasyah yang punya kot, ditulis bersama siapa ntah. Ye, ye..ada sorang lagi penulis buku tersebut yang aNNa lupa namanya. Pilot Cafe adalah novel pertama yang aNNa baca tapi gagal mendapat tempat di hati pembaca yang kunun-kunun bernama aNNa ini. Tapi, kawan-kawan aNNa yang lain minat la pulak.. =p

Abes melalut.


aNNa nak sharing is caring pasal mende lain lah. Pilot. Kapal terbang. 2 kegilaan aNNa. Cita-cita pertama aNNa nak jadi pramugari ooOO.. iyYe, bukan pilot. =) Sebab nak jadi pramugari? Sebab nak terbang-terbang je..hihi~ Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu kala, pantang bunyi kapal terbang. Cepat-cepat mendongak ke langit diiringi perasaan jakun tahap abadi..ahahah~ Tak sangka kejakunan itu berlarutan sampai sikalang. Much to learn, much to like!! aNNa semakin suka pergi tengok air show especially TUDM punya show. Sun glasses murah milikku dah pecah, sedang dalam proses beli baru. Tambahan satu alat.. T.O.P.I.. wawawa~~ Import dari Melaka tu. Sebab ikut pengalaman air show yang lalu, cuaca selalunya panas. Panas hangat. Tak tertahan peritnya wajahku ini disirami cahaya matahari terik.


Topi baru aNNa. Kaler Cream..

Kalau before show ditakdirkan hujan, sudi2 la anda bersabar untuk menanti dan menunggu sebab jangan harapla mereka nak buat show masa hujan tu..muahaha~~ Berbalik pada cuaca panas tadi, jadi 2 perkara mesti ingat. 1) Jangan lupa pakai sun block yang kaw kaw punya protection. Uiks, aNNa ada masalah pigmentation lah. Katakan tidak kepada sinaran UV!! 2) Pakailah topi. (^_^)V~~



aMin, pilot TUDM. Senior aNNa masa kat SMSS.

Sedikit info tentang kerjaya pilot a.k.a juruterbang. Kerjaya ini memerlukan kewibawaan dan keyakinan diri yang tinggi. Peringkat temuduga merangkumi 3 tahap penting di mana setiap satu menguji aspek konsentrasi dan kemampuan yang berlainan. UJIAN LISAN, UJIAN PENULISAN, UJIAN PSIKOMOTOR

a) Ujian Penulisan: Mesti terror subjek Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan IQ.
b) Ujian Lisan: Soalan yang menguji tahap keyakinan dalam mengawal tekanan yang dihadapi.

c) Ujian Psikomotor: Melihat koordinasi antara mata dan pergerakan tangan secara serentak.



Di bawah, gambar-gambar aNNa 'beterbangan' bersama rakan taulan. (^_^)V~~


**aNNa dan mesin terbang**



**Baju ini buat saya terbang!!**

Wednesday, January 6, 2010

siapa punya kerja la ni??

http://en.tackfilm.se/?id=1262253462841RA21&q=low
(tak tahulah patut sharing is caring menda alah ni ke tak tapi letak juga.

p/s: hanya kepada yg penyabar..(^_^)V~~)

Bahaya juga ya expose gambar kat friendster, facebook, blog dan yang seangkatan dengannya..huhu~~ Gambar boleh diambil sesuka hati. Kalau diambil untuk tujuan tak baik tu yang naye.. (T_T) Tapi, kalau diambil untuk tujuan seperti link di atas..haha~ Ok la..walaupun tak berapa nak bagus juga buat begitu tapi baiklah, aNNa maafkan..keh keh. Video yang kelakar! Video ni memang berjaya buat jantung aNNa mengepam darah dengan kadar lebih laju daripada biasa. Buat suspen jee... hahah!! Bersungguh-sungguh orang yg kasik link ni minta aNNa tengok sampai abes. Okay..as ur command. Sungguh bersabar aNNa counting 1-100.. (video tu perlu kite tunggu sampai 100 saat, 100 saat tu run dengan sgt lembap) Akhirnya..bila abes counting. Keluar la al-kisah yang tidak dapat dibendung lagi kemengarutannya..hahah~ Ending videonya sangat kikiki hahaha lalala hehehe wawawa~~

Tahniah kepadanya, berjaya membuatkan aNNa terkejut tak tentu pasal..isk isk isk!

