Assalamualaikum...


(✿
Hanya kisah aNNa. Hanya [bebelan] aNNa.
Hitam putih hidupku. Terus mencari cahaya demi menyuluh kegelapan.
Senyum Sampai Pengsan! )

Sunday, November 22, 2009

Tenda Biru

Lagu ni, aNNa layan masa kecik-kecik lagi..
Masa dulu, selalu keluar kat TV ye punya videoklip..
Sekali dengar biasa je..
2 kali dengar..eh macam best..
3 kali dengar...waaAAA...sedapnyeeee!!!


TENDA BIRU
Artis: Desi Ratnasari

Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya jalur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa
Tak percaya tapi ini terjadi
Kau bersanding duduk di pelaminan
Air mata jatuh tak tertahankan
Kau khianati cinta suci ini
Tanpa undangan... Diriku kau lupakan
Tanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara . . . Kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa . . . Kau buatku merana
Ku tak percaya . . . Dirimu tega
Nodai cinta . . . Khianati cinta


Mentang-mentang aNNa baru 'naik pelamin', terus post entry Tenda Biru..oo yaa yaa!!


Saturday, November 21, 2009

bff aNNa nak kawin..

Lusa hari penikahan kawan baik yg nombor satu.. Amboi, siap ada nombor lagi..hehe! Kawan baik yang tau aku suka makan pisang kembar (sbb terlalu fanatik ngan twins dan bercita2 nak dpt anak kembar lalu mengamalkan makan pisang kembar..hahaha). Actually, tau mitos tu tak betol pun tapi dia sangat meraikan apa yang aku suka, apa yang aku minat. Setiap kali makan kat dm a.k.a Dewan Makan mmg dia akan carikan untuk aku pisang kembar..(^_^).

Dia jenis yg sangat pemurah, selalu memberi aku itu dan ini. Baju dah berhelai2, t-shirt ada, baju kurung pun ada, blous pun ada. Handbeg...aku ingat lagi, sengaja dia belikan handbeg sbb die geram aku tak suka pakai handbeg. Keluar outing ngan die je, melenggang tak bawak apa2..hihih!Pandai...ye dia mmg seorang yang pandai. Orang kata, sapa-sapa yg ada tahi lalat kat dahi, orang tu cerah pemikiran. Macam betol jee..kikiki~~ Dia mmg ada tahi lalat kat dahi.

Life aku kat kampus bertambah rancak sbb kawanku ini mmg suka ajak aku join apa2 aktiviti kat UM sampaikan aku terasa aku ada 2 U.. UPM + UM. Bawa masuk aku dalam program dia, legal penah...illegal pun penah..hihih~ Yang penting kitorang dapat buat aktiviti sama-sama. Dia kata, tak risau bawak aku sbb cpt masuk ngan kawan2 dia..yay! Hmm, mmg ada antara kawan dia dah jadi kawan baik aku jugak..weeEEe~~

Untuk perkahwinan dia nie, aku sempat teman dia beli barang kat cHow kit. Baru aku tau, kat celah2 pasar tu ada kedai jual barang kawin rupanya..muRah pulak tu~~ Balik Temerloh, sempat teman dia pegi try baju pengantin dia n tgk pelamin yg dia pilih dan seterusnya memberi kritikan n tolong wut pilihan. Al-maklum, kalau dah byk sgt..rambang mata dibuatnya. Tapi, dok pilih2 utk dia, ngan aku2 sekali terasa happy nak kawin...hahaha!!

Untuk kawan yg disayangi, kita jumpa hari ahad ni yaa. Pengapitmu ini akan pakai bedak debu aje supaya kamu kelihatan lebih berseri-seri di hari bahagiamu..ahaks! 



Bersama sahabatku, aNie. Gambar masa konvo aku. Dia tau, aku suka biru lalu dtg dgn berbaju biru meraikanku..dan aku terharu biru..hehe~

Wednesday, November 18, 2009

aNNa in crisis !!

I just got so many stories to share..there were so much things happening every week. But, why I feel dat my blacky blog is not the best medium to blow out everything..huhuh~~ (T_T)

I'm simply 1 of a bubbly lady who love to talk and once it got started, me myself oso can't find the fullstop..heeeeee~~ and my blacky blog is actually a good friend! She's a good listener. But, maybe I just don't like da company so I'm not fuLLy comfortable here..