Tuesday, January 5, 2010

gurukul

Sebenarnya hati tak berapa sedap on today. My mum..kurang sihat. Tadi dah call, dengar suara mama yang agak bersemangat, hati yang tak berapa sedap tu dah menjadi agak sedap sedikit. Lega! Dan dapat dengar suara Afiq juge.. Rindunya mak ndak padamu Afiq yang comel. Punye sedap mak ndak kamu ini nyanyi lagu uPin iPin kesukaanmu itu tapi kamu tak mau *bercakap* dengan mak ndak yerr.. Ohh, yee..Afiq tak pandai bercakap lagi..eheheh! Hari ini juga telah memesej kak Fatimah kesayanganku kerana sayangfillah ku pada dia. Hati ini meruntun nak jumpa dia tapi bila?

....::: bersama aFiq yang comel :::.....

2nd day hari persekolahan. Dah dapat JADUAL. 2 subjek only.. uwaaa~~ Tak dapat subjek PSV..nak la subjek tu, nak la subjek tu..(T_T) Huh? Apa PSV? Pendidikan Seni Visual. Tahun ni tak jadi Guru Tingkatan. Mungkinlaa. Yay! Haha~ Bukan nak lari daripada kerja tapi ini akan membantu diriku ini supaya dapat lebih concentrate untuk persediaan mengajar. Yay lagi sekali! Last year, Cik Wan Azizan adalah Guru Tingkatan 3 A*****. Wah, apa rahsia rahsia ni? Tapi perkataan tersebut adalah perkataan keramat dan nilai tersebut wajib ada kepada semua yang bergelar manusia!! Kalau rasa diri terer, tekala sendiri.. =) Rekod paling menarik, berjaya menangiskan bebudak dengan niat baik lagi suci agar mereka sedar yang mereka adalah permata sekolah, harapan sekolah, mesti skor cantik2 utk PMR 2009. ‘Ok Cik Wan, ‘basuh’ cukup-cukup student kelas awak ni..’ kata PK 1. Ohh, tolonglah..apa yang nak diperkatakan, diriku sendiri belum cukup ‘terbasuh’, tapi terpaksa rela ‘membasuh’ diri orang lain. Alahai, kalau dah perempuan, mmg perempuan jugalah kan. Berhati lembut, sampai crying without wings anak-anakku itu. Ops, Cik Wan tak marah mereka pun taw tp guna pendekatan psikologi gitu. Apa pun mereka telah berusaha yang terbaik, Guru Tingkatan mu ini tumpang gumbira pabila student 3 A***** banyak dapat pujian cikgu cikgi. So, dapat cover balik la cerita-cerita comot 3 A***** sebelum ni. Happy.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Masih terpilih oleh JPWP untuk berkhidmat sebagai seorang cikgu kerana 4 perkara; Cadangan Pengetua, Temuduga, Kelayakan dan Rezeki. **Sekarang nak belajar bersyukur dengan apa yang ada pada tahap max..ngeee~~ Jangan nak mengomen je kejenya. Tak bagus. Terima kasih Allah. Terima Kasih JPWP.

kad cumeL hanya kepada yang terpilih.. 
nak bagi semua sekali, bankrup la guru.. =)

PERANAN GURU:

1. Perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran
2. Penyampai ilmu pengetahuan
3. Pengembang, pengukuh penguasaan kemahiran
4. Pembentuk akhlak
5. Pembimbing
6. Contoh teladan/ moral
7. Lu pk la sendiri.. kidding~~ ada yg marah ke?

Nyum, nyum, nyum…mampukah??

Hopefully, Cikgu aNNa akan sentiasa sihat sokmo FIZIKAL dan MENTAL for the whole year. Ikut pengalaman lepas, jika tiba2 mendapat berita yang tak bagus sebelum masuk kelas hingga tak dapat menahan air mata..hohoho~ Sangat trouble! Kerana mesti berhempas pulas menukar emosi dalam masa yg singkat. Jika berjaya di mana student anda tak perasan pun yang sebenarnya anda sedang bermasalah atau bersedih. Silalah berkata pada diri sendiri dengan bangga. ‘Wah, akulah pelakon handalan!!’. Tapi, jika anda bekerja dengan mesin, anda nak terus melayan perasaan atau nangis-nangis sampai mata anda bengkak sebesar sebiji bula goLf adalah menjadi tidak mengapa..hehe! Muka anda moyok macam momok pun, ada mesin tu kesah? Sekian, al-kesah aNNa untuk hari ini..