Whatever lah~~ (^_^)V~~
My dearest blacky blog....
Just wait for the next entries yarr..wink wink!!

Sunday, October 25, 2009

aNNa is thinking...

Last Friday, my student keep asking for my iD in Facebook, Friendster and Yahoo Messenger. They actually asking for this ''ezan_www'' since the early week of school day until now. Yes, they are some students who finally got my email but I'm so cruel for not approving any of them..huhu~~ Hmmmm, social networking websites, particularly are popular among teenagers and young people. aNNa do read the newspaper where a British school girl ran away to France with a 49 year old man in January, reports soon that they had met on Facebook and MSN messenger. This gurl nak pegi sgt Eiffel Tower ni..hoho! And the leading British neuroscientist, Baroness Greenfield, warned that sites such as Facebook, Bebo and Twitter were creating social networking trend could have a negative impact on children’s physiological, emotional and social development. Oopps, sounds serious huh? Oso got that info from the newspaper.

The popularity of those sites has skyrocketed in our country especially among the teenagers. Not only teenagers, even me~~ myself, my friends and yg da tua2 pun oso join all this stuff. Builds our own pages and participate in on9 clubs and discussion forums summore, which giving us an authentic social network experience. Am I right?? Loads of people to interact with on9, making friends from all over the world. However, they are some people especially teenagers post videos of themselves on YouTube singing songs in their bedroom! (T_T) And for me this is not food! Upps, this is not good! Their parents do not necessarily know..(T_T) Do parents know what their children are doing and who their online friends are and what sites are frequently visited? Bullying and harassment on9 also can be a serious problem because if people really want to hurt you 'dengan cara memalukan kamu' , a large audience can be reached quickly and anonymously!! Finally, it will impact on physiological, moral and social development if we are lack in understanding the negative effects of this internet stuff.

However, aNNa not saying that everything regarding the internet is not food..hehe.. I mean not good. There are both advantages and disadvantages of internet communication. Internet technologies can connect people all over the world. My friend met her hubby through internet..(^_^)V One such relationship developed during an e-mail exchange between people, teenager and teenager or teenager and anybody who also access the internet stuff.


My beloved friend..met her hubby via internet..wink wink!!

And me too. aNNa got a chance to meet people from all over the world. One who’s still in touch since 04, a friend from Philippines. He’s oleady ‘tua’ but haven’t married yet. I’m asking why, the answer is..still cannot find the right person. I’m telling him that he’s quite choosy, and yes.. He’s agreed..hoho~~ See, aNNa meet many kind of friends and exchange the knowledge especially about their life, their countries. The internet communication has added colour to our lives..(^_^) And.. what kind of negative impacts from the internet?? -->> Online porn which has grown sophisticated and also the sexual deviants, are getting smarter, giving crime-fighters a hard time..huhuh! dan banyak lagi..Bak kata Nabil, ''Lu pk la sendiri'' It should be concerned and finding ways to overcome the problem occurred because it could gives negative impacts on physiological, moral and social development especially to the teenegers.. nanti, Cikgu jugak yg cuca..huhuhu.. (T_T)

kunun-kunun tgh berfikir la tu...

The end…hohoho~~ That is not ‘santai’ kan.. Hmm, belasah jer.. aNNa got nothing to do. After ‘kemasing’ the rumah, then ‘tiduring’.. ‘surfing’ .. ‘cooking’ for lunch, ‘surfing’ again, ‘reading’, ‘washing’, ‘cooking’ again for dinner, ‘gayuting’ ~~my fren called me, asking me if im interested to a ‘duda’ b-coz he's fren is searching for a wife..hohoho! N finally, write sumtinxXx on dis blacky blog..koKoko~~

do sLeep at 2.30am..huhuhu~ Why? My girlfriend is in 'trouble', ~~putus cinta~~.. And, one hot point, she met her bf via Internet..(T_T)

Friday, October 23, 2009

boring yang boling...

Nak balik kampung..(T_T)
Nak jumpe ibuku..

Nak jumpe bf ku ini...(T_T)

Monday, October 19, 2009

aNNa seorang guru...

Kisah benar di sebuah sekolah XXX…

Kelas 2 Intelek..mmg kelas paling ‘disukai ramai’, paling ‘hot’, paling ‘menyenangkan hati’, paling ‘best’… Tanyelah mana2 guru, mst semua ‘berebut-rebut’ nak mengajar kelas nie.. (T_T).
Termasuklah diriku sendiri..cikgu aNNa a.k.a cikgu CC…

Cikgu CC : OK, saya hrp kamu semua faham. Skrg, buka buku nota dan salin nota.

Pelajar 2I : Baik cikgu!!

Sedang sibuk menulis di papan putih, terbang melayang kertas yang direnyukkan. Nasib baik kena pada papan putih, sipi-sipi lagi nak kena muka cikgu CC tapi dengan egonya cikgu CC langsung tak endahkan.. Alah, budak-budak ni bukan boleh dilayan sangat, kate cikgu CC dalam hati. Seketul kertas melayang lagi n cikgu CC terus pandang ke belakang, teringin juga nak tgk wajah yg membuat onar itu tapi semua berlakon macam sibuk menyalin nota. Cikgu CC terus menulis lagi di papan putih. SERANGAN KE DUA, kali nie lagi banyak ‘bom-bom kertas’ melayang. Sasaran bom bukan pada cikgu CC tapi pada papan putih. Cikgu CC biarkan lagi…cikgu CC perasan budak2 resah bila cikgu diorang ni masih tak naik angin. Dan kali nie, SERANGAN KE TIGA, kerusi di baling pada dinding kelas. Warghh!! jantung cikgu CC terkejot bukan kepalang..dalam hati berdoa, Ya Allah, berikan aku kesabaran Ya Allah. Mereka masih belum matang Ya Allah, mereka keliru Ya Allah.


Cikgu CC hanya memandang mereka dan tersenyum. Ada juga pelajar lain yang marah dan terkejut dengan tindakan melampau itu, tp cikgu CC minta semua pelajar bertenang dan teruskan kerja. SERANGAN KE EMPAT… bunyi bising dari 1 kumpulan pelajar yang duduk di belakang. **gaduh** kau la beruk.. apa plak aku..kau la beruk.. beruk utan!! Cikgu CC menegur..mereka diam, masing-masing muka tak pueh hati. SERANGAN KE LIMA..kali ni main simbah-simbah air pada kawan yg buat kerja. Hmm, budak2 ni memang la tak matang!!

Cikgu CC : Hah..perbuatan kamu tu sebijik la macam beruk.. **cikgu CC suda marah**
Pelajar : Alah…kalau saya beruk, cikgu tu guru beruk…

Cikgu CC : %pwn64mhzgrRRrr** !!!

Kurang ajar sekali budak tersebut. Hmm, mmg patut kene pegi sekolah! Belajar jadi orang. Satu situasi yg berlaku sekarang ni, institusi kekeluargaan yg tak kukuh. Mak ayah bz sgt dengan kerjaya sampai anak2 terabai. Ada segelintir hanya mengharapkan guru untuk menegur anak2 yg mmg sebenarnya sgt2 perlukan perhatian dan kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu dan bapa. Mana pergi tanggungjawab dan amanah yg sepatutnya terbeban atas bahu, yg sepatutnya digalas, yg sepatutnya dilunaskan sehabis baik..?? Wah! Melebay2 la pulak, takde anak lagi senang la bercakap..hoho! Ape tak nye, modal air liur jer. Tapi, nak betolkan keadaan yg salah menjadi betul adalah sememangnya sesuatu yg sukar tanpa semangat yg kuat. Pepatah mengatakan, perangai manusia nie kalau dapat diubah, ibarat menterbalikkan gunung ganang.


Hmm, aku bukan nak salahkan ibu bapa sepenuhnya, kadang-kadang anak-anak yg nakal pun adalah satu ujian daripada Allah kan. Even, adik aku sendiri, degil nya semacam. Aku as kakak, risau! Mak aku lagi la naik penin. Tp tu la, time2 cuti je dapat jumpe die..huk huk! Selagi tak berubah, selagi tu la die akan dgr celoteh mak aku. Aku pon tumpang sekaki..aiyok!! Aku sedang belajar membebel kah? haha!! oPPppss..bukan membebel, tapi beri nasihat..(^_^)

Dan bingkisan ini hanya sekadar coretan seorang yg terkadang 'penat' melayan kerenah studentnye plus mama papa nya sekali..huhu~~ Renung-renungkanlah terutama pada diriku sendiri, bakal2 ibu, bakal2 ayah. Ingatlah, anak ibarat kain putih..Semoga kalian dapat mewarnakan kain putih itu dengan warna-warna yang indah dan mencorak dgn corak yg chumel2..hihi! InsyaAllah…

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Guru ibarat lilin yang membakar diri..Hmm, memang nak rentung daa nie~~

aNNa memetik sirih...


......::: Daun Sirih Yang Ranum :::.....

Petang yang damai. Cuaca pun elok. Aku, adik ngan anak buah main badminton kat depan umah. Masing-masing cuba menunjukkan ‘ke teror an’ yang ada. Adik aku la paling power sampai shuttlecock melambung naik atas bumbung umah.. Elemek! Sapala yang sudi nak panjat bumbung umah tu?? Aku dah lama tak wut keje2 panjat memanjat nih sejak dinobat ‘gadis melayu’ peringkat jengka..hikhikhik!! Aku, adik ngan anak buah duduk tersadai kat pangkin sambil buat muka seposen meraih simpati pada the only hero yang ada. Akhirnya, hero sudi menyelamatkan keadaan. Sapa lagi kalau tak ayah aku!! Dengan gaya yang hebat membawa tangga kayu dari belakang umah, terus di pasak kat tepi umah dan shuttlecock berjaya diselamatkan..thee he he~~

Tiba-tiba….. “akak!! Oo kak ejan!!” Mak aku memanggil aku. “Iyee~~” Aku terus dapatkan mak. Kalau tadi aku kat depan umah, mak aku kat tepi umah je pown..hehe! Mak aku mintak tolong die petik daun sirih. Rumah aku memang selalu jadi sasaran orang asli & orang bangladesh ntok dapatkan bekalan daun sirih. Pernah jugak aku tanya kat mak kenapa diorang tak tanam sendiri je kat dalam ladang diorang tinggal tu. Mudah saja jawapan mak, tanah kat ladang tak sesuai untuk tanam pokok sirih. OoOOoOoooo~~ camtu ya mak..(^_^)
Sibuk memetik daun sirih, Mr Bangla membuka mulut lalu berkata…

Mr Bangla : Kaka manyak kurus la.. Kaka tarak makan ka?

***Kaka = Kakak***

aNNazizan : Makan…mesti makan.
Mr Bangla : Habis kenapa kaka kurus??
aNNazizan : **senyap..malas nak layan**
Mr Bangla : Kaka makan ka ini sirih?
aNNazizan : Tak makan. Pedas! Kenapa suka makan sirih?
Mr Bangla : Itu gigi..kasi bersih.
aNNazizan : **senyap** (dalam hati….Oooo~~ camtu ke..)
Mr Bangla : Kaka…Kaka suda kawin ka?
aNNazizan : **erk…ke situ pulak** Emm, sudah..
Mr Bangla : Husband kaka kaya ka?
aNNazizan : Kaya!! **hik hik hik** (gelak dalam hati)
Mr Bangla : Husband kaka kerja apa?
aNNazizan : Kerja kapal.

Senyap seketika..mungkin Mr Bangla da takde idea nak bercakap lagi. Aku ngan mak terus kusyuk memetik daun2 sirih yang ranum itu. Ranum??

Tiba-tiba……

Mr Bangla : Kaka..muka kaka macam muka kaka saya..
aNNazizan : hak hak hak!!

(tak dapat menahan ketawa lagi, kuang asam betol.. Muka aku macam muka bangla ke???)

**aku ingat dah abes dah..ade lagi tambahan**

Mr Bangla : Tapi, saya punya abang punya perempuan (isteri),
lagi sama macam muka kaka.
aNNazizan : Aduhai~~~

Masuk dalam umah mak aku terus tanya apa yang aku bualkan tadi sampai gelak2 tak tentu pasal. Keh! Keh! Mak aku kurang paham pelat mamat Bangla tu. Patotla mak diam aje tadi..huhuhu~~ Akak n adik aku pun tumpang dengar sekali. Adik aku yg senget menambah..

Adik Mushuk : Lor…akak baru perasan ke muka akak mmg ala2 bangladesh..hik!
Akak Chumel : Dush!! **tumbukan padu Naga Hijau khas buat adik tercenta**